Thursday, January 31, 2013

The Imposible Yang Best Giler | Anak Saya Yang Excited Bergambar!

Dalam banyak citer kat Cathay Cineplexes...
Citer ni jer yang kitorang sefamili boleh tengok...
Sebab nak guna voucher kena carik movie yang dah di mark free* 
Saya suka citer ni walaupun kalau kita tengok dari jalan ceritanya nampak agak berat...
Takde adegan kelakar ke apa... (sy kan jenis suka movie yang ada sentimen funny-funny sikit)...
Cerita ni memang boleh menyentap perasaan sesape jer yang menonton dan kalau tak silap kisah ini difilemkan berdasarkan kisah benar satu keluarga yang terlibat dengan fenomena tsunami yang melanda Thailand satu masa dulu.

Elemen kekeluargaan begitu kuat dalam citer ni...
Kalau tengok watak Lucas anak sulung dalam citer ni memang ada sikit perangai Anaqi--jenis suka menyakat adik, kasar tapi hatinya lembut dan bertanggungjawab...
Banyak part sedeh sebenarnya... masa mak dier sakit, masa ayah nak tinggalkan 2 anak kecil dan mengarahkan anak yang berusia 7 tahun untuk menjaga adiknya yang berusia 5 tahun...
Moral value memang tinggi dalam citer ni... Tentang tanggungjawab, kasih-sayang, tidak pernah putus asa dll...
Bila tengok part mak yang berusaha bersama anak sulong (Lucas) dier ketika detik2 cemas (tsunami) memang boleh meleleh air mata... tapi yang paling saya tak tahan masa pertemuan ketiga-tiga beradik bersama ayah mereka di hospital... rasanya time tu anak saya ramai yang menangis... yang tak nanges Amani (sebab die takde perasaan) dan Afiq (die boleh tido lena)...

Rating dari saya : 9/10

Dan cam biasa anak saya sebelum masuk movie...
Sangat BZ berposing...
Takde keroje sesangat kan..
So layan jer...
Afiq bergambar bersama pistol pendeknya :p
Ok... Gambar pelakon kat poster kurus... yang realiti agak berisi sikit hahahahhaha
Tak leh blah tengok Amani berposing mengada... Lately ni pergi mana-mana mesti bawa anak patung... Tukar2 pulak tu...Yana masa kecik takdelah jenis kelek anak patung... Tapi saya suka jugak tengok Amani dengan patung ke mana-mana cam nampak comel jer...erkkk

Tuesday, January 29, 2013

The Paranormal Zone | A Gathering

Event Sabtu lepas...
Kat SunwayMas PJ...

Uollls pernah tak menonton The Paranormal Zone di NTV7?
Cerita lebih kurang cam Seekers tapi lebih berilmiah, heheheheh...0
Me tak pernah tonton tapi lepas direkomenkan untuk melihat preview di FB...
Layan jugak ler...
Pengacaranya Lil' Kim wanita gorjes di sebelah kiri...
Seorang wanita yang sangat COOL...
Props kat event...
Serammmmm...
Tapi bila tengok citer ni... Takdelah seram mana...
Sebab ianya macam dokumentari mencari misteri orang halus...
Bergambar dengan Lil' Kim...
Ekceli me wakil kawan me untuk amikkan hadiah...
Tu yang cam terbabit bergambar secara esklusif kat depan...
Ada sesi amik autograph...
Hadiah yang kawan me menang...
Dapat t-shirt, file folder, cd preview, gambar Lil' Kim

*********************
Entri autopublish (jam menunjukkan kul 3 pagi)
Me susah hati ni...
My Amani demam balik hari ni...
Paling sedey my Amani langsung tak nak makan dan minum...
Paksa minum air secawan... menangis tangan menggigil...
Tak keruan hati... dengan kerja opis berlambak menanti...
Anak pulak sakit... so memang proriti perlu lebih perhatian pada Amani :(

Monday, January 28, 2013

Cocoaland Carnival | berbaloi2 dan murah :)

Saya ke sini hujung minggu lepas...
Kat kepong, takdelah jauh sangat dari rumah.
Cuma kena melalui tol --- Dekat2 pun kena bayar tol...
Singgah Cocoaland Carnival tujuan asal nak amik hadiah...
Kecik jer hadiah dier tapi sebab menang dua so gigih jugak pergi amik...
Siyes, tak ramai orang mungkin sebab saya lewat petang dekat pukul 6...
Pilihan makanan ringgan seperti gula2 dan cokelat memang banyak...
Pada saper2 nak buat besday party boleh beli ole2 kat sini...
Nak bayar kaunter banyak dan tak sesak...

Nak pergi amik hadiah tapi memborong jugak tu...
Se-troli kita kaut...
See the jajans...
Munchy2 buat mak dier...
Keropok sehengget jer...
Cocopie 4 bungkus sepuloh hengget...
Angry Birds... Tak hengat...
Sweet sour tu sehengget sebungkus...
Ni hadiah yang diambil :)
Kalau nak pergi kat sini boleh lagi sebab hujung minggu depan dowang buat promosi lagik..
Dan kalau nak menang hamper boleh lihat syarat seperti di atas...
Ni peta kalau nak pergi...
Sepanjang nak sampai kat kilang memang penuh dengan papan tanda menunjuk arah, insyaAllah tak sesat punya... :)

Saturday, January 26, 2013

Soping Terapi :)

See...
My new things in da' house...
Ya... Terapi obsesi sudah kembali...
Kali ni lebih hangat dari biasa...
Sebab harga RM299.90 tu jer untuk beg tangan :p
Tapi lepas dikaun jadi harga seperti tertera...
Wallet tu RM 89.97 ajer...
Lepas senyum lebar saya bayar guna itu voucher...
Pehhh, cashier kat Parkson pun jeles... :p
"Nak buat camana dik, akak jenis suka berbelanja guna voucher so kena kerja keras join mana peraduan yang memberikan voucher secara percuma"....

