MyBuddy MyAmani Suka Sekali

Ciri MyBuddy

  • Cantik punyai dua warna iaitu pink dan biru
  • Untuk "ON" atau "OFF", hanya tekan kepala MyBuddy...
  • Menggunakan teknologi LED
  • Selamat untuk kanak-kanak
Di belakang MyBuddy, ibu-bapa kena set dulu waktu tidur malam anak mereka dan juga waktu yang perlu anak mereka bangun.
Settingnya sangat mudah uollllllss...
Tak complicated sangat... fungsi sama seperti kita set jam loceng :)
My Amani, ada kalanya mempunyai masalah untuk tidur secara bersendirian. Beliau suka main-main dulu, lepas tu ajaknya berborak. Susah juga nak menidurkan Amani terutama bila abang dan kakak beliau sudah lama lena. Lepas tu Amani jenis penakut sikit. So, bila ada MyBuddy ni yang mana akan sentiasa menemani malam Amani sekaligus menjadikan malam panjang saya begitu tenang... Tak perlulah my Amani nak tidur bawah ketiak saya lagik, heheheh...

MyBuddy Peneman Malam Yang Setia
So, bila Amani tidur dan tiba-tiba beliau tersedar dari lenanya, my Amani akan melihat MyBuddy (saya letakkan di atas meja kecil bersebelahan katil) yang mengeluarkan cahaya menunjukkan rupa moon ni. Beliau pasti akan terus menyambung tidurnya balik. Sebab saya dah pesan kalau Amani bangun dan Amani tengok kat MyBuddy ni rupa moon, Amani kena sleep balik. My Amani jawab "Hokeh mummy..."
See, Amani kena sambung tidur balik. Moon maknanya masih malam lagi... so anak-anak kena sambung tidur.

MyBuddy Teman Membaca Kanak-kanak
MyBuddy juga sesuai buat kanak-kanak untuk melihat gambar-gambar di buku ilustrasi khas buat si kecil.

MyBuddy dan Suria Menandakan Waktu Pagi Sudah Tiba
Bila waktu siang MyBuddy akan menunjukan rupa matahari yang comey. Dan kanak-kanak akan tahu sudah tiba untuk mereka bangun dari tidur. Secara tidak langsung MyBuddy ini dapat membantu ibu-bapa mengajar kanak-kanak tentang rutin bangun pagi dan tidur di waktu malam.
MyBuddy juga selamat digunakan oleh kanak-kanak. Ianya tidak diperbuat daripada bahan-bahan kimia, tidak mambahayakan - tidak mempunyai komponen-kompone kecil, mudah dipegang serta MyBuddy ini rekaannya agak unik dan tidak meemerlukan ruang yang besar.
video
Untuk mengetahui lebih lanjut MyBuddy, sila layan video diatas...

Psssssssstt: Harga MyBuddy ni RM499, tapi sekarang ni ada tawaran harga promosi. Serendah harga RM199 ajer. Cuma uolls kena datang beli dekat Phillips Centre di Manara Axis Petaling Jaya, Selangor. Tawaran ini sah sehingga stok masih ada ya...

Comments

anak Wan Salleh said…
myBuddy myAmani ada bunyi rhyme gitu.. :) yang penting Amani comel!! btw myBuddy ni paling sesuai untuk budak baya Amani :)
Mama Zharfan said…
siyes sgt comel..berkenan i :)
Ezna said…
cutenya....secute amani lampu ni :-)
Puan Ida said…
cutenye
cantik tertarik ar
jemput ye singgah blog saya
umielman.blogspot.com
zety said…
alorrr..best amamni ade buddy baru ;)