Outdoor Laser Tag Challenge di Awana Genting

Bersempena dengan filem "After Earth" yang bakal ditayangkan di Malaysia, pihak Sony Pictures telah menganjurkan pertandingan Outdoor Laser Tag Challenge.Hadiah yang ditawarkan cukup lumayan, kalau tak silap untuk GP dapat percutian untuk 2 orang ke Australia, TV yang besar dan juga HP. Memang hebak2 hadiah yang ditawarkan.
Tapi bila tengok peserta, pehhhh berduyun. Rasanya ada dalam 120 orang peserta. Ramai gila!! Macam mana terpilih? Hanyalah mendaftarkan diri di FB Sony Pictures (saper cepat dier dapat, gitulah).
Daftar jer dapat goodies seperti di atas. Ada back pack, t-shirt dll...
Dan ini adalah peralatan permainan. Dah macam ala2 komando dah (verangan jer).
Sebab pertama kali nak main dan memang jakun. So, kenalah menuntut ilmu dulu dengan 'marshall' ni. Dari penerangan nampak cam mudah jer main. Walaupun dalam hati risau semacam jer.
Sebelum bermain ditunjukkan demo bagaimana nak menembak pihak lawan. Kalau tak paham boleh tanya, Kalau tak paham pun kitaorang diam. Belasah jer main, hahahaha.
Ni bukan team saya. Ni team no. 8 tapi  geng2 dalam team ni semua saya kenal. Dowang ni memang hebat, rasanya ramai kaki paintball kat sini.
Time beraksi macam nak gi berperang kat Lahad Datu, hik hik...
Ni masa team saya bertarung. Dyana tu awal2 lagi kena tembak. Die memang kitaorang dah setkan jadi umpan, buahahahahhaha.
See, ada gaya seorang perajurit tak? Ngeeeeee
Memang best time ni :)
Lepas 3 kali main tembak2. Mula2 menang lepas tu kalah. Walaupun tewas hati tetap gembira dan bahagia sebab pertama kali dapat merasai pengalaman main outdoor laser tag. Dan kebanyakan mereka yang join memang takde pengalaman bermain (tapi ada juga yang biasa main dan terror) so memang syok bila tembak2 orang. Takde strategi langsung memasing, hahaha. Lagi BEST, abis jer main, kitaorang semua dijamukan dengan hidangan makan tengahari buffet style kat hotel tersebut---erkk kat Restoran Rajawali.

Lepas ni nak bawa my kids main lak, kali ni kita main indoor lak... Mesti lagi BEST kan? :)

Comments

Ezna said…
Fuyooo ayu bergaya tu...hihi...