Ya, aura dan skil  mak shin chan begitu menebal di situ...

KIsah Yang Menyedarkan Saya Yang Leka...


Untuk renungan buat diri, famili dan sahabat andai...


Bertuah sungguh ibubapa allahyarhamah kerana mempunyai anak seperti beliau..

saya copy dari sini..http://mujahidah2u.blogspot.com/2013/01/rentetan-pengalaman-di-hari-hari.html

RENTETAN PENGALAMAN DI HARI HARI TERAKHIR SITI HAJAR BINTI AHMAD SABIR


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, segala puji-pujian dirafakkan kehadrat Allah swt. Blog yang telah lama saya tidak update akhirnya diminta isi dengan suatu hikmah yang besar dari seorang mujahidah yang telah pergi ke alam sana. Hasil penulisan ini sesungguhnya ditulis oleh ibunya yang tercinta, ibu kepada arwah Siti Hajar Binti Ahmad Sabir (alfatihah). Semoga kita memperoleh manfaat yang besar dari perkongsian ini. Selamat membaca. 

_________________________________________________________________________________

6 Jan 2013 (Ahad)
Kami dapat panggilan telefon mengatakan Hajar kemalangan. Segera bergegas ke Hospital Besar Melaka. Ramai pelajar UTEM sedia menunggu berita kemalangan itu.

7 Jan 2013 (Isnin)
Hajar dimasukkan ke wad ICU Mawar. Pegawai HEPA UTEM mula membuat lawatan.Doktor mencadangkan pembedahan segera dilakukan. Masalah kewangan mula berbangkit, wang kami  tidak mencukupi’

8 Jan 2013 (Selasa)
Gerakan mengumpul derma utk pembedahan Hajar berjalan lancar. Pembedahan dilakukan pada pukul 1 tengahari. Pukul 6 ptg, pembedahan selesai.

9 Jan 2013 (Rabu)
Kesihatan Hajar baik sebelah pagi tapi merosot sedikit menjelang petang. Tekanan darah mula turun, lalu ubat untuk menaikkan tekanan darah segera diberikan. Muka dan badan mula sembab sebab dah 2 hari hanya drip air tanpa makanan. Sebelah petang, susu disalurkan ke perutnya melalui tiub. Walaupun tulang belakang telah di betulkan kedudukannya, saraf tunjang tetap telah tercedera dan kita menunggu dan berharap kekuasaan Allah Ke atas Hajar berkat doa semua sahabat di dalam dan di luar negara.

10 Jan 2013(Khamis)
Selepas Subuh tadi,  kami lawat dia dan bacakan ayat2 suci dan syifa’. Dia tenang je.Kami berbual. Memang dia tak gelak tapi matanya lebih bermaya. Kami ceritakan tentang  kawan2 yang datang, yang berkirim salam dan sebagainya. Memang dia tak dapat lawan bergurau, ketawa besar macam biasa tapi dia dengar kami tu pun dah cukup. Langsung tak tunjuk airmata pada dia. Kami usap tangannya, usap pipi dan dahi berkali2 dan bercakap dengan nada yang ceria juga. Tak boleh nak pandang dia dengan mata sayu, cakap dengan suara sebak..tak boleh. Kalau kita positif, kita ceria, aura kita berpindah kepadanya.

Ramai yang bersimpati dengannya lalu mencadangkan pelbagai bentuk rawatan pemulihan. Ada yang mencadangkan pergi kepada sekian-sekian dukun patah jika Hajar telah keluar dari Hospital nanti. Ada juga peniaga air yang menawarkan sebotol air pada harga RM25, dan menjanjikan penyembuhan dalam 10 minit sahaja. Hajar senyum . Pesannya, dia tidak mahu apa-apa rawatan yang menggunakan perantaraan jin dan hanya mahukan perubatan Islam. Dia rela lumpuh seumur hidup atau sanggup mati, asalkan tidak mensyirikkan Allah.

11 Jan 2013 (Jumaat)
Doktor dah benarkan makan bubur. Kami sudukan dengan sup ayam, sup sayur, ikan dan buah2an. Minum air zam zam pakai straw. Memang haus betul dia. Berkat air terbaik di atas mukabumi, dia segera nampak bertenaga. Menitis airmata sahabat2 melihat dia telah makan. Berebut2 mereka nak tolong layan Hajar. Suasana ceria berlanjutan dengan cerita2 lucu mereka.
Solat Hajat dilakukan di merata tempat dari sebelah malam hingga ke siangnya.UTeM sendiri menganjurkan solat hajat di Masjid, melibatkan kerjasama BADAR dan Majlis Perwakilan Pelajar . 
                                   
Lawatan  Naib Canselor, memberikan suntikan semangat luarbiasa kepada Hajar. Dia ingin sembuh. Dia ingin kembali belajar. Dan dia dijanjikan pelbagai kemudahan pembelajaran jika dia sihat dan masih berminat menuntut ilmu.
Sedikit jangkitan kuman mula dikesan di paru-paru menyebabkan pernafasannya tidak stabil.

