Rombongan Cik Kiah : Kellie's Castle

Boleh tak posting kali ni saya tepek gambor jer?
Siyeslah... sejak diri ni tak sihat semua benda malas nak buat...
Makan pun tak rasa berselera... tido bila bangun sakit kepala...
Tengok TV rasa menyampah aderla. Cerita ntah pape...
Sampai my laki duk bebel sebab saya duk ikut hati sangat...
Menurut my laki penyakit ni memangla ada... cuma kita tuan badan kene lawan emosi...
Kalau time makan ubat, kena makanlah... Ni makan ubat tak nak!
Duk meroyan... sakit... tak larat... penin... penin...

Tu baru mukadimah...
Citer saya sebenarnya untuk posting kali ni adalah pasal Kellie's Castle. 
William Kellie Smith pemilik "castle ni"...
Kalau tak silap beliau antara pelabur utama dalam industri bijih timah satu masa dulu. Dikatakan beliau seorang hartawan dan sangat rapat dengan pekerja lombong dan ladang  beliau...
Ini adalah gambar pekerja-pekerja di rumah agam beliau, dari tukang masak, tukang kebun, jaga dan lain2.
Dikatakan William ni mendirikan "castle" ni sebagai tanda rasa cinta kepada isterinya Agnes dan juga anak perempuannya yang dinamakan sebagai Kelly...
Gambar kenangan William dan isteri bersama rakan-rakannya...
Gambar set ruang tamu yang masih dikekalkan dalam bangunan untuk tontonan para pelawat Kellie's Castle.
Ada satu kuil yang berdekatan di situ (lupa dah berapa meter). Kuil lama kalau tak silap, di atas bumbung kuil tersebut terdapat arca2 gambar dewa-dewi yang mereka sembah termasuklah patung yang menyerupai William. Menurut lagenda ada satu masa kawasan situ kebanyakan penduduknya (pekerja lombong) mati disebabkan penyakit (rasanya taun). So kepercayaan masyarakat India kat situ, kena bina kuil untuk mengelakkan kejadian itu bertambah buruk. Dan mendiang William ni yang telah menangung kos pembinaan kuil tersebut. Pada tahun yang sama Mr William juga mengalami masalah kewangan dalam syarikatnya so ini antara nazar daripada beliau untuk memulihkan kembali kewangan syarikatnya.

Rumah ni dikatakan berhantu...
Katanya... di bangsal kuda dan pondok pengawal adakalanya terbau kemenyan dan mendengar bunyi-bunyi yang pelik.
Begitu juga di Balkoni di atas. Walaupun dikatakan mendiang William ni meninggal di Portugal tapi kelibat rohnya masih kelihatan di waktu malam. Menurut lagenda William ke Portugal sebab berurusan dalam membuat pembeliaan "lif" untuk dipasangkan di rumah agamnya. Tapi hajatnya tak kesampaian.
Gambar diatas ni "hantu bernyawa"---Hantu Kak Kiah Balik Kedah, ginilah jadinya...
Tengok dari jauh memang nampak cantik rumah agam ni...
Takleh bayangkan betapa kayanya Mr William ni satu masa dulu...
Paling menarik, dalam umah ni ada lorong  bawah tanah (ada 4 lorong rasanya)...
Jauhnya bermeter2... dan salah satu lorong die tembus ke satu kuil di situ...
Ni hasil penemuan mereka yang terlibat dalam pembesaran jalan kawasan tersebut...
Yang lagi pelik, masa dowang duk lalu kat lorong bawah tanah tersebut...
Ada satu lorong dowang jumpa kereta hitam...
Tapi bila datang balik kat kawasan tersebut, kereta hitam tu dah takde...
Ni citer apa yang saya baca kat situ ler...

Rumah ni walaupun nampak seram tapi ramai jer pengantin buat photoshoot kat sini...
Iskkk...

Comments

Ezna said…
Kang masa photoshoot Ada hantu mak limah camno? Hehehe
Mama Zharfan said…
scary..me spesis penakut hehe