Bila Ajalnya Sudah Tiba...

Saya tak tahu perlu bercerita atau tidak. Tentang ajal yang kita tak tahu bila datangnya, bila tiba masanya. Cuma kekadangkan bila saya baca cerita orang sekeliling, mendengar luahan rakan yang rapat menjadikan saya terfikir juga...
Hmmm... Camne erkk nak cerita...

Contohnya macam ni, katakanlah kita memang ada sakit sekian-sekian. So, ikut appointment ngan doktor yang merawat kita perlu melakukan pembedahan major dengan segera. Walaupun hakikatnya kita takdelah sakit. Kita memang nampak sihat cuma kita perlu menerima rawatan dan pembedahan tersebut maka kita akur. Tapi malangnya memang tidak disangka kerana pembedahan tu keadaan kita menjadi lebih teruk.

Ada kawan saya pernah bercerita. Atuk beliau ada penyakit jantung. Atas nasihat doktor satu pembedahan yang risikonya sangat kecil perlu dilakukan. Atuknya yang masih gah lagi, masih mampu berbual gembira dengan anak-anak akur dengan kehendak anak-anak dan nasihat doktor. Tapi malangnya sebelum pembedahan keadaan atuk yang sangat ceria, dibius dan dibedah... terus koma sehingga rohnya diputuskan dari badan. Betapa sebaknya hati kawan saya. Mungkin juga kat sini ada terlintas "Alangkah baiknya jika tidak dibedah, atuk memang sudah tua... kalaupun ianya sakit... tentu tidak secepat ini perginya..."

Dan saya percaya... banyak cerita seperti ini. Asalnya sihat... bila dimasukkan ke hospital sakitnya makin teruk... dan perginya secara tiba-tiba. Memang terasa sentap bila kita sendiri mengalaminya...

Cuma bila saya baca tentang status rakan FB saya Nadia Hazmi (ibu yang baru kehilangan/kematian anak kecilnya) yang mana bagi saya sangat mantap motivasi yang dikongsikan. Antaranya;

Ustaz Kazim Elias yg sedang bercakap tentang cara menghilangkan kesedihan saat kehilangan dan kematian. Selain dari doa Ummu Salamah yg pernah mama kongsikan sebelum ni, Ustaz ni kata... anggap kematian dan permergian orang tersayang tu macam "balik ke kampung halaman"... dia yang pulang dan sampai dulu ke kampung halaman, kita pun akan menyusul kemudian...

Antara petikan lain, Nadia berkongsi tentang ini... betul-betul menyentuh hati saya;

Ada satu lagi perkara yg mama teringat pagi ni, dalam Islam... macam yg pernah mama belajar kt sekolah dulu dalam subjek Pendidikan Al-Quran Sunnah/ Syariah Islamiah dan bimbingan dari Ustazah Habibah Mohamad Suhai masa belajar dulu... (betulkan saya ustazah if saya tersilap)... Larangan penggunaan perkataan "KALAU"... 

Perkataan ‘KALAU’ ada kalanya baik (dibolehkan malahan digalakkan), dan adakalanya dilarang syarak.
Penggunaan perkataan KALAU yg dilarang ialah: apabila berlaku sesuatu yg buruk atau nasib malang bagi seseorang, lalu dia pun berkata: “Kalau aku tak buat, takkan jadi macam ni…”, dan seumpamanya.

Penggunaan kalau seperti ini adalah amalan syaitan, sebagaimana dalam hadis sahih muslim menyebut: Nabi bersabda: “Jangan kamu berkata: Kalau aku buat begini, akan jadi begini. Tetapi katakanlah: ini takdir Allah, apa yg dia kehendaki akan berlaku. sesungguhnya ‘kalau’ membuka pintu syaitan.”

Kenapa ‘kalau’ membuka pintu syaitan? kerana:

1) Ia membuka pintu kesedihan, penyesalan, dan mungkin kebencian yg payah untuk dihilangkan.
2) Ia merupakan satu adab yg buruk terhadap Allah yang mentakdirkan setiap sesuatu.

Hmmmmmm... apa yang dikongsi benar-benar menyedarkan saya. Kita kena terima apa yang sudah berlaku, kita kena redha dengan ujian yang diberikan. Apatah lagi bila isu "ajal" itu diutarakan. Kalau tidak hari ini, esok dan mungkin lusa bila-bila pun kalau memang sudah tertulis, "sudah tiba ajalnya"... Maka bertemulah yang terpilih menghadap Penciptanya...

Seperti kawan saya, pada asalnya beliau sangat susah menerima kenyataan tentang pembedahan yang rasanya tak perlu dilakukan, yang menyebabkan beliau kehilangan atuknya yang terchenta. Namun bila dimotivasikan dengan cerita orang-orang yang positif lama-lama kawan saya ni bangkit dan boleh menerima hakikat... pembedahan bukanlah asbab kepada kematian tetapi sudah ketentuan Tuhan yang ajalnya sudah tiba giliran...

Ajal tak mengenali saper saja... mungkin hari ini giliran dia, dan tibanya giliran kita hanya masa yang menentukan segalanya...


Psssssssst: Mohon ampun dan maaf pada semua, segala silap dan salah ya...

Comments

Mama Zharfan said…
:( me phm..sbb itu yg terjadi pd arwah ayag me..asalnya demam jer..then...last2 koma bila masuk GH.. me tak nak ingat dah..jd sedey :( redho dgn ketentuanNya
Ezna said…
sayu je entry ni :-(
darlamoka said…
Bila diri sendiri yg berhadapan dgn kematian @ perpisahan nyata, hanya Allah yg tahu betapa sakitnya hati..
ibuayu said…
Betul tu kita tak dpt menolak walau sesaat pun jika ajal mendatang..mak akak pun nak operate jntg bln 11 ni..risau gak..tapi kena terima apa saja takdir yg datang
aimi said…
Tersentuh dgn entry ni... Ingatan yg baik utk diri sndr. Thanks kak.