Monday, December 9, 2013

Cuti Di Kuching Sarawak : Hari 3 - BAKO NATIONAL PARK

Giler lama baru nak naik entry, kan?
Hari ke-3, kitaorang sempat terjah Bako National Park...
Hutan simpan Bako ni pamous di kalangan pelancong dari negara luar, sebab kat sini kaya dengan khazanah flora dan fauna. Ala 2 kita boleh melihat ada pelbagai spesis haiwan hidup bebas terutama jenis monyet "belanda" hidung panjang.
Pergi ke sana kena naik bot, disyorkan pada waktu pagi masa air surut...
Satu bot ni boleh bawa dalam 4 penumpang jer, atas faktor keselamatan...
Dan kadar sewa satu bot pergi balik RM94...
So, kitaorang menyewa 2 bot since anak den ramai... hahaha...
Kat Sarawak ni di mana ada sungai kat situ ada buaya...
So memang diperingatkan juga yang ada buaya dalam kawasan perairan sini, so memang kena berhati-hati.
Perjalanan mengambil masa lebih dari 20 minit. Ikut keadaan air laut.
Kalau berombak teruk lama jugaklah kat atas bot.
Sepanjang perjalanan ke Hutan Bako... Kami melalui kawasan hutan-hutan dara yang menghijau cantek... Pengalaman yang tidak boleh dilupakan, pest time saya naik bot tak pakai jaket keselamatan kena harungi ombak setinggi lebih 2 meter, serius uolls terasa kita naik atas ombak tu lepas tu jatuh berdebuk. Memang sentap, lebih 4 kali pulak tu. Kebetulan pagi tu air memang tengah naik. Menyumpah2 saya mulanya dalam hati. Takut giler. Pakcik yang bawak bot tu cool jer siap cakap,,"Dik ni baru 2 meter tinggi, biasanya 4 meter tingginya". Rasa nak terkucil pun ada masa tu.
Hutan paya bakau... kat tepian...
Mendarat kat tepian masa ni air surut...
Dowang kata kalau petang air memang naik...
Dermaga kecil..
Bila sampai memang kena pergi daftar dulu kat opis kawalan kat sini...
Sebab dowang nak tahu berapa orang yang akan berkeliaran dalam hutan...
Apatah lagi kitaorang datang sendirian takde upah pemandu pelancong pun...
Tapi ada gak pemandu pelancong baik hati yang ajak join grup dowang...
Sebab takut kitaorang sesat kan...
Cantek kan pemandangan kat sini?
Rombongan Cik Pekah...
MY MIL siap pakai baju kurung lagik, heheheheh
Time ni Amani merajuk sebab Dedet tak nak dukung...
Giler nampak gemoks saya kat situ, selebar dengan rupa umah yang diambil...
Besar jugak pulau dier...
So, memang kena plan betul2 nak pergi mana...
Unless kalau kita memang nak tido kat situ...
Kadar sewa semalam kat situ paling murah 50 hengget... not bad, kan?
Babi hutan banyak sangat... Duk giler menyondol kat situ...
Seram gak... tapi menurut petugas kat situ, babi hutan ni tak kacau orang... bahkan die takut gak dengan orang. Saya tengok babi hutan ni bukannya takut tapi heran dengan kitaorang kat situ...
Kitaorang decide ikut laluan ke Telok Paku. Lebih kurang 800 meter jarak perjalanan...
Antara yang paling dekat & menjadi tumpuan ramai...
Proboscis monkey a.k.a orang belanda merata-rata...
Berkumpulan hidup bebas dari yang kecil hingga yang dewasa...
My kids yang seronok bereksplorasi....
Simpang trail kalau nak masuk kawasan 7 jenis herba... yang ini kalau jalan masuk ajer dah mengambil masa 3 jam... giler lama...
Ni laluan kami ke Telok Paku.... Mencabar, kan? Hehehehe
Last2 saya dan MIL patah balik setelah 200meter berjalan. 
Kesian kat MIL yang kena mendaki pakai baju kurung dan selipar...
Dan patah balik pun rasa mencabar gak...
5 anak saya bersama Dedet meneruskan perjalanan...
So, kat sini kerjasama antara adik-beradik memang sangat diperlukan.
Batu besar tergantung... kelihatan hampir jatuh ke atas trail...
Ala2 kalau kena taufan kat sini, batu tu boleh kot jatuh...
Tabik betul kat Amani... Rela panjat bukit turun bukit sendiri...
Giler gigih walaupun penat, memanjat dengan hanya berselipar jer...
Kasut hilang sebelah masa balik dari Matang Wildlife Centre haritu...
Akhirnya sampai juga kat Teluk Paku... Penat tak yah cakap ler...
Sebab mengharungi perjalanan macam2 liku dekat 1 jam...
Tapi sayangnya tak nampak dolphin...
Sebab menurut petugas kat situ, kalau nasib kita baik boleh nampak dolphin dari sini...
Last2 balik dijemput oleh pakcik yang bawa bot tadi. Dedet call request dengan alasan tak larat dah nak harungi balik perjalanan pergi tadi, hahahahah...
So, sempat lagik berposing berlatarbelakang Gunung Santubong...
Batu ni glamer sebab berbentuk ular tedung...
My Amani yang sangat hepi walaupun penat...
Pest time bawak gi hiking... jungle trekking pun ya jugak...
Memang pekena Teh C Beng Spesel lepas berpenat seharian di Hutan Bako...

Pengalaman best buat anak2, diorang tak berhenti bercerita dengan hepi :)

2 comments:

Mama Zharfan said...

nampak besh :)

Ezna said...

seramnya babi hutan tu.....permandangan cantik sangat :-)