Kempen ‘Give Hope, Receive Good Health’ Antabax dengan Kerjasama Giant Malaysia

Kempen yang berjalan dari 1 Oktober 2013 hingga 30 November 2013 itu menyaksikan 10% daripada hasil jualan rangkaian  penjagaan diri antibakteria Antabax di 128 cawangan Giant di seluruh negara disalurkan kepada WAO bagi menyokong Pusat Perlindungan dan Penjagaan Kanak-kanak.

WAO yang diasaskan pada 1982 bermatlamat membina masyarakat yang bebas daripada keganasan terhadap wanita. Ia menawarkan sokongan emosi, sosial dan material bagi wanita mangsa dera; membantu wanita mangsa dera menguruskan diri dengan menyediakan tempat perlindungan sementara; dan meningkatkan kesedaran awam tentang isu keganasan terhadap wanita.

Pada 2011, kempen amal anjuran bersama Antabax dan Giant ini berjaya mengutip RM21, 955 untuk Rumah Ilham dan Rumah KIDS, manakala pada 2012, kempen tersebut telah menyumbangkan RM20, 953 kepada Persatuan Kebajikan Kanser Payudara Malaysia (BCWA). Cawangan-cawangan Giant tertentu juga telah digunakan sebagai tempat untuk menyebarkan kesedaran mengenai kanser payudara tanpa sebarang caj.

Satu majlis penyerahan cek ringkas telah diadakan di ibu pejabat Lam Soon Edible Oils Sdn Bhd, diikuti dengan ceramah untuk pekerja Lam Soon dan Giant mengenai cara mengenal pasti keganasan terhadap wanita serta tindakan yang boleh diambil bertajuk ‘Katakan Tidak Kepada Penderaan’.

Menurut Pengurus Besar Bahagian Pemasaran, Produk Rumah dan Penjagaan Diri Lam Soon Edible Oil, Encik Francis Ng, dana yang dikutip untuk WAO merupakan yang terbanyak setakat ini menerusi inisiatif Antabax-Giant ‘Give Hope, Receive Good Health’.

“Setiap tahun, Antabax dan Giant mengenal pasti organisasi dan usaha yang memerlukan pendanaan. Berdasarkan sambutan yang diberikan terhadap inisiatif kali ini, jelaslah bahawa membendung keganasan rumah tangga merupakan isu yang dipandang serius oleh ramai pengguna Antabax, dan sesuatu yang mendapat sokongan mereka. Ini merupakan kutipan terbanyak yang pernah dijayakan oleh Antabax menerusi satu inisiatif amal. Kami gembira kerana ia akan digunakan untuk sesuatu yang amat diperlukan seperti menyokong Pusat Perlindungan dan Penjagaan Kanak-kanak WAO,” kata Encik Ng.

Statistik Polis Diraja Malaysia dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menunjukkan bahawa angka kes keganasan rumah tangga yang dilaporkan telah meningkat daripada 3,173 kes pada 2011, 3277 kes pada 2012 hingga 3,488 kes pada 2012.

Jelas beliau, Lam Soon juga telah mengambil langkah untuk mendidik tenaga kerjanya tentang cara mengenal pasti tanda-tanda keganasan rumah tangga dan langkah yang boleh diambil bagi membantu mangsa.

“Dalam tempoh kerjasama rapat kami dengan WAO, kami mendapati keganasan rumahtangga merupakan masalah serius yang jarang diambil peduli oleh mereka di sekeliling mangsa. Lam Soon telah mengambil langkah awal dengan berkongsi bahan pendidikan bersama para pekerja kami menerusi emel dan bahan cetak. Di samping itu, kami telah menjemput WAO untuk mengadakan ceramah untuk pekerja kami agar lebih ramai tahu cara mengenal pasti tanda keganasan dan apa yang boleh mereka lakukan untuk membantu,” jelas beliau.

