Monday, September 2, 2013

Dapat Jumpa Rick dan Corey dari Pawn Stars!!

Hari tu kan, saya dapat invitation dari my comper fren Devi...
Untuk join beliau dalam sesi bertemu peminat bersama artis dari Las Vegas iaitu Corey dan Rick dari Pawn Stars!!!!!
Lokasi sesi bertemu peminat di Malaysia adalah di The Gardens. Saya sampai ngam2 kul 12pm, dah ramai giler peminat siri ni berkumpul. Tapi sebab saya dapat istimewa atas kemenangan Devi, so kitaorang dapat jumpa dengan siap2 amik gambar dari dekat lagi.
See ramai tak ramai nyer peminat siri ni...
So, ada beberapa aktiviti bersama hos rancangan Pawn Stars, antaranya si Corey ni joget bersama penari kat situ. Sporting jugaklah si Corey ni walaupun agak cam kayu jer cara dier joget melayu. Hehehehe
Corey pun nampak agak seronok. Walaupun kadang2 rasa kesian macam kena buli ngan pengacara Kak Sarimah kita yang happening itew...
Rick pula memberi duit raya pada kanak-kanak (rasanya anak yatim yang dijemput khas).
Wah time-time tu rasa nak beratur ngan adik2 yang beratur, sbb nak duit raya...
Rick lebih banyak bercakap berbanding Corey... Die ni co-founder/co-owner untuk Pawn Shop. Kalau tak silap saya masa sesi temuramah Rick ada menyatakan beliau ada 63 pekerja bawah seliaan beliau. Ramai gak. Tak sangka kedai yang membeli dan menjual barangan terpakai leh glamer dah pemiliknya boleh jadi cam selebriti.

Tapi kengkawan saya yang suka dengan citer ni kebanyakannya komen sebab mereka suka cara dowang (Pawn shop owners dan keluarganya) fikir dengan menelek sesuatu barangan, memberikan komen tentang mutu barangan terpakai... lepas tu dowang akan berikan harga barangan pada harga yang paling wajar.
Set atas stage untuk sesi bertemu peminat.
Saya ngan Devi lepaking kat situ lepas acara :)
Lepas tu kitaorang ada borak2 ngan salah seorang jurugambar yang mengiringi selebriti Pawn Stars...
Sangat peramah uolls biarpun mat saleh :)
Then jumpa ngan Sarimah. Say hi2 gitu...
Borak kejap jer sebab Sarimah tengah makan...
Ni DJ dari Mix fm "ROD"... Devi kenal sangat... saya tak berapa kenal hehehehehehe.
Tapi kat sini kami banyak berkongsi cerita pasal macam2... pasal naik flight lah, pasal event mix la, macam2 cerita. Sebab bersama saya time ni ada Devi dan Victor, dowang memang banyak idea bila bercakap. Rasa lebih 15 minit kot kitaorang lepak kat situ bersama DJ Rod...
Hehehehehehe... Saya eh...
Siaran langsung dari Las Vegas... erkkkk The Garden jor, Malaysia lagik.
Tq ya Victor (hahahahhaha, u tahu kenapa dan mengapa).
Goodiessssssssssss...
Bunga ros tu saya ngan Devi jer dapat, geng2 photo-G kot History Asia kot kasi, lepas kitaorang suh Bren (profesional photographer) amik gambar. Turun dari pentas terus ada orang hulur bunga. Kitaorang amik jer lah... sambil senyum berbunga2...

Seriues----ly kebanyakan artis barat yang saya jumpa mereka sangat ramah dan mesra. Hmm, dan adakalanya mereka lebih mesra daripada selebriti tempatan sendiri (yang kekwat lah)... Ini antara rahsia untuk terkenal dan berjaya, sentiasa berdiri di bumi yang nyata. Tak sombong :)

Perasaan saya --->Best dan hepi, dapat jumpa Rick dan Corey!!!

4 comments:

Devi da Lil' DeviL said...

hahaha sgt best lepak dengan u, ayu. borak borak memanjang jer kan..ROD tu i baru first time kenal masa tu jugak..haha..tapi oklah friendly DJ. yg paling best dpt bunga ros mekar semerak cili padi masa turun dari stage kan? chewah ..hehehe..nak thanks to Victor jugak..hehehe

KiD said...

Waahhhh... bestnyaaa... nak topi.

Spallan said...

WOW...best betul nih. untung la dapat bergambar dengan Rick & Corey. Terbaikkk...

Mama Zharfan said...

nmpk besh & fun!