Sunday, October 6, 2013

Serlahkan Kecantikan Anda dengan Dettol Radiance

Sememangnya setiap hari kulit kita pasti  kehilangan serinya disebabkan oleh habuk dan kotoran akibat terdedah kepada sinaran UV, pencemaran dan peluh dalam mengharungi kehidupan kota yang sibuk. Secara tidak langsung ini boleh mengakibatkan pigmentasi kulit, tanda-tanda penuaan awal dan kulit kelihatan kusam, tidak bermaya dan kurang sihat.
Memperkenalkan kepada kalian Dettol Radiance yang dirumuskan untuk memenuhi keperluan kecantikan wanita. Produk mandian baharu ini bukan sekadar memberi fungsi pembersihan tetapi ia juga menggabungkan perlindungan Dettol yang dipercayai dengan rumusan unik Vitamin yang memberi kebaikan kepada kulit dan pelembap untuk mengembalikan seri kulit.

Dettol Radiance membunuh dan membersihkan kulit daripada kuman dan kotoran yang menyebabkan kulit kusam dan menggantikan khasiat pada kulit untuk mengembalikan kecantikan dalamannya untuk menjadikan kulit sihat berseri. Dirumus dengan gabungan unik Vitamin C dan B3, Dettol Radiance menjadikan kulit rasa segar, cerah, halus dan lembap untuk tempoh yang lebih lama selepas digunakan. Vitamin C sering dipercayai sebagai bahan antioksidan terbaik yang membantu menentang radikal bebas dan meningkatkan kecerahan kulit manakala Vitamin B3 pula dipercayai sebagai rahsia di sebalik kulit yang nampak muda menawan.   
Nadia Heng, selebriti tempatan dan Ratu Dunia Malaysia 2010 turut bersetuju dengan konsep mengekalkan kulit yang sihat dan berseri.  "Saya percaya bahawa kesihatan bukan hanya menjaga pemakanan, tetapi ia juga berkenaan dengan apa yang anda gunakan pada kulit anda.  Saya mahu dilindungi daripada elemen alam sekitar dan cuaca. Saya selalu menyangka bahawa pembersih badan anti-bakteria akan mengeringkan kulit tetapi selepas menggunakan Dettol Radiance, saya amat teruja dengan hasilnya yang tidak mengeringkan kulit.  Malah saya suka wangiannya yang lembut dan kulit saya berasa lebih licin dan gebu, walaupun hanya menggunakannya selepas beberapa hari!" kata Nadia dengan gembira.  

So, uollls silalah dapatkan Dettol Radiance di pasaran!!!!!!!!!!! 

2 comments:

Mama Zharfan said...

bau Dettol ni tak berapa kena dgn taste me hehhe me suka bau yg rosey2 gitu ;)

Lin Azlina said...

SUKER... BAU YG FRESH2 GTU...