Cik Norine Erica Majaman, Pengurus Besar Pemasaran, GCH Retail (M) Sdn Bhd, berkata, “Pelanggan Giant telah menyahut seruan ke arah membantu wanita dan kanak-kanak yang dibelenggu keganasan rumahtangga. Kemurahan hati mereka menyumbang kepada WAO merupakan mesej jelas mengenai sokongan mereka kepada mangsa yang dibelenggu masalah ini. Giant berbesar hati dapat berganding bahu bersama Antabax dalam membolehkan WAO membantu lebih ramai mangsa dera.”

Golongan wanita memberi sumbangan besar kepada Giant sebagai pelanggan, pekerja, rakan kongsi dan pihak pengurusan. Sebagai sebuah peruncit yang berjaya di Malaysia, kami dengan sukacitanya ingin membantu masyarakat, terutamanya wanita menerusi kerjasama dengan jenama Malaysia, Antabax and WAO.”

Pengarah Eksekutif WAO, Cik Ivy Josiah berkata, walaupun banyak lagi yang perlu dilakukan dalam perjuangan hak wanita, respons yang diberikan terhadap kempen amal Antabax-Giant ‘Give Hope, Receive Good Health’ menunjukkan bahawa rakyat Malaysia sedar akan isu tersebut dan bersedia menyokong organisasi yang menyediakan bantuan yang diperlukan.

“Kes yang dilaporkan mungkin cuma sebahagian kecil daripada angka sebenar kes keganasan rumahtangga. Kita perlu tahu apa itu penderaan rumahtangga dan cara mengenal pastinya. Sama ada anda seorang wanita atau lelaki, ambillah langkah pertama dengan cuba mendengar keluhan seseorang yang mungkin menjadi mangsa dera. Jika ragu-ragu tentang apa yang perlu dilakukan, hubungi WAO kerana kami mempunyai kaunselor yang terlatih dan boleh membantu,” kata Cik Josiah.

“Dana yang dikutip oleh Antabax dan Giant menerusi kempen Give Hope, Receive Good Health amat dialu-alukan dan akan membantu kami menguruskan Pusat Perlindungan dan Penjagaan Kanak-kanak,” kata beliau.



 Menyokong hak wanita! Pengarah Jualan, Lam Soon Edible Olis Sdn Bhd, Encik Robin Loh bersama Pengurus Besar Pemasaran, GCH Retail (M) Sdn Bhd Cik Norine Erica, Pengarah Eksekutif WAO, Cik Ivy Josiah dan Pengurus Besar Bahagian Pemasaran, Produk Rumah dan Penjagaan Diri Lam Soon Edible Oil, Encik Francis Ng bersama dengan sumbangan kepada WAO daripada kempen kumpulan dana. 
 Berkongsi tanda sayang! Pengarah Jualan, Lam Soon Edible Olis Sdn Bhd, Encik Robin Loh, Pengurus Besar Pemasaran, GCH Retail (M) Sdn Bhd Cik Norine Erica, Pengarah Eksekutif WAO, Cik Ivy Josiahdan Pengurus Besar Bahagian Pemasaran, Produk Rumah dan Penjagaan Diri Lam Soon Edible Oil, Encik Francis Ng bersama sumbangan dana kepada WAO 

  Pengurus Besar Pemasaran, GCH Retail (M) Sdn Bhd Cik Norine EricaPengarah Jualan, Lam Soon Edible Olis Sdn Bhd, Encik Robin Lohengurus Besar Bahagian Pemasaran, Produk Rumah dan Penjagaan Diri Lam Soon Edible Oil, Encik Francis Ng, Pengarah Eksekutif WAO, Cik Ivy Josiah bersama rangkain produk Antabax.
Mengenai hak wanita; Cik Ivy Josiah memberi pembentangan kepada semua yang hadir.

:)
:)

Kempen ‘Give Hope, Receive Good Health’ Antabax dengan Kerjasama Giant Malaysia Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on January 28, 2014 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.