Monday, June 24, 2013

Masak Maggi 2 Minit Bersama Awal, Scha dan Lisa, Memang Kerlasss

Wasssap wassap...
Hari ni saya cuti, yahuuuu...
Rektor dah keluarkan perkeliling semalam yang hari ni kitaorang cuti ~ :)
So, bolehlah relaks2 goyang kaki, sambil guling2 tengok TV, hehehehe

Ok...
Hari Sabtu lepas saya berpeluang menyertai masak2 bersama selebriti tanahair - Lisa Surihani, Scha dan Awal. Ekceli saya diberi peluang dek kerana menjadi antara pemenang untuk peraduan mengambil gambar bersama produk mee maggi di twitter.
Tweet jer gambar pelahap muka makan maggi, lepas tu terpilih, buahahaha...
Kebetulan pada hari yang sama sebelah paginya saya ada event masak gak. Nantilah saya story morry!

Memang sampai ke tempat acara saya dah lewat hampir 30 minit. Inilah padahnya bila banyak sangat aktiviti yang perlu dihadiri dalam satu hari :)
Sampai2 jer terus kami dibahagikan kumpulan untuk menyahut cabaran memasak Maggi kari dengan citarasa sendiri. So memang berdesap-desup, berlaga-laga periuk setiap ahli dalam kumpulan menunjukkan skill memasing.
Ni gambar ahli kumpulan Awal yang sedang bertungkus-lumus menyiapkan hidangan.
Ni team saya, nampak tangan jer hokeh! Punyalah tekun, kita fokus pada rupa tangan jor!
Lisa in da house... antara ahli kumpulan yang paling cekap memasak.
Geng memasak gue :) :)

Dalam masa 2 minit plus plus...
Setiap kumpulan berjaya menghasilkan hidangan Maggi kari perlbagai rasa...
Nampak sedap, kan?
Hidangan ini yang berjaya dihasilkan oleh grup kami... "Mee Maggi Merak Kayangan"
Mee yang memberi rasa kelazatan...
Mee yang menjadi kegemaran siang dan malam...
Antara orang kuat Maggi untuk pasaran malaysia dan Indonesia...

Lepas tu kitaorang berkesempatan menikmati  Maggi kari yang dimasak bersama + maggi yang siap dimasak oleh pihak penaja...

Sambil-sambil makan, kitaorang dapat juga beramah-mesra dengan selebriti yang hadir memeriahkan majlis pada hari tersebut...
Ada Scha... auwww Scha sill ingat saya  masa kitaorang pernah jumpa kat sesi melepak anjuran KWC tidak lama dulu...
Suami Scha, si Awal pun ada...
Manis jer Lisa ni, badan tu tetap maintain kurus :)
Mak mertuanya Yusry Halim ni!
Nampak awet muda, kan?
Saya dan "partner in crime" Dyana memang hepi sokmo bila dapat goodies gini...
Isi-isinya... Pehh stok maggi sebulan!
Paling BESH! Apron saya telah diwarnai dengan otograph dari selebriti yang hadir termasuklah Chef Mulok. Memang terbaiklah Chef ni mengendalikan acara--sempoi dan kelakar derr... Memang tak kering gusi dengan lawak2 dari Chef . Terbaek!!

Mee Maggi senang dimasak lazat dimakan!!!

4 comments:

mama tisya said...

kerlas gtu..masak2 bersama selebriti

Norliza Nordin said...

best2.. ^^

Ct LiShamar said...

kerlas ko kak ....jeles i

Mama Zharfan said...

beshnya :)