Mummies Day Out with Philips AVENT, Sangat Beshhh!!!

Yeahhhhhhhhhh Mummy Day Out Again!!!
Lama der, tak join event untuk mummy2...
Terutama event yang dapat banyak memberi informasi berguna untuk menjadi seorang ibu yang terbaek buat keluarga terchenta--> chewahhhh

Gigih sampai kat tempat kejadian dalam pukul 10.30 pagi...
Kat PJ Hilton, kus semangat dekat ngan umah, suka ai :)
 Daftar dulu...dah ada si manis menunggu saya di meja urusetia..

Sambil mingle2 sempat gak saya menerjah dengan melihat sendiri koleksi barangan Phillips Avent...
Antara produk Philips Avent yang menarik perhatian saya :)
  Philips AVENT Comfort breast pump...
Saper yang menyusukan anak, boleh beli produk ni...
Memang berbaloi dan sangat esklusif...

Oh my....saya paling minat dengan Philips Viva Collection AirFryer
Sangat praktikal uolls gadjet masakan ni (gadjet tuuuu)

Jumpa my BFF kat sini, Mira...
Ai memang minat sangat belon2 kaler pastel ni, comei angatttt

Acara dimulakan dengan kata-kata aluan dari Mr Usman Qureshi, Senior Marketing Manager Phillips Consumer Lifestyle. Memang menyerlah kreadibiliti seorang Manager yang dedikasi...

Yang sememangnya dinanti penerangan dari Ms Indra (pakar Pemakaan yang glamer uollls) tentang "Pemakanan Yang Sihat Buat Ibu Yang Sedang Mengandung dan Menyusu". Ok, walaupun tajuk yang diperbincangkan itu macam khas untuk golongan yang tertentu (ahem yang mengandung) tetapi sebenarnya bila kita sentuh tentang pemakanan sihat ini, asasnya ianya melibatkan semua peringkat usia tidak kira lelaki atau wanita, tua atau muda.

Banyak kot saya belajar tentang pengambilan pemakanan yang sihat dari Ms Indra Balaratnam. Terutama cadangan nutrisi yang sihat dan nampak praktikal sesuai untuk saya seorang ibu, isteri dan pekerja.

Saya nak kongsikan beberapa tips menarik dari Ms Indra. Antara lain:

1. Cuba elakkan untuk memakan ikan bersaiz besar (jangan terlalu kerap). Ini kerana ikan mempunyai merkuri. So, kalau ikan itu bersaiz agak besar kemungkinan kadar merkuri dalam ikan juga tinggi. Digalakkan makan ikan yang bersaiz kecil. Lagi kecil lagi bagus.

2. Jika kita tak minum susu, jangan khuatir. Kita boleh gantikan susu dengan kekecang. Contohnya kacang peas dan lain-lain.

3. Bagi mereka yang mengandung adalah tidak digalakkan makan terlau kerap hidangan yang tidak masak. Contohnya sushi. Sebab dihuatiri mengandungi bakteria. Begitu juga dengan susu, kalau boleh minum susu yang sudah dipasteur (so, susu fresh dari ladang kurang digalakkan).

4. Bagi ibu yang menyusu juka mengalami masalah pengurangan susu, selain dari pengambilan makanan yang sihat, ibu juga perlu memotivasikan diri dengan menanamkan azam "saya mahu susukan anak". Menurut kajian "pengaruh ikatan ibu dan anak" dapat membantu meransang pengeluaran susu dengan lebih teratur.

5. Untuk ibu mengandung terutamanya yang mengalami masalah muntah2 yang teruk, adalah disarankan makan makanan seperti biskut cracker dan minum air suam yang dicampur sedikit dengan jus halia. Menurut Ms Indra halia merupakan terapi terbaik untuk stress..

6. Dan bagi ibu yang selalu mengalami masalah pedih hulu hati. Cuba elakkan makan makanan terlalu pedas, jangan terus baring lepas makan dan jangan ambil sebarang makanan sebelum tidur (kecuali minum air masak)

7. Pengambilan pil kalsium dan iron tidak digalakkan diambil pada masa yang serentak. Contohnya kalau pagi tu dah telan pil iron, so belah petangnya baru telan pil kalsium, gitewwww...

ok, banyak lagi sebenarnya........memang semua info yang dikongsi oleh Ms Indra banyak membantu saya mengenali nutrisi terbaik dihidangkan untuk famili.

Kemudian ada sesi penerangan produk Philips Avent oleh Ms Chin Suk Shyan. Ringkas dan padat informasi yang diberikan. Banayak barangan terbaik buat ibu-ibu dari Philips tau :)


Philips AVENT Comfort breast pumps - membantu ibu mengeluarkan susu dengan mudah dan selesa. 

Philips AVENT Natural Feeding Bottle - Paling penting BPA Free. Diperbuat dari premium glass France. 

Philips AVENT 4-in-1 Electric Sterilizer -BPA Free. Alatan sterilize yang digunakan di kebanyakan hospital, mudah dan efektif dan tidak melibatkan sebarang campuran kimia


Ada demo masakan Chef Marina...
Siyesly saya suka sangat style Chef Marina memasak--> sedap dan simple
Paling penting hidangan yang disediakan berkhasiat!
Gamat suasana time ni...
Mana taknya! Ada 2 chef cilik yang membantu...ngeeeee
Tapi siyesla, saya berkenan betul dengan AirFryer Philips, perkakasan dapur yang perlu ada untuk ibu moden hari ni....* ai nak kumpul duit nak beli satu gak...
Sebab senang nak masak dan ianya selamat digunakan untuk anak2 remaja (macam my Anaqi tu) juga

Haruslah kan ada sesi bergambor sesama sendiri, hehehe..


Ai tudung cam karipap ngan Chef yang comel...

Ok, sorotan 3 kali snap gambar...
Mira yang sentiasa bersedia, Chef yang comel, Zety yang merenung masa depan..

Mira yang hilang fokus, Chef yang tetap maintain cute dan Zety yang duk gelak sakan..

Mira kembali fokus, Chef yang teruja dengan Zety dan Zety yang hepi meroyan.

Hahahahahhahahahahahahhaha

3 mak dara pingitan--Mak Merr, Mak Yam dan Mak Jemah Tudung Karipap,ngeeeeeeeeee

Cam biasa goodies untuk si buah hati My Amani...

Siyes, memang best event ni. Banyak sangat informasi yang dapat saya manfaatkan.
Terima kasih tak terhingga buat Philips Avent atas jemputan, muahhhhh!!!!

Comments

zety said…
ayu..meatball chef tu buat (and emir tlg buat jugak) sgt2 sedapppp...terigt2....jom bli airfryer, zt dh order kt kedai sendiri ;p
Ezna said…
best juga nampak event ni.
ibuemir said…
Wei caption serious buat I kembali gelak di hari ahad haha.. inilah gaya seorang pendidik ambik info.. serioua suke cara u summarise. I ni ikut slide jer