Saturday, May 11, 2013

Perasan dan Perasaan Bila Jadi Mak :)

Jadi mak memang penat... Anak sorang ke, 5 orang ke, bahkan 10 orang melampau banyaknya. Tugas, tanggungjawab menjawat jawatan sebagai mak ni memamg penat. Selalu terfikir macam mana mak kita dulu2 boleh beranak dan menjaga anak yang ramai. Tak penat ke mereka? Bosan tak hari2 nak membebel? Hari-hari nak kena masak... hari-hari nak kena bangun pagi dan nak kena kejut anak-anak yang macam2 peel bila nak bangun. Kadang2 kena marah ngan tok laki sebab anak balik lambat dari bermain... tok laki bebel sebab baju anak kotor sebab makan bersepah...

Memang penat! Fizikal dan mental, kan?

Tapi cuba bila anak2 semua takde. Masing2 kena gi kursus ke, duk ikut adik-beradik lain balik kampung ke. Bagi 2 malam jer, mengigau cari kelibat anak kat umah. Rindunya nak tengok dowang berguling depan TV, rindu nak dengar dowang puji "sedapnya lauk mummy masak malam ni". Paling tidak, rindu tengok dowang tidur merikuk dengan macam2 gaya. Ada kaki di muka adik, adik punya tangan kat kepala abang... lepas tu rindu tengok dowang berebut2  nak salam kita sebelum pergi sekolah...

Cam tu agaknya perasaan mak kita masa dulu, kan?
Terbayang wajah gembira mak masa kita dapat result bagus dalam peperiksaan...
Terbayang sayunya melihat kita di hari perkahwinan...
Terbayang keterujaan mak ketika kita selamat melahirkan anak2 yang comel...

Syukur atas semua nikmat yang diberikan dan berpeluang menjadi Mak di dunia yang dipinjamkan sementara ini, alhamdulilah.

4 comments:

Ezna said...

Happy Mother's Day ayu.....;)

ADEEYA said...

Happy Mother's Day :)

Mama Zharfan said...

touching...

Wan Amira said...

Happy Mother's day..i salute you dengan anak 5 orang, still ligat lagi main contest :)