12 Jan 2013 (Sabtu)
Doa dan kata-kata peransang tak henti2 masuk ke  telefon untuk memberi semangat kepada Hajar. Kami  perlu kuatkan pernafasannya. Latihan pernafasan mula diberikan supaya oksigen banyak masuk ke badan dan dia dapat melawan kuman2 yang datang menyerang. Hasilnya, kedua dua tangan dah boleh diangkat tinggi. Selepas ini, kami nak teruskan dengan latihan menggenggam. Semua ini menyakitkan, kerana itu motivasi dari sahabat2 amat diperlukan. Peranan saya sebagai ibu adalah untuk mengukuhkan keimanannya dan meletakkan pergantungan harapan sepenuhnya pada Allah.
Sebelah petangnya, Hajar di keluarkan dari ICU Mawar dan diletakkan di wad D3.

13 Jan 2013(Ahad)
Akhirnya berbekalkan sedikit kekuatan yang diberi oleh Allah, saya terangkan situasi sebenar, kesan kemalangan itu kepada Hajar. The whole truth. Dan sebagai hambanya yang patuh, dia Redha dengan apa saja Qada dan QadarNYA. Pendapat doktor itu berdasarkan pengetahuan manusia. Yang mana ia hanya ibarat setitik air di lautan yang luas. Terlalu kecil kemampuan manusia berbanding dengan kekuasaan Allah itu sendiri. Baginya hidup mesti diteruskan, ada banyak lagi nikmat tuhan yang sedang dinikmatinya. NIKMAT TUHAN YANG MANAKAH YANG KAMU DUSTAKAN?
Setiap hari Allah menuntut perjanjian kita dengannya sebelum kita dilahirkan. Iaitu untuk mengakui DIA itulah tuhan kita yang layak disembah. Dia yang maha berkuasa, yang memiliki segala2nya. Sedang kita inilah si fakir yang tak punya apa2…dan sentiasa meminta2 darinya. Kalau dah lidah kita mengakui Allah itu maha berkuasa, maka ikrarkan pula dihati..yang DIA mampu mengubah nasib Hajar lantas menyembuhkannya sekalipun.

Takada rahsia lagi.  Dia dah tahu dirinya lumpuh sementara. Dah tahu situasi tulang belakangnya, saraf tunjangnya yang cedera dan juga pembedahan yang telah dilaluinya. Tanpa setitik airmata, tanpa keluhan, tanpa menyesali nasib, tanpa mematahkan semangatnya untuk terus hidup, katanya kalau mak dan ayah boleh redha, dia juga akan redha. Banyak lagi tanggungjawab untuk digalas, ramai lagi diluar sana yang perlukan bimbingan dan kerana Allah masih selamatkan nya, dia akan bersyukur. Pasti ade hikmahnya.

Malam itu, sedang saya membacakan ayat2 suci kepadanya, dia kata “Mak dengar tak tu? Suara seruan tu?” Saya terdengar seruan bersahut2an dua atau tiga kali dari arah yang tak pasti. “Orang azan kot” tingkah saya. Dia jawab “mana pulak, azan mana ada SUBHANALLAH.. orang tu sebut SUBHANALLAH berkali2. Akak dengar, Cuba tengok jam, bukan masa azan, kan?.”akuinya penuh jujur. Saya rasa berdebar, “Selalu ke akak dengar?” “Selalu gak, entah siapa lah yang jerit tu gaknya…” jawabnya naif’

14Jan 2013 (Isnin)
Sebelah siang Hajar demam.Batuk2 Kecil, Menjelang maghrib, cuaca sejuk, batuk makin memberat. Demam semakin tinggi mencecah 39C. Selsema, kahak tersumbat di saluran kerongkong dan belakang hidung. Hajar semakin lemah. Apabila pernafasan tersekat,Hajar menggelepar mencari nafas. Doktor segera bertindak bila kami menjerit meminta bantuan kecemasan  diberikan dengan menyedut kahak menggunakan mesin penyedut. Tiup dimasukkan ke saluran kerongkong dan saluran hidung. Prosedur yang menyakitkan dan tidak selesa. Tapi masih tak banyak membantu, selsema mengalir lagi, dan kesejukan malam menyebabkan hidung  tersumbat semula. Kami disuruh keluar semasa bantuan kecemasan itu. Keadaan agak membimbangkan. Kami berdua berusaha menolong dengan membacakan ayat2 suci dan zikir2. Menjelang  tengah malam barulah dia bernafas selesa dan tidak mencungap cungap lagi. Keletihan  yg teramat sangat..tetapi bersyukur terselamat dr situasi bahaya. Stabil.

Bila dah tenang, Hajar bercerita semula, semasa doktor membantunya dan kami memohon bantuan Allah, pertolongan tersebut telah datang. Bagaimana? Secara tiba2 dia sendawa berkali kali. Dan setiap kali angin sendawa itu keluar, terasa hidung yg tersumbat tidak tersumbat lagi dan dia boleh bernafas dgn selesa. Kemudian, dia terasa mukanya dipercikkan air 3 kali. Air yang sgt sejuk dan selesa. Dia yang sedang demam panas dan terasa muka berbahang, tetiba rasa sangat selesa dan demam mula menurun.SUBHANALLAH.

