Tuesday, May 20, 2014

Acara "Roaster Chicken Run" Masuk Tahun Yang Ke-10!

Hari Ahad yang damai ..chewahh...
Bertempat di hadapan Sunway Lagoon Selangor berlangsungnya larian amal yang dianjurkan oleh Kenny Rogers bersama rakan penaja yang lain yang melibatkan seramai 3800 peserta. Acara bermula seawal 7.15 pagi berkahir kira-kira dalam pukul 10 pagi.

Untuk pengetahuan semua ya, larian amal ini diadakan setiap tahun dan tahun ini merupakan tahun ke-10 penganjurannya!!
Hebatkan...
Selain daripada peserta dapat bersama-sama mencergaskan diri di hujung minggu, dengan menyertai larian ini secara tidak langsung dapat menyumbangkan fee larian yang disumbangkan kepada pihak kebajikan yang disyorkan oleh pihak penaja.
Pengacara yang dedikasi bertungkus-lumus memastikan perjalanan acara berjalan dengan lancar.
Selain ada pemberian hadiah kepada pemenang2 larian..
Terdapat banyak hadiah yang disediakan untuk cabutan bertuah!
See, betapa ramainya peserta larian...
Masa ni tengah melihat aksi persembahan dari krew Sunway Lagoon
Walaupun ramai keadaan tetap terkawal :)

Sinje Lee (dua dari kanan), co-founder of Little Yellow Flower foundation menerima RM65,000 daripada Dato’ Francis Lee (dua dari kiri) Group ExecutiveDirector of Berjaya ROASTERS (M) Sdn Bhd; disaksikan oleh Lee Siew Weng (pertama dari kiri) Senior General Manager of Berjaya ROASTERS (M) Sdn Bhd dan Yise Loo (pertama dari kanan),artis yang mewakili Little Yellow Flower foundation
ROASTERS Chicken Run (RCR) 2014 bertambah istimewa dengan kehadiran Yise Loo (kiri) dan Sinje Lee (kanan)

(Kiri-Kanan) staff KRR Lee Siew Weng, Dato’ Francis Lee,  KRR mascot; Sinje Lee dan
Yise Loo di garisan permulaan.

Nampak tak, setiap peserta larian kena lari sambil bawa telur...
Dan telur tak boleh pecah ya..
Kalau pecah "disqualified"..hehehe
Peserta larian!!!!!!!!!!!!!
Peserta larian kategori kanak-kanak ni..Memasing bangga menunjukan sijil penyertaan mereka di acara ini.

Acara amal yang patut diteruskan setiap tahun..
Pada uolls kalau nak join, boleh sertainya tahun depan ya!!!
Dapat gbag..
dan pass masuk percuma ke Sunway lagoon!!

2 comments:

CikLily Putih said...

bersukaria lah korang anak beranak di sunway lagoon ek..

Sherry said...

wow what a fun day!