Monday, November 25, 2013

Food Review : Restoran Maliqa !!

Saya memang suka makan. Mencuba hidangan baru teruatama yang ada sedikit sentuhan Asia-Barat memang menarik minat saya. Apabila saya berpeluang merasai masakan Mediteranean hasil sentuhan chef dari Malaysia, memang membuatkan saya begitu teruja.
Restoran Maliqa yang terletak di  Jalan Medan Setia 1, Plaza Damansara, Bukit Damansara, Kuala Lumpur ada menawarkan pelbagai jenis masakan Mediteranean.

Jika dilihat menu, memang nama masakan yang ditawarkan agak asing kepada kita orang Malaysia. Namun setiap hidangan ada diberi penerangan ringkas tentang bahan yang digunakan dalam masakan. So, memang mudah bagi pelanggan untuk membuat pilihan :)

Mula-mula saya try makan pizza...
Pizza Hawaian - bila sebut perkataan "Hawaian" die mesti didatangkan dengan sentuhan rasa-rasa buahan tropika seperti nenas. Lepas tu ada pertambahan seperti hirisan ayam dan keju.
Pizza Turkey Ham- dari segi rasa ianya seperti pizza yang ada kepingan ayam...Saya lebih suka yang ini kerana lebih cheezey berbanding dengan Pizza Hawaian. Untuk crust, seperti rasa roti pita tidaklah terlalu nipis dan tebal.
Pak cik Dyat yang begitu menghayati Pizza yang disumbat ke dalam kerongkongnya, hahahahah..

Princli Yogurt Carbasi Soup- gabungan beras, ayam dan yogurt dimasak sehinggan reneh menjadi sup. Ada sedikit rasa masam sebab ianya menggunakan yogurt. Makan semangkuk memang dah cukup kenyang :)

Mosaka- Signature dish di Restoran Maliqa. Daging hancur dimasakkan bersama tomato, dilapisi dengan terung dandi atas disalutkan dengan cheese (yang meleleh). Menurut pihak Restoran, masakan ini sering menjadi pilhan pelanggan yang gemar berkunjung ke Maliqa.
Paella Mista- Nasi yang ada rasa herba safron dicampurkan dengan pelbagai hidupan laut (seafood). Jenis seafood boleh kita request untuk mendapat kelainan pada masakan.
Restoran ini bukan sahaja nampak selesa, bahkan kalau kita terjah dalam tandasnya pun kita boleh rasa nak baring, hehehe. Sangat cantik dan bersih uollls.!!!
Dan Restoran Maliqa ini pernah juga diterjah team Jalan Jalan Cari Makan TV3, kerlasss gitewww
Bloggers n the chef in da house!!!
Chef dan Chef....
Orang kuat dalam merencanakan hidangan setiap hari di Maliqa
Restoran ini juga boleh dibuat tempahan untuk majlis dan keraiana yang tertentu. Di atas restoran terdapat ruang legar yang sangat luas boleh menempatkan lebih 40 orang tetamu. Ok, uools kalau berminat nak singgah dan cuba masakan Mediteranean bolehlah terjah...

Maliqa, No.49, Jalan Medan Setia 1, Plaza Damansara, Bukit Damansara, 50490, Kuala Lumpur

Dibuka setiap hari kecuali Ahad ya!!

2 comments:

Mama Zharfan said...

lapar la plak

nizam ijam said...

memang selesa giler..hehehehe :D