Tuesday, April 22, 2014

Bersarapan Bersama F&N Seasons NutriSoy Setiap Hari Ternyata Pilihan Bijak Dan Terbaik Buat Famili

Saya memang penggemar air soya. Apatah lagi rasanya seakan susu namun ianya berasaskan nutrisi dari kekacang iaitu kacang soya. Saya pasti uolls juga gemar menikmati F&N Seasons NutriSoy bersama variasi masakan popular di Malaysia seperti nasi lemak, roti canai, mee goreng mamak dan macam-macam lagi. Contohnya seperti saya dan famili yang gemar menikmati F&N Seasons NutriSoy bersama…
Mee Wantan Kicap yang enak. Cukup mengenyangkan dengan hanya sepinggan mee dan setin F&N Seasons NutriSoy kurang manis.
Ubi rebus yang kaya dengan serat bersama F&N Seasons NutriSoy. Yummmyyyyyy… Hidangan ringkas tetap mengenyangkan..
Roti putih bersama mentega kacang dilengkapkan dengan F&N Seasons NutriSoy kurang manis. Sesuai bagi ibu yang sibuk seperti saya J
Yang ni paling ringkas dan mengenyangkan. Biskut oat yang ranggup bersama F&N Seasons NutriSoy. Jika tidak sempat bersarapan di rumah, hidangan ini juga boleh dimakan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja atau sekolah. Anak-anak saya begitu menggemarinya!!!
**************
Tidak dinafikan mempunyai anak seramai 5 orang memang macam-macam karenah. Masing-masing ada citarasa sendiri. So, kita sebagai ibu kadang-kadang perlu kreatif dalam menyediakan hidangan terutama ketika waktu sarapan. Ini kerana sarapan sangat penting, ianya perlu berkhasiat dan memenuhi keperluan nutrien seharian.

Ok, saya nak share satu resepi #BreakfastLove bersama #NutriSoyMY mudah sesangat buat ibu-ibu semua. Saya namakan resepi ini “Roti Gulung Nutrisi F&N Seasons NutriSoy”

Bahan-bahan yang diperlukan adalah…
1. F&N Seasons NutriSoy (less sugar) – saya guna setengah cawan.
2. Sosej – saya guna 2, terpulang pada uolls nak letak byk mana sosej
3. Roti
4. Kentang sebiji (dikupas kulit)
5. Sayur (saya guna kobis). Terpulang pada sayur kesukaan anak2.
6. Sedikit lada hitam
7. Sedikit garam (bahan perasa, tak nak letak pun takpe)

Cara nak membuatnya…
 Kentang dipotong dadu, rebus sehingga empuk.
Lenyek-lenyekkan kentang (tak nak lenyek pun takpe). Masukkan sosej (dipotong dadu), lada hitam, sedikit garam dan paling penting F&N Seasons NutriSoy. Gaul rata.
Potong sayur kecil-kecil.
Campurkan sayur serta bahan yang telah digaul dan letakkan secara kemas di atas roti. Gulung roti, pastikan inti tidak terlalu tebal (banyak). Saya tidak menggunakan telur atau bancuhan tepung untuk meutup gulungan roti. Ini kerana bahan adunan yang digaul agak lembab disebabkan susu soya jadi ianya mudah digulung tanpa terbuka.
Masukkan dalam ketuhar. Sekejap ajer bakarnya. Hanya untuk memanaskan roti gulung.

Tadaaaaaaaaaaaa…
Kalau nak lebih berseri, boleh sapu sedikit telur di atas permukaan roti.

Terpulang pada citarasa masing-masing.
See pakej hidangan sarapan yang lengkap – ada daging (sosej), telur, roti (karbohidrat) + sayur + susu soya!
Cuba try, anak anda pasti senyum sambil makan seperti My Yana, hahahahaha
Saya juga suka menggunakan susu soya F&N Seasons NutriSoy untuk membuat kari. Bukan sahaja rasanya lebih sedap tapi ternyata ianya lebih khasiat kerana rendah lemak.

Cuma teknik saya gunakan untuk memberi rasa lebih “kaw”. Susu soya dituangkan sedikit dalam cawan dan diperahkan dengan air limau purut. Kemudian dicampurkan dalam kari di dalam periuk yang sedang masak di atas dapur! Sedapp uollls

Jadi uollss… jangan lupa menyediakan sarapan bersama F&N Seasons NutriSoy.
Ini kerana F&N Seasons NutriSoy mengandungi pelbagai khasiat seperti:
i.          Sumber protein yang baik untuk tubuh badan kita 
ii.         Tidak mengandungi kolesterol dan laktosa.
iii.         Rendah lemak (bagus untuk diet ni)
iv.         Tidak ada bahan pengawet, pewarna dan perasa (phewww!!)
v.          Paling best, protein Soya F&N Seasons NutriSoy boleh membantu mengurangkan kolestrol

Ternyata #BreakfastLove bersama #NutriSoyMY menjadikan kita (ibu) lebih kreatif dan sentiasa mahukan yang terbaik buat keluarga tercinta.

Untuk keterangan lanjut mengenai produk F&N Seasons NutriSoy boleh layari and LIKE Facebook F&N NutriSoy di www.facebook.com/NutriSoyMY

6 comments:

Ezna said...

nampak yummy!

anak Wan Salleh said...

btw, u memang betul2 letak soya dalam kari ganti santan?

Mama Zharfan said...

terbaekkk!!!!

AyuArjuna BiGoshh said...

mira- yup, i ltk cuma perah air limau kt soya tu...

CikLily Putih said...

kari? aduiyai ni yang mesti kene cuba ni

zety said...

fuyoh..cubaan hebat ganti soya dgn santan ni..zt besenye ltk susu cair je ganti santan..mmg sodap