Hari dah jauh malam, suami saya nak pulang menjaga anak2 yang lain di rumah. Suami beritahu Hajar, dengan cepat dia jawab “Ayah percaya Allah tak?”jawab suami”Percaya”. Tambah Hajar lagi, “Kalau percaya pada Allah, ayah baliklah..Allah ada jaga akak kat sini.”Sesekali dia tersenyum manis. Kami tanyakan” kenapa senyum?” Dia jawab…”ada bau wangi sangat”.” Selalu ke akak terbau macam tu?”Jawabnya, “Kadang2 aje, kadang2 masa nurse datang, kadang2  waktu sahabat ziarah” Hati kami mula rasa sesuatu. Suami saya tak jadi balik. Kami berdua tertidur kepenatan menemani dia malam tu. Dipihak dia pula, terasa sangat aman dan damai. Malam yg sejuk dirasakan nyaman. Langsung tak rasa lapar dan dahaga. Menurutnya, sepanjang malam, dia memerhatikan kami berdua tidur dan mensyukuri apa saja nikmat yang sedang dinikmatinya.

15 Jan 2013 (Selasa)
Sebelah pagi Hajar masih tak bermaya. Semakin naik matahari, hidung semakin kurang tersumbat dan kesihatan mula beransur baik. Perjuangan untuk hidup diteruskan lagi. Bila demam berkurangan, Hajar akan kembali ceria, makannya akan berselera, makan pudding, bubur, sup ayam dan buah2an.. Rakan2 pun gembira melayan kerenah dia. Bila dia sebut teringin makan pisang…tetiba ada saja tetamu yang bawakan. Dia duduk tapi kepalanya agak senget - masih tak boleh kawal gerakan kepala. Spontan dia kata, “Kalau ade bantal kecil, boleh letak kat leher”  lalu Allah perkenankan hajatnya. Bantal yang diidamkan dibawa oleh sahabat yang prihatin pada hari yang sama hajatnya diutarakan. (KUN FAYAKUN)

Tekak Hajar masih terasa sakit – perit. Mungkin sebab guna tiub penyedut kahak sebelumnya. Jadi ubat demamnya perlu dihancurkan dan dijadikan larutan. Saya bancuhkan paracetamol dengan sedikit air zam zam. “Akak, ingat ye, ubat ni alat je, Allah yang menyembuhkan” Dia angguk. Ubat di sudukan ke mulutnya. Pahit. Kecil matanya. Segera saya berikan air zam zam untuk diminum. Lepas itu dia tanya, “Air ape tadi?”. “Ehh..air zam zam lah, mana ade bagi air lain.” Dia senyum lagi. Saya tertanya2. Dia kata “Allah tolong akak, ubat tu memang pahit, tapi bila minum air zam zam tu, rasa macam air tu manis, ia basuh semua rasa pahit dilidah akak, Esok mak cubalah” Macam mana ni….nak percaya tak?

Malamnya, dia kena makan ubat lagi. Tanpa gentar, dia menelan ubat pahit tu dan tinggalkan sedikit untuk saya. Nekad untuk menyampaikan dakwah, saya telan baki ubat itu. Memang pahit. Dan bila air zam zam diminum, rasa pahit itu hilang tak berbekas. Seperti lumpur di lantai yang tertanggal semuanya bila air disiram kepadanya.
Kemudian dia mula bertanya bagaimana dia nak  solat dalam keadaannya seperti itu. Saya terkedu. Telefon terus saya capai, meminta bantuan ilmu dari rakan2 yang lebih arif. Dan seperti dijangka, apa yang dimintanya, mudah benar utk Allah tunaikan. Ade saja sahabat yang prihatin dan sudi menolong.

Bila Doktor pelatih datang untuk mengambil sampel darah, Hajar menangis. “Akak dah lemah, makan pun tak seberapa, mana nak ada darah banyak. Doktor asyik ambil darah..tangan doktor tu besar,kematu, tak sensitive. Tangan akak kecil, Sakit tau ditampar2 tangan akak, dicubit2…dah tak jumpa urat darah tu, tak yah lah ambil darah. Akak tak nak doktor tu lagi”. Sayu hati mendengar rintihannya, tapi macamana? Mana boleh pilih2 doktor. Tapi Allah maha mendengar, esoknya doktor lain pula mengambilalih.

16 Jan 2013(Rabu)
Usai solat subuh, saya dapati Hajar mengadu sakit perut. Macam kembung. Perut mula membengkak dan bergerak2. Saya sapukan sedikit minyak angin dan bacakan rukyah. Dia terasa nak muntah. Ya memang.. dia betul betul muntah. Berlambak2 muntah air hijau keluar dari mulutnya. Kami beri air zam zam kerana muntah tersebut memahitkan tekak. Tapi muntah berterusan…lagi…. lagi… dan lagi…”Akak tak nak pelawat hari ni”. Dan tengahari itu, memang takada pelawat yang datang.

Menjelang maghrib, dia suruh ayahnya solat. Kemudian saya pula disuruh solat. Saya katakan, “nanti siapa nak tolong bersihkan muntah? Mak solat lewat sikitlah…Dia jawab  “Allah ada, Allah boleh bantu akak.” Terkedu. Saya pun tinggalkn dia untuk solat. Ayahnya pula pergi menjemput adiknya di Malacca Central. Selesai solat, saya dapati nurse sedang membersihkan Hajar. Bajunya yg terkena muntah digantikan. Kemudian dia kata, “Haa..kan betul akak cakap, Allah ada bantu akak. Mak pergi je, akak muntah, tapi nurse yg sedang rawat makcik kat sebelah tu ternampak akak muntah dan dia datang bantu.

