Thursday, April 3, 2014

Oh, Tanah Air Tercentaku....

Jajah...

Tiba-tiba pagi ni saya nak berkongsi cerita tentang apa yang saya perhatikan keadaan keliling sejak akhir-akhir ini...Mungkin juga saya terperasan isu ini semakin menjadi apabila baca status SAIFUL NANG (ooh saya suke giler cara penulisannya di FB)...

Isu tentang tanah air KITA DIJAJAH TANPA disedari...
Skop ni luas sebenarnya..
Dan saya tak akan membicarakan dari sudut politik, kepakaran ekonomi, takpun dari kaca mata sosiapet. Sebab saya bukannya datang dari kepakaran cabang itu.
Apatah lagi kalau nak dikaitkan denggan tregadi MH370..lagilah saya tak pandai nak komen..

Berbalik pada isu dijajah..
Saya suka nak share tentang komen saudara SAIFUL NANG mengenai warga Indonesia yang beliau berjumpa membuka perniagaan nasi lemak di negara kita dan pendapatannya mencecah 2k setiap hari. Begitu juga pak cik Bangla yang menjual lemang (pemilik gerai lemang), belajar cara buat lemang dari orang tempatan seterusnya membuka perniagaan secara besar-besaran di sini. Siap boleh amik pekerja di kalangan bangsa mereka lagik.....

Saya memang perasan perkara ini..
Sebab saya selalu makan kat satu gerai di seksyen 11, dan pada mulanya saya ingatkan pekerja Indonesia kat situ hanya pekerja semata2. Rupa-rupanya salah seorang pemilik (virtual) a.k.a boss gerai kat situ warga Indonesia. Yang menarik lagi, bilasaya tanya macam mana leh dapat tender bukak gerai kat sini. Beliau jawab "eh tak nama ni didaftarkan atas warga tempatan, encik apa ntah nama die #sayadahlupe, saya bayar bulan-bulan sewa kat dier"....cenggitu..Tapi masakan dowang ni memang dah rasa macam orang tempatan...tomyam, nasi goreng segalanya memang dah rasa macam air tangan orang Malaysia,

Lepas tu satu malam Selasa, saya dan my Anaqi dan my Yana...Pergilah solat berdekatan dengan rumah. Memang seronoklah nak mengimarahkan surau di kawasan umah yang baru diduduki kan...Ada juga orang-orang di kawasan umah saya. Walaupun tak berapa kenal tapi lepas solat sempat bersalaman dan berkenalan. Lepas jer solat ramai makmun beransur pulang. Saya perhatikan macam ada usrah lepas solat kat situ. Sebab nampak set-set ala2 orang berjambang cam duk dalam bulatan. Dan salah seorang tu dah duk (ala2 ketengah sikit) cam nak bagi usrah.

So saya ngan anak2 decide nak duduk lagilah kat situ nak dengar usrah..
Ustaz tu start jer bagi ceramah.
Satu butir bicara saya tak paham...
Siyes..

Nak kata cakap melayu, memang sah bukan..
English pun tak ya..
Indon..pun tak..
Bahasa arab pun idak--saya tahu sebab rakan kerja saya ada yang fasih berbahasa arab (ngajar kat UIA kan, hehehehe)

Saya tengok kelibat dowang ni set2 jenis badan besar..tak derlah rupa keBANGLAan sangat..
Tapi saya tak tahu dowang ni saper...

Duk sebut..
duk..
duk..
duk...

Sampai my Anaqi siap cakap..
Mummy, ni confirm bukan bahasa German. Mentang2 ko belajar bahasa German kat sekolah ya anak oi.. My Yana lak kata.."Yana, rasa die kata kita kena bertawaDUK"..

Choiii, hahahahah
last2 kuar surau sarung selipar..balik............jaaaa

Hmm, kat surau pun dah dimonopoli warganegara lain, isk :(

6 comments:

Sidratul Muntaha said...

Myanmar rasanya
tpi what to do...
nak citer psl transparent kak ayu
nnti org chop kami sokong pembangkang
bull
yg buat melayu gaduh sesame sendiri melayu juga
keja nak senang
makan atas angin
whatelse?
mkn suap pun byk
orang melayu ni even agama dia Islam, istiqamah xde..
oh malaysia ku

Ezna said...

ayu...takut syiah x?....org iran....ada sorang syiah solat kat surau rmh i. dia guna batu utk tmp sujud. alehnya batu tu jemaah surau i ambik bawak lari....nowadays macam2...

Mama Zharfan said...

bitter truth...kebykan malay (tak semua tapi ramai) nak easy money..so sewakan permit rather than berniaga sendiri.. :( susah nak tukar habit/mind set...tu sbb kita pernah kena jajah dan tak mustahil akan dijajah lg :(

Hermit said...

darah ahli sunnah halal bagi syiah... jgn memain.... depa ni dah macam 'agama' lain...

Wansteddy Tales said...

rasanya bukan dimonopoli kak ayu. Tapi sebab bangsa kita sendiri yg xusaha ke arah itu. buat biz cepat je jatuh bila sikap kuat jeles n menjatuhkn org lain. bnyk kes santau2 kalangan org melayu sdri. famili wn pn ada yg pernah terkena. pastu soal nk ke surau. boleh kira dgn jari berapa kerat je famili yg sudi berjemaah di surau berbanding d rumah sndri. tu pn blm tentu jemaah suami isteri. sedih, betullah kata kak ayu tu. kita dijajah tanpa disedari.

Merlyn Hasshim said...

Kat kelantan pun Bangla dah mula masuk bekerja. dulu-dulu tak ader pun. tukang masak dekat arena food court Aeon yg goreng kuew teow cantonese pun Bangla, maska lak sebijik mcm yg ori punya pulak tuh