Lost World of Tambun : Day 2 ~ Berlenjan Di Taman Tema

Ngam-ngan taman tema dibuka untuk orang awam, terus jer kami masuk. So kalau ada contest early birds memang leh menang, heheheheh. Sebab hari Ahad kan, takutlah ramai sangat pengunjung datang.
Anak-anak saya semuanya dah excited nak main air. Tapi Dedet tak kasi dulu. Sebabnya awal pagi tengah tak panas, sebaiknya eloklah melawat kawasan. Lagipun ada pelbagai permainan yang menarik disediakan di sini. Rugi kalau tak mencuba, kan? Jengah kat umah hantu ni. Dedet dan Anaqi yang masuk (dier start kul 12:30p.m). Sekepala RM10 tapi leh redeem balik kupon tu dengan membeli barangan seperti baju dan topi kat Bazar di Lost World of Tambun...
Mula-mula kita main Lupe’s Adventure... Roller coaster yang dinanti. Takderlah extreme sangat, my Amani paling excited nak naik, paling penakut my Akid ler...
GIDDY GALLEON, main ni agak pening sikit sebab die pusing agak perlahan. Tapi memang sesuai untuk semua peringkat umur. Dan Dedet sangat beria ya main GIDDY ni ya, hahahaha.
DRAGON FLIGHT, antara yang memang menarik minat my kids terutama Anaqi dan Yana. Kalau kat Genting permainan ni berapa kali dowang repeat naik... Kat sini sempat dua kali.
STORM RIDER- tajuk cam nama filem. Kapal terbang2 gitew tapi setakat 180 degrees, saya tengok pun pening...
Di sepanjang laluan nak ke Tiger Valley, ada nampak beberapa sangkar diletakkan kucing2 hutan yang comel di sini...
Ni lah kawasan Tiger Valley. Binatang tu tak nampak lah pulok...
Muka my Yana yang enter preme lelebih...
 Angsa saper ntah yang tertinggal kat sini...
 Kuda padi yang ketot....
 Kucing ke rimau? Tapi kecik jer...
 See my kids yang begitu cergas sepanjang berjalan-jalan di sini :)
Ni pintu masuk Tin Valley...
Kiranya boleh belajar tentang sejarah perlombongan bijih timah yang berlaku di Perak...
Ada banyak gambar dan monumen penceritaan yang boleh dibaca semasa menyusuri kawasan ini...
 Mendulang uooools...
Mengajah uollls......... Excited ya memasing nak naik gajah.
Cuba bayangkan gajah tu hidup, memang tak nak punya...
 Lepas tu semua masuk kolam termasuklah Dedet...
Dan memang menjadi feveret my kids lah kolam cenggini sebab ada gelongsor bagai...
 Air pun cetek jer, selamat untuk My Amani yang 3 tahun tu...
Paling suka dengan timba air ni... Memang lencun...
Dedet, Anaqi dan Yana dowang memang pergi main gelongsor yang panjang dan ekstrem...
Ada beach dengan ombak jadian...
Main air dalam 1 jam lebih...
Terus panggil anak2, pakat gi Petting Zoo pulak.
Since banyak aktiviti kat petting zoo bermula kul 2p.m.
 Ini adalah landak... peace yo!
 Di dalam sangkar burung...
 Bersama dengan RIO yang kecoh!
 Beria bagi makan kat landak...
 Burung kakak tua memang terror menyanyi... saper ehh nama die? Lupa dah...
 Amani yang sedang menggeletek ular sawa yang bersantai...
Kalau saya idakler...
 Bersama kura-kura yang besar-besar saiznya...
 Apakah nama binatang tu?
Lupa dah saya, huhuhu
Ada hamster yang kiut di sini...
Gigih dowang ni main tangkap2 ikan... Tapi sorang pun tak berjaya. 30 minit uolls buat aktiviti ini semata-mata...
Lepas tu kitaorang gi Tiger Valley untuk tengok persembahan.
 Raccoon ni membuat aksi seperti James Bond, konon2...
Aksi harimau memanjat tiang dan makan daging... gitew... siap ranjer tu explain kalau jumpa harimau jangan panjat pokok tapi kena lari lebih laju dari kawan di sebelah. Supaya kawan tu yg jadi makanan harimau (nasihat yang macam tak membantu sangat, hahahahah)
Ni antara acara paling best... Bila tengok harimau ni berinteraksi dengan pelatihnya...
Pelatih ni siap jerit lagi "Putra fokusss"... Siap buat signal jari menghala ke mata...
Paham ko... Terror lah die sambut "ngap gitew"
Lepas tu aksi menembak burung... Lakonan semata-mana ya...
Memang sangat kiut cara burung ni buat2 mati, heheheheh.
Burung ni kalau dier setuju siap angguk2 kepala dier. Kalau tak setuju duk geleng2 kepala...
Si raccoon yang suka menjaga kebersihan :)
Si kakak tua yang suka main bola keranjang :)
Anak2 saya juga berkesempatan bermesra dengan raccoon putih yang gebus itu...
 Suap-suap makan dengan mesra...
 Eiiii... geli jugak sebenarnya....
Seperti biasa kalau bab binatang, Akid paling excited :)

So overall memang sangat puas hati sepanjang berada di taman tema Lost World of Tambun. Pelbagai aktiviti yang menarik boleh dilakukan bersama keluarga. Harga makanan tidaklah terlalu mahal tapi takleh-lah kalau nak dibandingkan di gerai2 makanan kat area Perak (yang jauh lagi murah).

Kami masuk kul 10 pagi kuar kul 6 petang... Lama kan kan kan...

Untuk hari biasa ianya beroperasi seawal pukul 11 pagi sehingga 6 petang. Hari minggu dari pukul 10 pagi hingga 6 petang. Untuk hari SELASA tutup ya :)--kecuali cuti sekolah dan public holiday. Harga tiket kanak-kanak dalam RM40, dewasa kalau tak silap RM45...

Untuk keterangan lanjut leh layari---http://www.sunwaylostworldoftambun.com

 Chowww bettey!!!!!!!

Lost World of Tambun : Day 2 ~ Berlenjan Di Taman Tema Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on January 22, 2014 Rating: 5

5 comments:

  1. comel je amani...tempat2 mcm nih utk budak2 ok la...dorang happy,kita pon happy...ya dok...? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup.. betul tu.. anak2 having a good time parent tentulah lagi happy

      Delete
  2. salam...
    Bestnya tempat ni...slalu dgr tp xpernah sampai lg...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam... mmg best terutama petting zoo, kanak2 mesti suka :)

      Delete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.