Sepanjang malam, adik Hajar, Nabilah, saya dan suami saya hanya menadahkan kain menahan muntah hajar. Muntah…minum lagi…dan kemudian muntah semula. Bila reda sedikit, kami mula berbicara. “Akak, Nampak gayanya macam perut akak dah tak terima lagi air yang kami beri. Mungkin rezeki minuman akak dah habis. Mak bagi air untuk basah tekak je, tapi untuk menghilangkan dahaga, akak mohonlah rezeki dari  Allah.

Ayahnya pula kata “Akak, kalau akak dipanjangkan usia, ayah akan belikan computer yg lebih ringan untuk akak, sesuai dgn kemampuan akak menggunakannya. Tapi kalau usia akak tak panjang, akak jangan sedih sebab akak akan dapat syahid dunia. Pujuk ayah lagi, “Akak, bila dajjal keluar nanti, orang2 yang beriman takkan dapat bekalan makanan sebab tak mahu sembah dajjal. Mereka akan berzikir sahaja, dan Allah cukupkan rezeki mereka. Mereka tak rasa lapar dan dahaga, Akak zikirlah ye”. Angguk.

Walaupun perbualan itu amat menyentuh hati, tapi masih tak mampu menggugurkan air matanya. Dia kata” Kalau mak dan ayah dah redha, takde sebab untuk akak tak redha. Kalau Allah izinkan akak hidup lagi, walau mcmana pun rupa akak waktu tu, akak akan berdakwah untuk beritahu orang tentang adanya pertolongan Allah, besarnya kekuasaan Allah. Mak tulis ye, biar tak lupa . Nanti akak sendiri yang akan ceritakan. Tapi kalau umur akak tak panjang, emak ceritakanlah bagi pihak akak”

Untuk adik2nya, dipesankan agar ubah penampilan berpakaian. Untuk rakan2, dia minta maaf dan memberikan kemaafannya kepada mereka. Adik2 dipujuk agar pakai jubah2 dan tudung dia yang banyak. Dia turut beritahu minta digantikan puasanya dan uruskan solat yg tertinggal sepanjang dia berada dihospital tu.  Ada beberapa hutang kecilnya minta dilunaskan.

Kami tanya lagi. “ susah ke rasanya nak muntah tu tadi?” Jawabnya, “Taklah, senang je, Allah tolong.” “Tolong macamana?” tambahnya “Dah badan akak tak boleh keluarkan air2 kotor tu dgn cara biasa, Allah tolong keluarkan melalui muntah. Tak susah pun, rasa macam meludah je” MASYA ALLAH. Hajar sentiasa kaitkan apa saja yang dialaminya dengan Allah. Sentiasa berbaik sangka  Allah menolongnya. Benarlah seperti hadis qudsi,  Allah bertindak mengikut sangkaan hamba terhadapNYA. Jika kita yakin Allah menolong kita, maka Allah akan tolong.
Keputusan Xray menunjukkan perut dan usus besar membengkak teruk.

17 Jan 2013(Khamis)
Situasi kritikal. Tak mahu pelawat lagi. Doktor sedang cuba menyelamatkan . Perut membengkak terus. Usus besar tidak menyalurkan najis dengan sempurna. Menurut doktor semuanya ada kaitan dengan saraf tunjang yang gagal menghantar arahan ke anggota badan.  Ultrasound pula  diambil.  Hajar tenang. Berserah pada Allah menentukan yang terbaik untuknya.

Selepas waktu melawat tengahari, demam memburuk semula. Perut yang membengkak menyukarkan pernafasan. Doktor mula gelisah. Satu tiub dimasukkan ke perut melalui hidung bagi menyedut cairan di dalam perut. Lebih 1Liter cairan dikeluarkan. Hajar diarahkan berpuasa sehingga punca pembengkakan itu diketahui.

Demam lagi. Saya sudukan juga tiga sudu air zam zam ke mulutnya dari masa ke semasa. “Akak, jgn bimbang, kita orang  Islam dah dilatih berpuasa. Redha ya .. mak bagi air zam zam ni hanya utk basah tekak, memang tak sempat sampai ke perut pun ia akan kering sendiri. Mintalah Allah hilangkan dahaga akak” . Dalam keletihan beliau jawab, “beratnya dugaan Allah ni , mak..” “memanglah…kan syurga Allah tu mahal harganya…sabar  ya.. Nabi Ayub dulu pun diuji dengan berat” Dia angguk.. Doktor pasang drip…Dalam hati, saya tak putus2 membacakan ayat2 suci dan selawat untuk menolong beliau melalui kesukaran itu.

Menjelang asar, Hajar mula rasa bahang. Dia minta dimandikan. Panasnya kuat dibahagian dada. Dan terasa semua badan sakit2. Saya terdiam. Saya rasa, dia dah mula nak nazak. Waktu tu saya berdiri membelakangkan tingkap. Dia suruh saya beralih kedudukan. Dia nak pandang keluar tingkat. Saya tanya , nak tengok apa? Katanya : nak tengok Allah. Saya terkedu lagi. Katanya :” Allah marah sebab tak dakwah sungguh2. Tak mahu cari jalan lain, bila dakwah terhalang.” Saya jawab “Mintalah ampun dan banyakkan beristigfar pada Allah,” Angguk.Tak lama lepas tu, dia kata, matanya dah mula kabur. Saya membisikkan agar dia terus mengingati Allah. Angguk.Dalam termengah2 dia berkata”mak, izinkan akak pergi dulu, tapi akak tak nampak jalan” “ Ya, mak izinkan, mak doakan agar Rasulullah datang tunjukkan jalannya. Sekali lagi dia mengejutkan saya, bila dia kata dia dah tak boleh nampak, lalu bola matanya bergerak ke atas. Segera saya talkinkan berulang kali. Doktor dan  nurse mula berkejar datang nak menyelamatkan. Saya disuruh keluar. Mereka mula memasang topeng oksigen,dan  menaikkan tekanan darah.

