Sunday, November 10, 2013

Kalau dah begitu hayatnya...

Asalnya bela 4 kura-kura... Anak2 yg request... Setahun lebih gak membelanya. Sebelum pindah, seekor dah mati kat rumah lama. Suspect mati sebab kena tindas, so die kurang makan, kurang zat dalam badan. Lagipun badan die ni jer tak besar2. Bawa 3 ekor masa pindah, tak lama, mati lagi sekor, tapi rasanya punca kematian sebab kesedihan yang melampau. Alasannya masa yang seekor first sebelum mati dowang ni cam ada 'affair', rapat semacam. Ni andaian jaaa. Few weeks later, seekor lagi hilang tanpa jejak, melarikan diri. Ni die carik jalan kuar dari tempat tinggal yang disediakan. Sampai sekarang kehilangan tu menjadi misteri. Ntah apalah nasib... Tinggal seekor yang paling besar, my Yana punya...
Sebab kesian tinggal sorang2 so decide nak lepaskan kat Taman Lembah Kiara, sebab banyak turtles dalam kolam kat sana... Pagi Ahad, bersungguh 'tanda' turtle diorang kaler oren, senang dicari jika esok2 pergi melawat... Dedet siap cari non-toxic eco-friendly paint kasi, tolong cat siap buat tattoo 'tulang ikan'...
Kat sini banyak giler kura-kura yang dilepaskan oleh penduduk kawasan TTDI. Port paling ramai pengunjung Taman Lembah Kiara singgah, semata-mata nak tengok sambil bagi makan kat kura2...
Balik dari beli sarapan, jumpa si oren ni kat luar rumah--larik lagi kooo... Nasib baik nampak menyerlah kaler oren so tak ler  terlanggar... jauh gak lari tuh... Sememangnya kitaorang nak pergi lepaskan si oren pada paginya kat tasik Lembah Kiara tapi pagi tu Anaqi merajuk mengada-ngada yang tak tahu punca so niat di tunda ke sebelah petang. Lepas tu Dedet siap tutup sikit kat kolam si oren, sebab tak nak bagi die terlepas lagi.
Lepas lunch, kecoh si oren hilang lagi. Sebab hari hujan tak perasan time bila si oren berjaya membolos diri dari kolam die kat umah. Si oren ni dah macam Michael dalam Prison Break, gigih tul nak melarikan diri... 

Berpakat reramai pergi cari dan akhirnya jumpa. Betul2 kat kat tengah jalan. Nampak pun sebab warnanya oren. Punyalah gigih melarikan diri dalam lebih kurang 50 meter jugak dari rumah...
Mati... huhuhu, di lenyek... Tak sempat dibebaskan...
Jikalah dia faham orang sememangnya nak lepaskan pada sebelah petang. Untuk memberi peluang dia bersama kengkawan baru... Jikalah dia sanggup tunggu... Jika... Jika... Hmmm... Kalau dah begitu hayatnya...

p/s: Sangat sedey woooooooooo



3 comments:

anak Wan Salleh said...

macam kita juga.. kite pun tak tau bila akhir hayat kite kan.. sure ada kalau kalau kalau

Mama Zharfan said...

:( cian si oren :(

Ezna said...

kesiannya oren :-(