Berbuka Puasa Bersama Warga Tua Dari Rumah Ikhlas dan Yakult

Saya join event ni bukan atas tiket blogger tapi atas kemenangan gambar yang dikongsi di FB Yakult.
Memang saya benar2 nak merasai berbuka bersama warga emas dari Rumah Orang-orang Tua...
Bukan semua orang berpeluang berkongsi rasa dan kasih-sayang daripada kelompok2 yang memang memerlukan--> erkk paham ke? Cam terjemahan sastera lak ya :)
So, bila diberi peluang memang saya tak sia-siakan...
Mungkin kehadiran saya di majlis itu nanti mampu menggembirakan hati mereka-->ni budget diri cam Fafau ler boleh memeriahkan suasana, hahahaha

Program khidmat masyarakat dari Yakult ini mampu mendekatkan lagi perhubungan antara masyarakat-manusia dan manusia. Sekaligus menunjukkan Yakult antara organisasi yang prihatin terutama dalam soal-soal kebajikan masyarakat yang memerlukan.
Masa mula2 sampai cam rasa tersegan gak...
Apsal semuanya media... aishhhh
Tapi pihak dari Yakult, sangat meriah team dowang uollss...
Ala2 masa masuk kat majlis dirai cam selebriti...
Rupanya pemenang ada 3 orang ja.
Dijemput bula bergambar dengan orang-orang kuat untuk majlis ini...
Saya sampai awal...
So buffet ni memang masih dalam persediaan...
Kat sini untuk kuih-muih, kek, tart (sedap2 uollls)..
Tak amik gamboooo... lupa deh.
Duta Yakult---Fara Fauzana in da house...
Nenek ni kiut sangat...
Berapa kali die suh saya amik gambar dier...
Lepas tu siap senyum2 simpul lagi...
Melihat wajah nenek ini teringat kat arwah Tok Wan saya...
Arwah Tok Wan saya tak suka bergambar, tapi bila kita ajak bergambar memang die akan senyum style nenek ni...
Antara yang hadir, yang berbaju hitam adalah Puan Muji. Beliau adalah bekas jururawat. Keprihatinan beliau tentang orang-orang tua yang dipinggirkan keluarga memanggil beliau untuk menubuhkan Rumah Al-Ikhlas di Puchong. Sehingga tahun ini penghuninya sudah meningkat kepada 66 orang. Terkejut saya... ramainya anak2 di luar sana yang sanggup mengabaikan ibu-bapa mereka sendiri.

Hmmmmmmmm...
Jadi pada sesiapa yang ingin menghuklurkan bantuan samada dalam bentuk kewangan atau khidmat masyarakat, keterangan lanjut boleh rujuk di sini ya http://al-ikhlashomecare.blogspot.com/
Minuman rasmi wajib ada lah kan? Ngeeeeeee
Saya dan keluarga memang meminati minuman kultur Yakult ini...
Selain daripada rasanya yang sedap...
Minuman ini juga mengandungi segala khasiat yang diperlukan oleh tubuh kita terutama di bahagiaan pencernaan. Mampu membersihkan perut kita dari kuman-kuman/bakteria jahat!
Budak kenit ni, dah lah tak pose...
Lepas tu bantai die minum sampai 4 botol Yakult sebelum berbuka...
Ngam2 time azan nak berbuka...
Boleh menjerit2 sakit perut nak membuang air besar... adoiii
Nampak nooooooo banyak bakteria jahat dalam perut hahahaha
Menu untuk berbuka ari tu...
Nyummmehhhhhhhhhh
Makanan yang berjaya disumbat dalam perut saya...
Goodies untuk saya dari Yakult yang terchenta---pehhhh!!

Gendang gendut tali kecapi...
Kenyang perut suka hati,
Terima kasih daun keladi,
Buat Yakult yang menjemput kami :)

Errkk lain kali jemputlah lagik...

Comments

mama tisya said…
amani setia follow mummynye ke event...hehe
Mama Zharfan said…
beshnya dpt mkn2 :) :)
Anonymous said…
Puan pernah membuat catatan berkenaan lawatan ke rumah orang tua Al-Ikhlas di Puchong pada tahun 2013. Adakah puan masih ada no telefon pusat tesebut untuk dihubungi? Terima kasih

Popular Posts