Friday, April 11, 2014

Isu KeORIGINALiti : Mentaliti dan Hakiki

Saya bukan orang berniaga...
Saya ni spesis suka membeli...
Kalau disuruh menjual balik, memang FAILED...
Nanti untung ke mana modal tak dapat balik...

Namun bila menyentuh tentang isu orang yang berniaga yang mengeluarkan paten beliau sendiri.
Dicilok cara rekaannya, hasil buah fikirannya...
Memang bagi saya itu adalah SALAH pada saper yang mengambilnya tanpa sebarang royalti diberikan kepada pemilik idea asal...

Isunya mengenai ini;
Giler ramai orang yang bagi respon tentang ini...
Ada yang marah...
Ada yang sokong...
So uolls sebelah mana? Hehehehehehe

Ok...
Pendapat saya insan yang tak mampu milik apatah lagi pakai tudung FAREEDA...
Sebab ianya eksklusif so harga die sangat kurang SAVE, hik hik...
Dan rekaannya menjadi kompetitif...
Kepada pereka tudung yang lain... yang merasakan FAREEDA inilah rekaan kondusif ke arah penciptaan yang inovatif...

Disebabkan term die "eksklusif"- so ianya akan berkait dengan harga yang mahal sehingga ada mencecah 200 hengget serta fabrik dan jahitan yang sangat memuaskan...

Tapi tak semua golongan wanita di Malaysia ni mampu...
Ai sendiri kalau nak beli tudung beratus2, mahu fikir 44 kali...
Tu pun belum khatam untuk berfikir dalam satu hari...

Bila ramai yang minat tapi tak mampu...
Timbul pula peniaga alternatif kepada tudung FAREEDA...
Tudung, rekaan dan fabrik lebih kurang sama...
Tapi harga jauh lebih murah dari yang original...

Sebab harga mampu milik, so permintaan kepada yang klon menjadi lebih tinggi...
Itu memang hakiki...

Tapi saya suka jer nak share tentang tudung yang berjenama sama hebat ngan FAREEDA, iaitu MUNAWARAH... Rekaan die amat biasa, cuma orang yang sanggup membeli merasakan kualiti MUNAWARAH dari segi jahitan dan fabrik memang takleh dibandingkan dengan tudung yang terdapat di pasaran luar. Saya pernah sekali beli tudung paten kain ala2 MUNAWARAH tapi kat label tu die tulis MUNAREBAH...

Hahahahahahahah... siyes, saya beli sebab rasa kelakar... beli sehelai jaaa pun...

Begitu juga dengan koleksi ADIJUMA...
Paten2 macam ADIJUMA banyak jer di pasaran gelap malam, hehehehe. Ni saper tiru saper ai pun tak tahu. Tapi kalau tengok ADIJUMA harganya still boleh cover makan tengahari 2 hari, so ramai jer pembeli dan pengikut ADIJUMA...

Salah satu komen yang menarik hati saya tentang "Dalam dunia fesyen. Kita kena pandang depan. Dan jangan cuba tutup pintu rezeki orang". Oh well dalam isu mencuri, menciplak... isu rezeki tu tidak boleh diterima pakai. Walaupun orang nak samakan rekaan tudung macam pembuatan nasi lemak. Contohnya, semua orang tahu buat nasi lemak. Tapi mungkin ada kalangan pembuat nasi lemak ni tahu teknik nak lagi sedapkan nasi lemak. Contohnya nasi dikukus beberapa kali menghasilkan nasi yang begitu gebu sehingga mereka yang merasakan nasi lemak itu tertanya apaakah resipi yang menjadikan nasi itu begitu istimewa sekali. Tapi itu pasal nasi lemak, nasi yang sudah menjadi trend untuk dinikmati...

Ini kes lain ya... kes idea dari sang pereka yang berhempas pulas memikirin menjadikan koleksi begitu istimewa. Bila masuk jer pasaran mendapat permintaan tapi disekat dengan persaing yang sama2 cuba mendapatkan keuntungan atas idea bijak orang lain.

Bagi saya biarlah pesaing2 ini mendapat inspirasi dari diri sendiri. Cubalah hasilkan ciptaan dengan rekaan lain yang mungkin lebih berkualiti dan digemari. Mana tahu kan satu hari nanti... cubalah try test.

