Tuesday, June 3, 2014

Best Juga Menyertai Workshop Bersama Susu Anmum!

Saya ada mendaftarkan diri untuk menyertai parenting workshop anjuran Anmum baru-baru ini.
Yang beshnya... bukan hanya kerana ianya percuma.
Peluang untuk berdiskusi bersama panel2 yang hebat dalam dunia kanak-kanak tidak harus dilepaskan. Antara panel yang terlibat adalah Wardina Safiyah (mmg kagum dengan kesungguhan beliau mendidik anak).

Aktiviti Anmum diadakan di One Utama bermula seawal 10 pagi lagi.
Yang menariknya, pelbagai aktiviti disediakan untuk kanak-kanak bereksperimentasi. Menguji daya akal mereka serta beberapa aktiviti yang menyeronokkan.
 Antaranya seperti...
Menguji pengetahuan am... samada tentang persekitaran atau tubuh badan...
Info mengenai susu dan khasiatnya. Duji dengan kefahamana atas penerangan yang telah diberikan.
Suai dan padan, menguji daya pemikiran si kecil...
Di sini kanak-kanak dikehendaki mengekspresi apa sahaja yang mereka suka di atas papan hijau yang diberikan... 
Amani still kena dapat bantuan dari abangnya untuk menulis nama sendiri :)
Afiq dengan lukisan keretanya...
Amani dengan lukisan rumah dan bunga :) :)
Siap sahaja beraktiviti boleh dapatkan buku aktiviti khas buat kanak-kanak secara percuma!
Saya sempat menyertai workshop yang dianjurkan oleh pihak Anmum. Isu yang dikongsi oleh setiap ahli panel adalah berlainan sebenarnya. Contohnya ada panel yang membincangkan dari sesi nutrisi hebat buat anak2, Dr. Edward lebih kepada psikologi perkembangan anak-anak (IQ, EQ, SQ), Wardina pula lebih kepada perkongsian cara beliau mendidik anak. Kiranya semuanya mengenai dunia perkembangan anak didatangkan dalam satu perbincangan.
Salah satu ilmu yang dikongsi, mengenai tips "Bagaimana memahami anak antara memenuhi keinginan dan keperluan mereka". Kesimpulannya, anak2 hari ini perlu lebih banyak dengan pendedahan persekitaran luar - merasa, melihat dan bereksplorasi (kena kurangkan ipad, tv dan lain2). Perkembangan otak juga bermula dengan pemakanan yang seimbang. Melayani anak2 dengan sabar, cuba lebih kreatif dalam menghasilkan hidangan yang menarik minat si kecil.

Dapat hadiah ni... setelah sakan menimba ilmu dan anak puas beraktiviti :)