Isu 20 sen dan Taugeh!

Isu kenaikan harga minyak 20 sen seliter mendapat liputan yang begitu meluas di semua laman "sosial network" termasuklah di dada akhbar sejak semalam. Ada yang marah,ada yang menerima hakikat, ada yang tabah, ada yang mengingatkan pada pentingya berjimat-cermat demi untuk kelangsungan hidup.

Topik ini hangat diperkatakan masyarakat berbilang bangsa tidak kira, tua dan muda. Masing-masing mempunyai pandangan dan cara pemikiran mereka dalam menghadapi isu ini. Even, anak saya yang bersekolah rendah juga peka tentang isu harga minyak naik. Mereka juga ada berdiskusi antara kawan-kawan mereka di sekolah. Semua masyarakat menjadi lebih sensitif.

Orang yang naif seperti saya terutamanya kurang peka tentang apa yang berlaku pada keadaan ekonomi negara dan dunia akan turut membuka mata. Kalau hendak meletakkan bebanan pada mana-mana pihak yang wajar menanggung kesalahan pun rasanya macam sia-sia. Sebabnya sehebat mana kita berdebat tentang isu kenaikan dalam segala perkara tapi kalau kita sendiri masih tidak mengubah cara hidup agar lebih bijak berbelanja bermakna kita akan senantiasa tertekan dengan mana-mana kenaikan harga yang melanda.

Mungkin bagi kelompak orang yang hidup sederhana seperti saya boleh mengubah cara perbelanjaan. Tapi bagaimana pula, mereka yang memang ditakdirkan sebelum kenaikan juga mengalami masalah kesempitan hidup, apatah lagi kesan dari kenaikan terkini ini, lagilah terasa kesempitan yang dihadapi. Paling ditakuti jika kesan seperti ini memberikan impak yang negatif kepada cara hidup mereka akan datang. Contohnya senario seperti ini:

Anak dikurangkan duit belanja sekolah. Dari RM1.50 diturunkan kepada RM1. Duit itu jugalah digunakan untuk membeli makanan bagi menahan lapar. Harga nasi lemak pula dari RM1 dinaikkan RM1.20, alasan tipikal penjual makanan hari ini "harga minyak naik, barang mentah juga terasa kesannya". Since tak cukup 20 sen nak beli nasi lemak, beli kuih yang mana harga kuih kat sekolah 30 sen ke 40 sen. Itu pun  belum tentu boleh bertahan tahap kekenyangan sampai habis waktu sekolah. Bila tak cukup duit, mungkin anak ini akan meminjam duit dari kawannya. Budaya berhutang akan wujud di sini. Paling kronik kalau dah mula pandai mencuri. Alasan "Saya tak cukup wang nak beli makanan". Mencuri memang salah! Perlu ditegur tapi alasan itu juga akan digunakan bila perlakuan mencuri itu berlaku.

Manusia juga akan lebih berkira dalam melakukan apa sahaja dalam kehidupan mereka. Contohnya pekerja akan senantiasa mengutaraka isu "claim" pada ketua syarikatnya. Biarpun jaraknya sekangkang kera, "Saya nak claim minyak bos", biarpun lebih kerja masa hanya 30 minit "Hari ni saya OT 30 minit bos", belanja klien biarpun seciput jer bayarannya "Bil makan RM5.50 saya antar untuk claim bos". Bos minta tolong untuk siapkan tender "Ada extra bonus tahun ni tak bos?" Semuanya akan berkira. Hmmm, tapi saya bercakap macam ni bukan bermaksud semua masyarakat kita bersifat seperti ini. Tidak ya. Tapi mungkin juga disebabkan kenaikan ini hati manusia juga berubah. Manusia berubah kerana tekanan. Biasanya boleh berlaku, iya kan?

Macam saya sendiri, saya turut nampak kesan kenaikan ini kepada Encik Somi saya a.k.a dedet.

Semalam dedet die pergi soping kat Tesco sowang2. Balik dari tapak projek dier, die mengular kejap. Buahahaha... Balik2 die tunjukkan saya sepelastik besar sayur taugeh!!! Banyaknya berkilo2 macam orang berniaga Char Kuey Teow. Hangin saya gak. Apahal beli taugeh berbanyak macam ni? Bukannya boleh buat penanaman semula taugeh yang dibeli ni pun.
 
See, banyak giler taugeh. Dah lah taugeh memang harganya takderlah mahal mana. Murah jer pun. Biasanya saya belli 50 sen jaaa...
Rupa-rupanay sebab dedet pergi Tesco tu dah malam, dowang buat clearance. Harga asal 4 hengget lebih, sebab clearance jadi sehengget dua puloh satu sen. Nak nanges saya. Sebab lepas ni kena bertungkus lumus menghabiskan taugeh ni. Abih segala menu hidangan yang dimasak kena letak taugeh.
Contohnya hidangan pertama, kita letakkan dalam mee kari.

Esoknya leh plan buat taugeh masak kicap, tulat mee goreng taugeh istimewa, lagi2 tulat sayur taugeh masak berlemak... lagi senang cerita sedekah jer kat jiran tertangga taugeh ni.

Dahlah muka saya selebet cam minah tempe lepas tu sekarang dah dipakejkan "minah seselebet tempe dikombinasikan dengan taugeh" --> Mrs temtau, uhuk!

Comments

Chot said…
Erkkk...dedet mcm nma kucing sy pulak...uhuhu..
Bab berkira tu betul.. Lg2 berkira bab guna kereta..huhu..nasib...
Ezna said…
x suka togeh ni....:P
juelee said…
saya alergik togeh ni, angin badan kalau makan... taugeh tepayaki tu ok pulak... pelik kan? tapi mmg byk tu kak.. jenuh nak perabih
Mama Zharfan said…
my hubby pun...ckp msk lauk sikit jer..sbb me kdg2 jenis msk byk and then tak abis...memang kena tukar cara hidup la lps ni
Merlyn Hasshim said…
hubby baru call. nak balik rumah tukar kereta, sebab kena ke melaka. my kereta minyak save sikit compare dgn kereta dia. First time dia buat mcm ni.. huhuhuhuhuhu
anak Wan Salleh said…
yuhuhuh betul, i dah sakit jiwa dengar pasal minyak ni.
Hermit said…
Mi aritu sy ada beli daging burger gak... malam ni awak masak ye... ngan taugeh... muahahaha
zety said…
suke taugeh klu jenis msak sayur style cine tu..suke3! hahaha
Rose Azadir said…
Hi…saya blogwalking kat sini. Jemput datang ke blog saya yer http://ibu2ahmad.blogspot.com