Hati saya dah sebu. Saya tahu tadi tu Hajar dah nazak. Persiapan dibuat utk pindahkan Hajar ke ICU semula. Waktu maghrib tu, kami berkejar kejaran tolak  katil Hajar ke ICU okid.

Hajar segera dibius dan getah saluran pernafasan dipasang ke mulutnya. Mesin pernafasan mengambilalih proses pernafasan. Itulah kali terakhir untuk dia berkata kata kerana selepas itu dia terus ditidurkan dan tak bangun2 lagi.

18 Jan 2013Jumaat)
Kami dimaklumkan ada air yang banyak diluar perut dan sekitar usus. Dikhuatiri usus Hajar telah bocor. Menjelang waktu azan zohor, untuk solat jumaat, jantung Hajar berhenti berdenyut. Doktor segera melakukan CPR. (Satu. Dua, Tiga, Empat, ……)saya nampak prosedur tu dr luar cermin biliknya. Hati saya terguris teruk…cpr dilakukan di dada, betul2 di atas kawasan pembedahan tulang belakangnya. Kalau dia selamat sekalipun, apa nasib tulang belakang tu, kan baru je lepas dibedah.
Walaupun jantung dapat digerakkan kembali, namun jantung Hajar hanya bekerja 1% sementara mesin pernafasan yg bekerja  lagi 99% .Hakikatnya carta pernafasan di paparan skrin tu terasa semacam gimik.

19 Jan 2013 (sabtu)
Doktor pakar usus mengesahkan usus Hajar bocor dan perlukan tembukan kecil diperut untuk mengesahkan teori beliau. Sekiranya benar, pembedahan yang lebih besar diperlukan utk memotong usus yang bocor itu dan mencantumkan semula. Serentak dengan itu, kami diberi borang kebenaran  pembedahan untuk ditandatangani. Semuanya atas nama nak menyelamatkan nyawa Hajar. Kami buntu. Suami meminta tempuh untuk bertenang dan berfikir. Kami perlu solat. Kami perlu berfikir dengan tenang. Kami mohon pertolongan melalui pertolongan Allah. Pukul 2 pagi, kami dipanggil semula. Terdesak, kami benarkan tembukan dilakukan diperut. Hanya pada Allah kami bermohon pertolongan dan petunjuk.

Belumpun sempat selesai pembedahan kecil itu, seorang lagi doktor memanggil kami. Berita besar yang disampaikan, buah pinggang Hajar tidak berfungsi sepenuhnya atau lebih tepat lagi..dah rosak dan perlukan dialysis darah. Hajar takkan boleh bertahan kalau darahnya tak dicuci kerana toksin dalam tubuh akan meningkat dan meracuni organ2 yang lain. Terdiam. Bermimpikah kami? Lepas satu, satu, organ badannya merosak. Namun begitu, dialysis tidak boleh dilakukan dengan selamat kerana keadaaan Hajar yang tidak stabil. Jantungnya dah pernah berhenti, dan boleh berhenti lagi semasa dialysis. Darahnya dah terlalu cair..dah lama tak makan. Pendarahan juga boleh berlaku kerana tekanan darah yang rendah. Jadi apa yang boleh kami perbuat? Sesudah berbincang, kami ambil keputusan tidak membenarkan cuci darah dijalankan kerana risikonya besar.

Tak lama lepas tu, pakar usus pula mengesahkan yang usus Hajar memang benar2 bocor dan pembedahan besar diperlukan. Kami tanya, adakah Hajar stabil untuk dibedah? Jawapannya TIDAK.Kami Tanya adakah masalah usus itu boleh selesai selepas pembedahan tersebut? Jawapannya. TIDAK PASTI MASALAH SAMA TAKKAN BERULANG LAGI. Lalu kami berikan jawapan yang paling selesa bagi kami iaitu tidak membenarkan sebarang pembedahan dilakukan lagi. Kami juga tidak membenarkan prosedur cpr dilakukan jika jantung terhenti lagi.

Doktor bercakap dengan berhati2. “Kalau itu keputusan Puan, Puan sedarkah apa akibatnya nanti?” Saya jawab, “ya, saya sedar, saya akan kehilangan anak saya, dan saya redha. Malah, kalau boleh , saya nak segala ubat dan mesin pernafasan dihentikan” Doktor menjawab, “Itu tak boleh, menyalahi etika, itu seperti membunuh pesakit. Kami tak boleh membunuh pesakit, tapi kalau Puan tak mahu lakukan semua yg kami dah cadangkan, mesin pernafasan tetap perlu terus dihidupkan. Cuma pesakit takkan mampu bertahan lama kerana toksin yang tinggi akan meracun dirinya sendiri.

