Menonton Bersama Budiey.Com, The Conjuring | Sesak Napasss OMK Memanjang

Hari tu cam ada nampak contest kat FB, dari Budiey.com pelawa pembaca blog dier untuk join contest yang mana berpeluang menonton citer "The Conjuring" secara berjemaah dengan beliau dan beberapa orang artis. Cam biasa saja mencuba nasib, dan terpilih lah pulok...

Lagi excited sebab semua yang terpilih akan diberikan goodies bag dan berpeluang memenangi hadiah gadget dari lucky draw sebelum tayangan. Spesis Mak Shin Chan kan daku ni... dengar barang free, gigih ler menyertai, hehehehehe.
Masa daftar nak amik tiket. Cam reunion kat situ yek. Ramai giler geng2 event kaki wayang ado!
See, barang yang saya dapat dari menyertai menonton bersama Budiey!!
Mak suke noks :)
Tengok ghupe pass dier dah seram. Si Dyana dah terkucil beberapa kali tengok gambar kat pass ni ajor, hahaha...
Kisah filem ini adalah berdasarkan dari kisah benar yang pernah berlaku pada tahun berapa ntah. So, cerita ni pasal sebuah rumah kat Rhode Island (erk  betul ke nama tempat ni?), agak pedalaman. Rumah ni dah lama tidak diduduki. Sehingga satu keluarga yang bahagia, ada 5 anak perempuan pindah ke dalam rumah tersebut. So, bila dah masuk kat dalam umah tersebut macam-macam kejadian pelik telah berlaku.

So, ibu dia ni pergilah minta pertolongan 2 penyiasat alam ghaib yang terkenal time tu. Ni kisah betul ni, uollls... Isteri die nia ada kebolehan macam psikik dan suami die ni boleh merawat ala2 paderi tapi apa kah nama bidang tugas, me cam terforgot la pulok...
Isteri dia memang leh nampak bayangan dan merasai segala keperitan dan kebenciaan yang berlaku dalam rumah itu. Walaupun die takut jugak, sebab apa yang dia dan suami akan lakukan boleh mendatangkan amarah kepada makhluk halus dalam rumah tu sekaligus keluarga dowang pun terancam jugak.
Panjang citer die uollls... Tapi kesimpulan dari saya yang dah tonton. Citer hantu ni die ada kelas die sendiri. Nampak logik gak jalan citer sebab ianya based dari cerita betul yang pernah berlaku. Sebab jarang saya tengok citer hantu yang membuatkan saya rasa nak terjun dari kerusi sebab saspen tahap adrenalin kuasa berganda. Tapi mujur lah menonton dengan geng2 Budiey, ada yang buat lawak, cam tiba2 hantu muncul. Boleh sorang mamat tu jerit "woii baca yasin!"... Satu dewan tergelak...

Last sekali... memang kes setel...
Dan keluarlah foto2 sebenar milik penyiasat... keluarga yang dirasuk itu, berita2 dalam suratkhabar mengenai kejadian tersebut--ahem kan true strory? So ada buktilah...

Balik tu buat terawih sengsorang...
Walaupun terasa juga takut...
Tapi fikir logiklah bulan Ramadhan kot, segala syaitan semua dah kena ikat...
Heheheh... teringat2 orang bertepuk tangan---main hide n seek, jommm heheheheheheheh (gelak cam antu sakai)

Comments

Ct LiShamar said…
hihihi kak ayu ni lawak lah

Popular Posts