Adnan Sempit 3 ~ Wajib Ditonton Bagi Mereka Yang Stress

Semalam saya berpeluang menghadiri Majlis Pra-tonton filem Adnan Sempit 3 di TGV Sunway Piramid. Masa sampai di sini dah ramai rupanya penonton yang sedang menunggu tayangan kat dalam. Sebab saya sampai awal, sempatlah lagi jejalan melawat kawasan. Erkkk kawasan yang patut2 untuk mencuci mata :)
Jamuan turut disediakan. Jamuan ringgan tapi mengenyangkan...
Kat dalam Hall... meriah ngan produk Shurah...
Ada Majlis Penyampaian Hadiah bagi pemenang Peraduan Adnan Sempit 3 di FB...
Para pemenang bergambar bersama orang kuat MIG dan juga Intan Ladyana...
Nampak Kak Noor Azizah kawan FB kat situ...
Memang kerlas Mejar David Teo...
Sporting dan peramah hokeh...
Kagum dengan kegigihan beliau menghasilkan banyak filem-filem tempatan setiap tahun...
Intan Ladyana in da house...
Cantek orangya... kurus tinggi :)
Goooooooooooooodies dari Shurah...

Ok... Kita citer pasal filem pulok...
Saya memang ada menonton Adnan Sempit 1 dan 2...
So, memang tahu tentang watak dan peranan yang dipegang oleh 4 teraju utama ini...
Sam, Intan, Yana dan Along.............
Cuma kali ni saya bagi kredit pada watak yang dijayakan oleh Along... siyes... kelakar...
Saya ketawa sampai menangis hokeh...
Figura kurus kering, dengan muka selamba badak sumbu... menjadikan setiap skrip yang dilontarkan memang membuatkan kita yang menontonnya gelak sakan. Begitu juga dengan kemunculan Angah, walaupun scene die tak sebanyak dengan pendukung utama tapi wataknya banyak membantu menyerikan lagi elemen kelakar dalam filem ini.
Macam Sam kita memang tahu... beliau memang pelakon versatil. Bagilah watak orang sakit jiwa, sedih, psycho mahupun lucu semuanya menjadi. Dalam Adnan Sempit 3, watak Sam ni cam ada 2 personaliti serius dan juga kelakar. Serius bila die cam ada hubungan dengan Manager kat tempat beliau keje... dan serius time bergaduh dengan Nadia (watak yang dilakonkan oleh Intan). Tang paling kelakar bila Adnan nak bertutur dalam bahasa english... omg... ngeja melayu wehhhhhhhhhhhhh!

Kali ini Adnan Sempit 3 die lebih fokus kepada cerita selepas berada dalam alam rumahtangga. Bagaimana Adnan ni kena belajar bertanggungjawab untuk menjadi suami yang memahami dan juga bakal ayah kepada zuriatnya sendiri. Biasalah dalam mana2 cerita melayu yang melibatkan perkahwinan mesti ada elemen skandal. Huhuhuhu.

Overalll memang sangat rekomen bagi mereka yang stress dan nak kurangkan tekanan. Bahkan pada mereka2 yang beremosi normal juga leh menonton sama... :) :) Memang confirm gelak sakan secara berjemaah dalam panggung. Oh ya, tayangan pertama Adnan Sempit 3 pada Hari Raya Pertama ya uoooooooolsss.

Sekian yang melaporkan;
Adnan Sempit 3 ~ Wajib Ditonton Bagi Mereka Yang Stress Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on July 09, 2013 Rating: 5

3 comments:

  1. wahhh teringin nak tgk la plak bila baca review u ni..

    ReplyDelete
  2. owh ade jugak mlm tu ye.. ^^ salam kenal

    http://sinarcintaku.blogspot.com/2013/07/pratonton-filem-adnan-sempit-3.html

    ReplyDelete
  3. intan ni macam pakai tudung tapi ni cam buka pulak...ehmm....

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.