Selepas itu, doktor terus mengawasi Hajar, dan pelawat telah dibenarkan menziarah tanpa had masa kerana Hajar hanya menunggu masa untuk pergi meninggalkan kita semua. Semua keluarga telah dimaklumkan, Hajar tak putus2 diziarahi oleh sahabat2 yang mengenali dan bersimpati. Masing2 ingin menatap wajahnya untuk kali terakhir

20 Jan2013 (Ahad)
Pagi itu kami berdua khusyuk dlm doa masing masing, hanyut dalam munajat kami kepada Allah memohon bantuan dan keringanan untuk sakaratul maut anak kami.Tepat jam 9.20 pagi, Hajar melepasi sakaratulmaut dan meninggal dunia dengan tenang dalam dakapan ibu dan restu ayah. Pergilah sayang, TUHANMU yang lebih menyayangimu telah menunggu. Terima kasih YA ALLAH kerana telah meminjamkan kami anak yang sebaik ini. 20 tahun kami berbahagia dengan kehadirannya.Terima kasih kerana menganugerahkan akhlak yang mulia terhadap anak kami ini. Kini kami kembalikan ia kepadaMU YA ALLAH.Dakapilah ia dengan limpahan rahmat kasih sayangMU yang maha Agung. Amin.. amin..amin..ya rabbal alamin.

Siti Hajar selamat dikebumikan di kampung keluarganya dengan lancar.Begitu ramai sahabat, pensyarah, pegawai university dan saudara mara hadir memberikan lawatan terakhir, memandikan, menyembahyangkan dan mengkebumikan beliau. Seluruh alam seakan turut bersedih dan merintih kerana kehilangan seorang mujahidah sejati. Cuaca mendung berterusan dari pagi hingga ke petang,( tetapi tidak pula hujan), turut menyentap  tangkai hati insan2 yang jujur menyayanginya


SITI HAJAR 
                                                                                                                
Engkau bermula dengan sengsara
Dalam mencari bahagia
Terasa bagai bayang bayang
Gelap walau di suluh cahaya
Pepasir pantai pun berubah
Pabila HAKIKAT melanda
Ketenangan yang kau cari
Terpancar di lorong sufi
Kelunakan tangisan kasihmu
Dalam simpuhan ketaatan
Bagi mengharapkan keredhaan
Darimu TUHAN pencipta Alam
Sungguh agung pengabdianmu
Kau berjaya menjadi iktibar
Ayuh bersama kita susuri
Perjalanan kekasih Allah 

Moga rohnya tenang disana..
al-fatihah

Friday, January 25, 2013

Hapdet Hadiah Lagi :)

Entri penghujung weekday...
MIL, SIL dan BIL datang umah...
Me bz memasak... Ngehh... dan BZ kuar sopping dengan dowang...
Sakan, mentang2 gaji baru masuk :)

Hapdet lelaju hadiah yang dapat minggu ni...
 Cosmobox... dari NTV7
Yang besh tu pagi tu saya email... Tak sampai 30 minit dapat call suh collect...
Dan saya tak sampai satu hari dah pergi collect...
Advance gitew :)
 Oh...ya...
Sekarton biskut Munchy menang dari FB,
Antar gambar menarik bersama biskut Munchy dan menang hadiah... Syukran :)
Hadiah dari Disney :)
 Conso J&J cash RM300 plus
Hamper value RM200...

Alhamdulillah...
Syukur padamu ya Allah... :)

Wednesday, January 23, 2013

Duit bantuan Persekolahan...Dan Macam2 Hal

Tadi saya curik2 masa pergi amik duit RM100 --- duit bantuan persekolahan dari Kerajaan...
Kalau ikut surat dari sekolah amik dari kul 11 sehingga 1 tengahari...
Kelam-kabut nak pergi amik sebab hari jadual mengajar saya penuh...
Sampai sekolah keadaan agak lenggang..
Sampai saya kompius..."bakpe takde nampak ramai mak ayah ni"...
Terfikir2.."ke salah hari kena amik"...

Even kerusi yang disediakan untuk ibu-bapa..memang rata2 saya lalu kat kelas kosong...
So...
senang bagi pihak saya yang memopnyai padat agenda ini..
Masuk di setiap kelas anak tak perlu beratur atau menunggu...

Masa di kelas Yana...
Saya sempat bertanya pada cikgu kelas.."Kenapa tak nampak ibu-bapa?"
Cikgu kelas Yana kata "Ada yang dah amik tapi tak ramai...."

So saya rasa dowang akan datang dalam pukul 12 lebih ...sebab saya datang awalkan (kul 11 lebih)...
Cikgu kelas Yana memberitahu saya yang ramai juga ibubapa yang datang tapi tak amik...sebab kat form tu ada pilihan "nak terima atau tidak"...
Dan ada juga yang "terima" dan sedekah kepada guru kelas untuk keceriaan kelas memasing.

Ooo..ok....
Saya amik sebab anak2 saya semuanya dah excited nak simpan dalam bank :p

Sebab saya nak bawa balik Akid awal saya kena pergi ke pejabat sekolah...
Tengah tunggu guru besar ada seorang wanita bersama anaknya yang sama2 menunggu disitu..
Sebab lama sangat menunggu..
Kami pun berborak...

Wanita ni baru pindah dari Sarawak..
Kira tahun pertama anak die sekolah disini..
Menurut beliau lagik..susah sangat nak melalui pelbagai proses bantuan kerajaan di sini..
Saya peliklah..

