Harga Pakaian Muslimah Hari Ini... Mahal Jugak Kan?

Saya dah lama perasan tentang harga pakaian muslimah ni. Makin lama cam makin mahal harganya. Lebih-lebih lagi dengan kebanjiran pelbagai gaya pakaian muslimah yang cantek2 dan masih menjaga/menutup aurat wanita. Dan pastinya medium seperti FB dan blog, medan paling mudah dan pantas untuk membuat promosi barangan seperti ini.

Apatah lagi sasaran pembelinya wanita. Wanita yang suka bergaya... wanita yang ingin memiliki... wanita yang suka menjadi inspirasi... wanita yang punyai duit sendiri :) Pendek kata segalanya di hujung jari... klik klik aja. Tahu2 jer bungkusan pakaian sampai di rumah atau di opis, kan?

Tapi uolls perasan tak...
Rata2 pakaian muslimah yang dijual memang agak mahal...
Mungkin juga sebab kondisi penjual yang baru menapak... masih mencari peluang untuk mengukuhkan perniagaan jadi harga barangan jualan perlu ada sedikit tinggi. Ataupun penjual sudah mempunyai label pakaian yang gah, yang mana pembeli di luar sana tidak perlu mempersoalkan tentang kualiti dan rekaan yang dipertonjolkan. Ataupun harga nak menghasilkan pakaian tu memang dah mahal. Contohnya material tu dari Pareeees... lace dari dari Belgium... kunun2.

Saya pernah perasan satu blog ni die jual jubah yang sangat menarik di mata saya, harganya RM120. Siyes tengok sekali... errkk... 2-3-4 kali gak... memang hati terpaut. Ala-ala macam feeling2.. "dari mata jatuh ke hati, terus nak beli". Lepas tu memang sangat tak bernasib baik... duit dalam Maybank online tak berapa nak redho untuk membeli. Siap rasa dalam hati tu... nak gi top-up duit kat Maybank sebab duit gaji ai kat Bank Islam. Mujurlah tak top-up kan. Turun kat bazaar petang tu (dekat ngan opis), sebijik baju yang dijual, harga yang ditawarkan kat saya RM65 hengget. Tapi tak beli jugak time tu, sebab bawa duit kat tangan pun tak sampai 50 hengget. Siyes, lepas tu takde lak nafsu nak membeli... apahal ntah... kejap jaaa... tengok harga sebenar, terus tak rasa nak beli.

Motip???
Hahahahahahah
Nampak tak nafsu jer lebih kat situ kannnnnnnnnnnnnn 

Dalam mana2 perniagaan memang bermatlamatkan keuntungan. Cuma dalam etika berniaga itu "tidak boleh menzalimi pembeli hanya semata-mata untuk meraih keuntungan". Tidak boleh sampai harga modal pakaian 50 hengget tapi dijual dengan harga 150 hengget, macam berkali2 keuntungan dicari di situ.

Dan bagi kita pembeli khasnya yang mempunyai 9 nafsu akalnya 1 ni... Janganlah nak menzalimi diri kita dengan membeli pakaian harganya sampai terzalim sekali duit poket sendiri dan suami. Biarpun duit tu bertengket-tengket tapi demi kesejahteraan poket bersama, belanja berpada-pada ya.

#Oitss peringatan untuk diri sendiri gak ni!!

Comments

:: Cik Viva :: said…
Betul tu..memang mahal pun kadang2..macam tak logik je harga cthnya mcm tudung, kalau yg berjenama sampai ratusan ringgit..huhu
Setuju, saya pun ada minat kat satu jubah ni konon nak beli masa raya aritu tapi harganya mak aii buat saya berfikir banyak kali ..end up saya tak beli pun..
Mama Zharfan said…
memang kebanyakan baju yg dijual online lebih mahal dari offline...me dh beberapa kali terkena...
Ezna said…
mahal baju muslimah ni...ce tengok kat satu kedai muslimah glam kat taman tun? ehem ehem...
zety said…
klu tgk rege mcm xbaper kene je mmg zt wpon terkinja2 nak tp pendamkan ajelah..lainlah klu materialnye mmg bagus n kite tau mahal..hehehe
Cho Zila said…
setuju... sangat mahal tambah2 lagi kalau dah terkenal... tapi kenyataan sangatleer muslimah ingin memenuhi impian wanita muslimah menjaga aurat... tapi tengok harga cekik darah...