Esse Gives Back : Charity Event

Saya dapat jemputan untuk menghadiri satu program kebajikan di bawah kelolaan Esse Organic Skincare. Untuk pengetahuan semua produk Esse merupakan produk penjagaan kulit dan kecantikan yang berasaskan tumbuhan semulajadi dari Afrika Selatan. Tanpa bahan campuran kimia dan sememangnya ianya selamat untuk semua jenis kulit :)
Antara orang kuat projek, Cammy yang bertungkus-lumus menjayakan program kebajikan ini.
Di ruang pameran yang memaparkan hasil-hasil lukisan kanak-kanak. Oh ya hasil dana yang dapat dikumpulkan dari penjualan lukisan ini akan disalurkan kepada "shelter homes". Untuk pengetahuan semua Shelter Homes, merupakan pusat penjagaan yang menempatkan kanak-kanak terbiar, kanak-kanak yang didera dan kanak-kanak yang ditinggalkan keluarga.
Antara lukisan-lukisan yang dihasilkan oleh kanak-kanak yang berbakat...
Ada dibingkaikan...
Ada dalam bentuk kanvas...
Jamuan ringgan turut disediakan bagi tetamu yang hadir... Erkkk tapi saya berpuasa, so jamu mata sahaja ler hehehe.
Pengacara majlis, Miss Malaysia Cik Nadia kita. Wow wee, Nadia ni memang sempoi dan hot. Nampak kegigihan beliau dalam mecari sumbangan untuk aktiviti kebajikan ini.
Yang ni founder/researcher produk Esse, Mr Trevor. Yang mana menurut beliau Esse membawa maksud "to be" dalam bahasa latin. Sudah bekeluarga ya, ada nak 7 orang :) Penyelidik yang aktif membuat kajian tentang tumbuhan herba dan liar di kawasan Afrika Selatan.
Ni antara sukarelawan/orang kuat di shelter homes. Melihat beliau saya berasa kagum sebabnya... bukan ramai orang muda seperti beliau yang sanggup menghabiskan masa terluang bersama-sama menjaga dan mendidik anak-anak yang memerlukan kasih sayang keluarga.
Bloggers bersama Nadia...
My fren Nannie yang sangat bertuah hari tu ya :) Menang hadiah untuk lucky draw...
Antara kanak-kanak yang menjayakan kerja amal ini, bersama-sama membantu rakan mereka yang lain.
 
Cam biasa ada ole2 dari pihak yang menjemput :)

Sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, pelbagai perkara baik serta berfaedah boleh dilaksanakan terutama dalam memberi sumbangan kebajikan. Selain daripada sumbangan dalam bentuk kewangan dan material, sumbangan dalam bentuk perkhidmatan juga adalah tanggungjawab sosial yang perlu kita lakukan.

So, pada mereka yang berminat untuk membeli lukisan ini secara on-line dan untuk mengetahui shelter home  bolehlah klik pada link di bawah ya;

Shelterhome website :
http://www.shelterhome.org/
Pictures of the paintings : 
https://www.dropbox.com/sh/4bzd06bylebbk8q/Qk7DyeOP3c/Esse%20Gives%20Back%20Entries

Photos of Nadia Heng visiting Shelter Home :
https://www.dropbox.com/sh/ohdpzx6eb0ctls8/u6FWowEVt
Photos of the painting :
https://www.dropbox.com/sh/xs4ccoqs3m0ttyh/yVDkFw2cOJ

Selamat beramal uolls.

Esse Gives Back : Charity Event Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on July 23, 2013 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.