Tuesday, May 28, 2013

Plan Di Saat Akhir, Melenjan Dengan Anak2 di Snow World Genting!

Nak lari topik sat....
Saya amik EL semalam dan hari ni :(
My Amani semalam demam panas, cheery berry (cirit) dan muntah2...
Satu makanan pun die tak nak telan...
Puaslah memujuk, beli bubur Mc D, beli coklat...
Segala makanan feveret diulur semuanya die menolak...
Adoihai...
Dah la hari ni saya ada kursus buat video...
Memang takde rejeki nak belajar dengan pro...
Lepas ni nak mengajar student kena godek2 aplikasi tu dan kena belajar sendiri.
Tapi yang lebih tertekan, saya pula terjangkit Amani...
Start rasa nak demam dan simpton cheery berry itu menghantui diri...
Melepek bersama2 dengan Amani dan macam zombie :(

Mukadimah jer tuuu...
Berbalik pada tajuk posting :)
*************************************************************************
Hari ahad lepas, saya tak plan apa2...
Tapi bangun pagi Dedet dah suh kami sekeluarga untuk bersiap sedia...
Plan pertama nak naik Genting sebab nak pergi main salji (pehhh, punyalah semangat nak main salji kat Malaysia sebab nak gi ober sea tak mampu lagik!)
Plan kedua nak pergi kenduri kahwin kat Kuala Selangor----punyalah jauh nak gi menderem nasik minyak...

Pagi2 my famili dah cergas2 panjat Genting...
Singgah kat Greenwood untuk sarapan tapi sangatlah hampa ya!
Kedai masakan melayu semuanya tutup kecuali kedai mamak...
Why-lar why-lar pagi mesti nak pekena roti mamak...
Naperlah takde kedai melayu yang lepas subuh terus bukak?

Sampai kat Genting memang awallah, rasanya taman tema pun belum start beroperasi...
Sampai cam terasa kitaorang antara pekerja yang datang untuk bertugas...

Sebab tak ramai orang, yang nampak pun cumalah mereka2 yang menginap di situ...
So berlenjan bergambar tanpa rasa malu kat situ (uikks me klu ada orang pun tak malu, ni pulak takde orang, ngee)
 Muka memasing hepi ya sebab dapat dibawa berjalan...
Antara deko yang menarik minat cik somi ketika berada di dalam indoor theme park...

Pusing2 sampai letih...
Saya siap sopping dengan gembiranya di Padini & Co...
Ada SALE, buahahahahaha
Gigih tak Mak Shin Chan bershopping sampai kat puncak Genting?

Lepas tu saya dan anak2 masuk dalam Snow World...
Feliiiiiiiiiiiiiiiing kat Korea...
Main salji ngan amoi2 belaka....
Amani ni sebenarnya menahan kesejukan...
Die ala2 antara nak nanges dan nak gembira...
Masa ni dah nampak die macam dah tak sihat :(
Gaya K-Pop memasing...
Hensem pulak tengok muka Afiq (takleh blah mak yang suke puji anak sendiri, kan? Buahahahah)
Si ceria yang turun dari Genting sakit lah pulak...
Hmmmmmmmmmmm
Apapun hari ni kan 28hb so besday my Amani yang ke-3...
Sedey, dah sakit ni langsung bila saya offer nak beli kek dia (my Amani) tak nak...
Asyik cakap nak tido jer... Letih dan tak larat :(

5 comments:

mama tisya said...

sronok amani main salji ye...wah jauhsoping kt puncak genting...hehe

Qashmere said...

Assalam Sis..

Seronok nya cuti-cuti tempat sejuk. Sebab sekarang ni musim panas..

Mama Zharfan said...

kesian amani..moga cepat sembuh..amiin

Norliza Nordin said...

bape eh masuk snow world tu..

setya said...

Seronoknya bisa bercuit bersama family