Wednesday, February 26, 2014

Susah ke nak renovate rumah? Legally?


Ok, selama ni asyik dok dengar orang cerita bagaimana diorang renovate/ buat tambahan rumah diorang. Ada yg buat 'senyap2' & ada yg buat secara sah. Macam2 citer... ada yg cakap leceh, ada yg cakap senang je, ada yg cakap suruh je orang Majlis setel sendiri, just sediakan duit + upah sket... Wokeh, puas dengar cakap orang so sy pergi sendiri kat Majlis Bandaraya, sajer usha & kongsi hasilnya kat sini;
Sy g MBSA sebab beli umah kat sana. Rasernya prosedur sama je kat mana2 kot.Wisma MBSA kena naik tingkat 8 utk cari jabatan yg berkenaan. 
Tips 1: Pastikan naik lif yg betoi sbb x semua lif boleh pergi tingkat yg diingini (pueh ambo asyik tukar2 lif muahahaha).  
Tips 2: Beli buku. Depa tanya rumah apa yg nak renovate sebab tak semua buku sama so tak nak bazir duit silap beli buku. Mine rega 50 hengget. Tebal buku plus minus 50m/s lengkap dengan plan & form2 yg perlu diisi. Bagusnya sbb jenis tear-off. Standby siap2 hangpa isi & submit je...
Tips 3: Hangpa check & sediakan apa dokumen berkenaan rumah yg diperlukan. Tak susah pun... kalau hangpa org German mungkin tak faham la so kena belajor BM dulu or kahwin je ngan Nora Danish or Erra or mana2 minah Melayu yg available la kikiki. Btw, kat sana depa explain satu2 step, baguih bebenor. Walaupun sy x beli pun buku lagi (last2 beli sbb kesian staff tu dah berbuih mulut explain sbb sy byk tanya + beria betoi siap2 marking kat buku).
Tips 4: Hangpa isi la form2 yg berkenaan. Staff kat sana akan tanya & dia akan tandakan mana2 form yg berkaitan & pelu diisi. Again, tak susah pun... Tu pix kat atas contoh form yg kena isi...
Tips 5: Pilih jenis renovation or penambahan binaan yg nak dibuat. Saya pilih tambahan belakang 2 tingkat. So pix atas tu plan guideline apa tambahan yg dibenarkan bagi tingkat bawah.
Pix atas ni pulak guideline bagi tingkat atas. Nanti masa submit-isi, then depa punya officer check-approve so u simpan copy nih. Kalau follow so binaan u sah & takkan timbul apa2 masalah in the future masa nak menjual nanti or whatever. Simple je, kan?
Tips 6: Buat binaan ikut guideline. Actually ada satu form 'Akujanji Mematuhi Pelan Setara' yg kena isi & submit sekali. So dalam kes sy, binaan bahagian belakang yg dibenarkan ialah max 10 kaki dari existing building. Kalau tanah belakang ada 18ft pun still takleh 'tarik' sampai habis. Tapi kalau nak juga kena beli buku lain & lantik arkitek (sy tak tanya details steps sbb non-related, tanah belakang x lebih 10ft pun).
Tips 7: Bayar ikut jenis renovation.  Pix atas tu form & fee2 yg dikenakan. In my case, amount kena bayor ialah RM 2924.00 i.e termasuk perkhidmatan tong Roro. Tong Roro ni kena bayar advance RM 1000.00, depa kasi yg 3 tan (RM 270 sekali tarik), sampah penuh panggil je Alam Flora datang ambik, berapa kali pun tak kisah. Nanti rumah dah siap boleh minta balik baki duit (kalau guna kurang tong Roro) & vise versa.

Tips 8: Ambil balik wang cagaran. Selain tong Roro tadi, wang cagaran proses pelan (sy punya kes RM500 + RM500) boleh di claim balik. So basicly fee sebenar yg dibayar utk buat benda ni legally tak sampai 2 ribu pun. Caranya dengan inform Majlis yg kerja dah siap & nak ambil wang cagaran. Diorang akan datang check rumah, if ikut guideline maka akan dipulangkan. If tak ikut, akan disuruh perbaiki sehingga ikut guideline baru boleh claim balik. Interesting info, within 7 days selepas depa kasi kebenaran start work diorang punya officer akan datang check. And that's it... No more... If renovation dah siap & u buat tak tahu serta nak 'sedekah' wang cagaran kat depa so tak nak claim, depa x datang sudah... So... kalu u renovate umah jadi Intercontinental Ballistic Missile Bunker pun takpe lah kan? Semua dokumen/ approve plan depa dah kasi siap2 masa surat kebenaran diberi awai dulu... Kahkahkahkah....

p/s: Takde susah pun kan? If ada info yg tak tepat tolong betulkan & siapa yg ada pengalaman nak kongsi amat2 dialukan :)

Hermit

1 comment:

Anonymous said...

Kalau nak renovate bolehlah hubungi kami utk ubahsuai bajet.
HP: 019-334 5398
Emel: armacon_intelligence@yahoo.com