Jerebu, Bodoh Sombong... Yang Merana Penduduk Sekitarnya!

Marty Natalegawa
Marty Natalegawa
JAKARTA - Indonesia tidak akan meminta maaf kepada Singapura berikutan krisis jerebu yang melanda negara itu hingga merebak ke negara jiran termasuk Malaysia.

Menteri Luar, Marty Natalegawa menegaskan, kerajaan sedang melakukan pelbagai cara untuk menangani masalah tersebut.

“Kerajaan Singapura perlu sedar, kami melakukan pelbagai cara untuk menangani masalah itu. Kami juga telah berhadapan dengan masalah ini sejak beberapa tahun lalu dan usaha penambahbaikan juga telah dibuat," katanya.

Menurutnya, permohonan maaf itu tidak wajar dilakukan kerana Singapura telah bekerjasama untuk menangani masalah itu termasuk berkongsi maklumat terkini.

“Menteri Alam Sekitar Singapura dihantar ke sini untuk berbincang dalam mencari penyelesaian. Maka itu untuk apa kami perlu memohon maaf,” katanya. - Jakarta Post
**********************************************************************************************************************************
Panas hati saya baca berita yang diterbitkan oleh Jakarta Post. Amboi! Dahlah masalah jerebu akibat pembakaran dari negara dier. Boleh berlagak gaya macam tu ya. Orang kat sini sesak-sesak napas nak hidup cam biasa. Semuanya kena kuarantin dek kerana keadaan luar yang merbahaya. Masalahnya kejadian jerebu seperti ini bukanlah pertama kali berlaku, bahkan di akhir tahun 1990-an juga pernah berlaku. Alololololo macam tak pernah belajar dari kesilapan.
Apapaun, marilah kita berdoa agar masalah jerebu dapat segera diatasi. Turunlah wahai hujan sebagai membantu mencari penyelesaian :(

Comments