Monday, May 13, 2013

Sukan Tadika Afiq, Momen Indah Untuk Afiq Kenang-Kenangkan :)

Sukan tadika tahun 2013 merupakan sukan terakhir untuk Afiq ketika berada di alam pra-sekolah. Next year, Afiq akan masuk Darjah 1. Sekejap jer masa berlalu. Pejam celik pejam celik tahun depan 4 orang anak dah bersekolah kebangsaan. Anaqi pula akan berada di Tingkatan 1. 
Cepatnya masa berlalu kan, kan? :)

11 Mei 2013, antara hari yang penuh dengan agenda. Betul! Kalau ikut perancangan ada lebih 4 event yang saya kena hadiri. Tapi mengenangkan famili adalah segala-galanya, keutamaan perlu diberikan acara sukan Afiq dulu. Ya lah udah beliau praktis main sukan tu berhari-hari. Ni belum masuk persediaan untuk membuat persembahan. Pasti Afiq ingin menyertai sukan terakhir ketika pra-sekolah beliau. Momen yang pasti tidak akan dilupakan ketika bersama kawan dan cikgu-cikgu yang mendidik beliau sejak berusia 2 bulan lagi :)
 Seawal 8 pagi kami dah bergerak dari rumah. Sebab Afiq ada terlibat membuat persembahan di acara pembukaan. Biasalah kat mana-mana acara anjuran orang Malaysia. Janji kul 8.30 pagi, tapi kul 9.30 pagi belum tentu boleh dimulakan lagi, huhuhuhu
 Antara rakan-rakan kelas Afiq bersama Cikgu kelas sedang sabar menanti menunggu giliran untuk membuat persembahan :)
Beria kan kengkawan CFS saya ni? Wahahahhaha...
Masing2 BZ amik video...
Sebab apa tau...
 Sebab anak memasing buat persembahan...
Lagu "Gummy... gummy"
 Kiut sesangat... die banyak main expressi muka dan gelekan kat perut...
Afiq nampak sangat enjoy menari ngan kengkawan dier...
 Sebelah ni Fahim, best fren Afiq sejak dua bulan lagi...
Pehhhhh...
Ni lah anatara kawan rapat Afiq, yang banyak berkongsi cerita, meminati baju rekaan yang sama, sering bertukar hadiah dan nota dalam kelas. Kenapa saya duk mention dari 2 bulan dowang berkawan baik, ngeeee... Sebenarnya saya memang masukkan Afiq dan anak2 ke sekolah IIUM Educare sejak mereka berusia 2 bulan. Dan kebanyakan anak rakan yang mempunyai umur yang sama, mereka turut menghantar sekolah ini. Senang sebab lokasi pra-sekolah sangat dekat dengan opis dan ianya memang diberikan subsidi oleh pihak UIA. So, bayaran yang dikenakan setiap bulan memang berbaloi.
 Afiq main "Hulla Hop"...
Masa start main Afiq memang leading tapi duk BZ tengok kawan sebelah last2 ditinggalkan jauh oleh peserta lain. Tak fokus, hehehehhehe..
Menang atau kalah balik tetap dapat medal. Kiranya semua peserta yang menyertai adalah pemenang. Hmm sayu jer bila tengok Afiq bergurau senda dengan rakan-rakan kelasnya lain. 6 tahun bersama penuh suka-duka. Tahun depan masing2 akan terpisah, bersekolah di tempat baru, berjumpa dengan rakan baru dan guru baru. Kenangan 6 tahun ini adalah momen yang indah dan saya sebagai ibu Afiq terus terasa tempiasnya, sedey... Sob sob

2 comments:

Mama Zharfan said...

ariff tak attend sports day thn ni...ada dua thn lg sebelum masuk darjah satu..
touching plak ur entry ni...sob sob

mama_umar_maryam said...

comel ok topi afiq tu telinga mickey,heheh