Menurut beliau masa kat Sarawak..dowang ada tandatangan borang penerimaan buku teks kat sana. So, tiba2 kena pindah sini...Kuala Lumpur...
Tapi masalahnya sekolah kat sini tak boleh bagi pinjaman buku sebab 
1. surat penerimaan pinjaman berlaku di Sarawak..
2. sekolah ni mempunyai buku teks dari kerajaan sangat terhad (rata2 student memang lebih suka beli buku teks sendiri)...Saya pun pelik...

Macam tak boleh percaya ke...Boleh situasi macam ni berlaku...ish isk

Lepas tu...
Duit bantuan ni pun kena ada pengesahan macam2..sebelum menerima...

Kebetulan wanita ni nak amikkan duit bantuan anak sedara beliau since kakak dan abang iparnya pergi bercuti sambil bekerja di Indon lebih seminngu. Tapi sekolah tak mahu berikan sebab kena ada surat official dari parents...

Die pun bebel kat saya...
So tadah telinga kejap...

Kompius juga dengan citer wanita ni..sebab saya dengar dari satu pihak jer kan...tak boleh buat judgement apa2...

Lepas dah setel urusan di pejabat, amik Akid kat kelas terjumpa pulak wanita ni kat area parking kereta..
Mata dier berair...sambil meluahkan pada saya..

"Ingat dapat duit seratus hari ni boleh pergi Sogo"

Hishhhhhh dalam hati saya terus menjerit..apa ke jadah...
buang masa jer manadah telinga tadi...


Ketagih Cokelattt

Stress giler hari ni...
5 jam kelas... Gap hanya 1 jam setiap satu...
Bermula seawal 8 pagi berakhir 6 petang...
Masak kawe...
Tapi saya seronok jer...
Semangat awal semester :)

Ni rehat 1 jam nak pi larik amik RM100 duit bantuan -- 2 kelas lak tu...
Pukul 4 petang karang ada event maulidur rasul (kena pergi sebab fellow in charge)...
Saya hepi jer..
Biar energetik...
Agak2 nak stress
Makan coklat BOOST ni terbaru di pasaran keluaran Cadbury...
Ok nak gi beli coklat ..stress datang balik!

Tuesday, January 22, 2013

Bella She Sparkles Workshop :)


Ok, saya berpeluang menghadiri workshop anjuran NTV7 last weekend..
Lokasi workshop di Sheraton Hotel (first time me pergi hotel ni)

Masuk terus daftar...
Mula2 rasa panik jugak...
Sebabnya kebanyakan peserta datang bukan main bergaya ater saya datang selekeh cam biasa. Erkkk...Rasa segan pun ada bila tengok memasing pakai heels 5 inchi.. :p


Esklusif..see the props...siap ada 2 dewan seminar digunakan...
Lip-lap memang chantek...
First time saya datang workshop backdrop sikit punya menarik..

MC untuk hari pertama... :)

See see my nama tag...sparkle..sparkle giteww..

Kak Emi orang kuat untuk workshop ini.. Wakil dari NTV7

Ekceli banyak slot...
tapi tak semua saya sempat amik gambar rasanya dalam 8 speakers yang ada segmen masing2..So saya hanya tepekkan mana yang ada jer ya...

Talk pertama yang kami dengar dari Marlini  Ramla kredit to Alia Adams said...
Akak rambut kerinting tu rasanya Marini Ramla..(kat komen box)
Kat sini kami belajar cara berpakaian mengikut personaliti diri..
Apa yang penting bila berpakaian tidak perlu melihat pada jenama semata-mata..
Lebih kepada selesa dan tampil menarik sudah memadai..
erti kata lain "kita jadi seperti kita hendak, buat apa yang kita suka"
Kena ada imej tersendiri, biar elemen "WOW" tu ada ...
Leas tu ada segmen "Know your numbers"
Agak fun time ni..
Sebab kita boleh tahu nombor apa yang sesuai untuk diri kita berdasarkan tarikh hari lahir..
Setiap nombor ada pengertian yang menunjukkan ciri2 peribadi kita...

Belajar juga tentang warna...

Cara bertata-rias pun ada jugak..
Kali ni segmen ditaja oleh Revlon...
Teknik asas bagaimana nak pakai make up...
Nak buat smokey eyes..
Nak mancungkan hidung..hik hik

Tenyeh2 muka Diyana ni...
See muka "natural" yang selamba..
I like...

Lepas tu leh amik gambar ala2 kat studio...
Cantek u gambar dier..
Tak caya...
Sila tengok hasilnya bila saya bergambar..
Pehhhh...muka suci murni...hahahah
*Sila jangan muntah purple :P
kaedah photoshop..super imposed...hahahahah

Belajar bersenam...beryoga...

Talk paling best...pasal Perisai Wanita..
Kiranya membongkar rahsia lelaki macamana dowang menggunakan teknik peribadi menekel wanita...Saya memang gelak guling2 slot ni...antara yang terbaek!
Me, Diana with Emi....

Ramai bergambar meriah untuk dijadikan kenangan..

Goodies...voucher banyak giler..
Ada dari Parkson, Times Book Store, ada jugak voucher Hi Tea kat hotel..dll
PAling suka kasut heels Bella tu a.k.a tempat letak salotep..

Hadiah dari Kak Zie :)

Ooo ya..saya menang lucky draw...
Dapat cekak rambut mahal :)

Banyak input yang dapat dari workshop ni..
tentang fianancial, keperibadian, kesihatan dan lain-lain...
InsyaAllah dengan ilmu yang diperolehi boleh membantu menjadikan saya lebih berkeyakinan dan meng"upgrade"kan personaliti diri agar menjadi lebih baik :)