Dan saya harap juga pihak FAREEDA...
Apa kata $$ sehelai tudung dikurangkan sedikit harga.
Agar peminat ekstrem koleksi "Nyata Jelita"
Mampu milik biarpun terpaksa berpuasa...
Tunjukkan pada dunia...
Tudung anda eksklusif punya citarasa...
Dan harganya memang memberi kepuasan bersama...

Pesanan buat diri: Tepuk wallet laki tanyalah selera :p

10 comments:

mama tisya said...

mmg isu hot psl kes tudung fareeda tu kn...tp tu la tk semua mampu nk bli ratus2 kn...hah tudung aidijuma tau bkna dijuma..hehehe..tu pn ada gk yg tiruan cuma yg aidijuma still mampu milik...kita bli pn time sales gk..yg murah...pk byk kali gk nk bli tudung mhl..tp kalo cecah ratus2 tk bli..paling mhl rsnye tk lebih rm50

mama tisya said...
This comment has been removed by the author.
Sidratul Muntaha said...

ahaha
gelak saja
selalunya org2 yg begini tak percaya dengan rezeki Allah
beselah..bila dia rasa tergugat, mula kuar segala bagai ayat al quran and guna authority

rasanya tak perlulah nak rasa kena ciplak ke ape..
sbb 'tudung'
abis tu kalau prada tertiru pattern ferragamo..
saman la gitu?!
kalau fendi 'tertiru' Mk
saman la jugak meh?!
abis tu jugak..
brand louboutin similar mcm Milono, saman...saman..
aduih..
xabis - abis
btw, dia register tak pattern dia design dia?!
kalau tak, mana mungkin boleh saman kan?!
byk klausa - klausanya nnti
entah, kami bukan org law
but then, the best untk moving forward dalam industry 'fesyen' beliau si pencipta fareeda ni...
mmg kena kurangkan harga dia
owner dia lupa kot masa dia still nobody and takde exclusive mana pun fareeda ni masa mula2 berniaga.
apepun, dari segi tafsiran org takde ilmu sangat mcm kami ni, anggaplah itu cume sekelumit ujian dalam mencari rezeki kerana bukan mudah nak menjadi kaya kalau tak menjemput rezeki.

*pihak berkecuali sebenarnya tapi since akak dah kupas dgn cara yg sangat kewl, kami pun bagilah komentar. beside, kami mmg tak pakai tudung tingkat2 layer2 kalah cake layer ni sbb : saya bukan pokok krismas.

*segala kesalahan berkata2 arap diampun dan dimaafkan ye kak.

peace.

Ezna said...

Tudung ni untuk mereka yang sanggup bayar lebih....harga sangat errr.....x mampu milik...

Mummy ZaraZarif said...

rse mmg xptut die kate ciplak n g serbu yg ciplak2 tu..

cube tgk brand2 lain, berlambak je yg ciplak2...cepat melantun owner fareeda ni...biaselah dunia bisnes, mstilah ade bnda2 cmni..so xpyahla nkbuat tindakan2 yg xsptutnye...

Myra Jay said...

Nak beli yang original memang tak mampu, jadilah dapat pakai ala-ala pun dah cukup..hehee
**So salah la ye sebab menyokong yang tiruan ;)

AyuArjuna BiGoshh said...

sidratul muntaha...

a.k.a ayu (jugak)

i like ur feedback..it's true...
kdg terfikir juga..
ekstem jugakkan smpi terjah dan rampas...

kena igt balik dulu kita kat mana skrg kita kat mana...

akk pun phk berkecuali since fareeda bukan stkat harga die agak mhl, rekaan die dan fabrik die ai tak minat, hehehehehhe

Zuraida Rahim said...

ayat terakhir tu tak boleh tahan tu..

Merlyn Hasshim said...

dlm keadaan gawat ni, pilihan yg kita ada ialah be a smart consumer. pilihan di tangan anda.

Mama Zharfan said...

hot issue
kalau mampu ok jer nak beli
tp jgn lah sampai affect perbelanjaan lain hanya semata2 nak bergaya...Tuhan tahu niat kita..rasa riyak ker tak bila pakai tudung mahal..