Monday, July 29, 2013

Dumex, Wisdom From Heart! | Sakan Berlenjan Dengan Parenting Bloggers!

Ahem, hujung minggu baru-baru ini saya telah memanfaatkan masa berhujung minggu dengan pengisian mengenai ilmu keibu-bapaan, bagaimana kita boleh berkongsi segala pengetahuan mengenainya menerusi pengalaman dan nasihat-nasihat pakar dari Dumex. Acara anjuran Dumex ini juga adalah untuk mengumpul seramai yang boleh ibu-ibu yang sedang mengandung. Erkk... saya tidaklah mengandung ya, hehehe hadir atas jemputan tiket mama blogger :)
Antara acara yang menarik perhatian saya ialah dengan jemputan 3 panel hebat - Selebriti/Jurucakap Dumex, Puan Azizah Ariffin, Konsultan Diet Indra Balaratnam dan Penasihat Dumex Careline, Preeta Letchuman. Masing2 berkongsi pengalaman dan tips berguna bersama peserta dalam dewan.
Untuk pengetahuan semua Dumex telah memperkenalkan laman web interaktif yang membolehkan para ibu-bapa untuk berkomunikasi melalui "chatting",  berhubung dengan komuniti para ibu di alam maya - mendapatkan petua dan pengalaman. Selain daripada itu Penasihat Careline Dumex turut menyertai perbincangan di dalam komuniti ini.

Terdapat juga aplikasi interaktif yang praktikal seperti Laporan Berat Badan ketika Hamil, Kalendar Kehamilan. "LIVE CHAT" dan juga detik-detik keemasan (akan diperkenalkan pada masa hadapan).

Paling BESH kita boleh melayari laman web di mana sahaja, di mana jua samada melalui laptop, telefon bimbit ataupun tablet.

*********************************************
Ok, so balik pada aktiviti yang saya lakukan sepanjang acara dijalankan, selain daripada bual bicara bersama orang-orang kuat Dumex. Saya dan rakan-rakan sempat juga melakukan beberapa aktiviti menarik. Kiranya aktiviti ini kena kerja berkumpulan...
Antara bahan yang kumpulan kami perolehi...
Geram tengok, hik hik saya memang suka barang2 deko ni :)
Semuanya memainkan peranan dalam menyelesaikan tugasan dengan pantas dan sempurna.
Lepas tu excited nak memikirkan slogan dalam 3 perkataan menggambarkan kami sebagai ibu yang... .kena lengkapkan sendiri...
Grup saya yang super happening, "We Are Supermom"
Hasilnya... bila dah digabungkan semua...
Dapatlah bentuk hati seperti gambar di atas... Menarik, kan? :)
Bergambar dengan selebriti Wan Azizah. Sempat saya borak2 dengan beliau, bertanyakan tips2 bagi mendapatkan tubuh badan yang ideal dan slim. Memang jelita ya Puan Wan Azizah ni biarpun usia sudah menceceah 40-an.
Gambar untuk promo press...
US... kecuali Suzz jer takde. Suzz die berbuka kat Dorsett (kerlazzz makan ayam golek besaq).
Last bergambar sebelum balik...
Saya dan Mira (My BFF) bersama Wan Azizah...

Acara yang sekejap tapi padat. Paling BESH bila dapat berkumpul dengan Mama Bloggers bersama keluarga memasing, ternyata ukhuwah sekian lama terjalin mengeratkan  lagi silaturrahim.

Pesanan penaja, jemputlah ya layari www.dumex.com.my dan jadilah sebahagian daripada komuniti!

9 comments:

anak Wan Salleh said...

i rase inilah i attend paling event kelam kabut (cari pasal sendiri) sebab datang lambat, sudahnya, banyak gambar tak ambik.. :) nanti i pinjam gambar yer.. nak tunggu dari kamera ezna pulak

Mama Zharfan said...

me dh lama tak attend event sebenarnya....dh lost interest jdnya...emmm

mama tisya said...

meriah bln pose pn sempat p event...tkde sesi buka puasa ke?

daddydee said...

wah best dapat hadir event begini...

AyuArjuna BiGoshh said...

mira--- hahaha, patutlah u relax jer...

mz--ramai suzz, agk stress gaklah

mt- ada sesi bukak pose :)

daddydee---leh join lenkali :)

eyriqazz said...

Huhuhu..tak ajak pun saya..hihihi..

AyuArjuna BiGoshh said...

eyriqazz....hahaha..bukan hazim ikut saya naik lif sama mlm tu, nak balik sama katanya ...hahahaha

boni kacak said...

wah.. bestnya join program macam ni. hehehe

Melastik Bintang said...

tak sempat nak menegur kak ayu haritu.. =)