Thursday, June 5, 2014

Kempen Seceria Air Tangan Ibu Bersama Planta, Menceriakan Hari Raya!

Berpeluang bersama-sama dengan Planta membuat kebajikan bersempena dengan kedatangan Hari Raya tahun ini, pasti tidak akan saya lepaskan. Apatah lagi hampir kesemua anak saya turut menyertai sama memeriahkan suasana pelancaran dan juga bergandingan menyediakan biskut untuk diberikan kepada anak-anak yatim.
 Sebaik sahaja pengacara majlis memulakan acara. Mr Rakesh Mohan selaku  Pengurusi Unilever Malaysia & Singapura memberi kata-kata aluan serta berkongsi keterujaan pihak Unilever dalam berkongsi sumbangan kepada mereka yang memerlukan melalui penglibatan pengguna-pengguna Planta.
 Serina Redzuan in da house. Gaya bersahaja mengacarakan majlis memang benar-benar menggamit suasana!
 Antara ahli panel yang dijemput berkongsi tentang "Air Tangan Ibu dalam menyediakan juadah perayaan Hari Raya" dan juga sumbangan amal yang dapat diberikan. Antara panel yag terlibat Sheila Rusli (siyes, slim dan nampak sangat gorjes kak Shila bila tengok LIVE). Sharifah Shahirah, I like her 44444x, kelakar, tak sombong dan memang kagum dengan beliau membina personaliti menarik sebagai seorang isteri, ibu dan selebriti yang disegani. Dan juga dua anak dara manis yang terlibat dalam perniagaan biskut online BakedKL dan turut sama-sama menyumbangkan jualan online ke badan kebajikan yang terpilih.
Pelancaran Kempen Seceria Air Tangan Ibu Bersama Planta!
 Beberapa juadah yang dapat dihasilkan menggunakan produk Planta. Begitu warna-warni penuh keceriaan. Rekabentuk memikat sememangnya menarik minat untuk sesiapa sahaja cuba untuk merasainya!!!

Close up sikit antara hidangan kek dan biskut yang disediakan dengan Planta:-
 Kek Coklat Lava...nyummeh
 Biskut roda warna, semperit pandan dan biskut buah hati...woot woot
Kek Lamington warna...sangat gebusss uollls
 Cupcake Dwi Tone Coklat Pisang
 Kek Peach Lapis...wangi sangat bau dier.....
 tart ya...alwiz be my feveret!

Resepi-resepi kuih dan kek diatas, kita boleh juga pelajari dari Seceria Air Tangan Ibu di segmen Wanita Hari Ini (TV3). Segmen ini akan bermula pada 11 Jun 2014. Yang akan bersiaran selama 7 minggu dan dihoskan sendiri oleh Sharifah Shahirah.
 Dan Sharifah Shahirah tidak keseorangan, di setiap segmen beliau akan dibantu ahli keluarganya. antaranya Ijoy somi yang terchenta...
 Saudaranya...
 Anak-anaknya yang comel..
 Adik beliau Sharifah Sakinh.....mesti gamatkan bila Sakinah bergabung dengan Shahirah..
Ibunda beliau, Ibu Mertua Puan Maria Arshad dan ahli keluarganya yang lain :) :)
 Dan uolls boleh juga menyertai aktiviti amal ini. Dengan membuat sendiri biskut menggunakan Planta dan mengantar biskut yang dibuat samada ke Pasaraya Mydin Atapun Giant bermula dari 16hb - 20hb Julai 2014. Dan pihak Planta akan menyalurkan biskut-biskutt yang didermakan ke rumah-rumah anak yatim terpilih di Malaysia. Orang ramai juga menyertai bengkel bergerak yang dianjurkan Planta di Mydin dan Giant yang terpilih. Dan kalau nak belajar buat biskut menggunakan Planta boleh layari youtube dan buat carian resepiplanta.
Nilah mak Sharifah Shahirah, masih nampak anggun gitew..

Lepas tu kami semua diberi peluang untuk membuat biskut dengan ajaran Cheff Rose Weiss..
 Resepi chef Rose semuanya mudah dan enak!
Tapi untuk hari ni  kita orang belajar buat Biskut Red Velvet..
 120g Planta
10g minyak sapi
100g gula kastor
120g tepung gandun diayak
1 biji kuning telur
50g tepung beras diayak
50g badam dicincang
1 sudu besar serbuk koko
1/2 sudu teh esen vanilla
1/2 sudu besar pewarna merah
30g cip putih
30g cip coklat



 Masukkan Planta..

 Kemudian gula kastor dan minyak sapi
 masukkan telur..
 seterusnya esen vanilla, pukul hingga kembang..
 Masukkan tepung gandum, tepung beras, badam, serbuk koko, coklat cip ptih dan coklat.
 Gaul rata...
 Bentukkan dan boleh taburkan badan atau coklat cip bagi memeriahkan rupa biskut yang dihasilkan..
Kami semua berpeluang membungkus dan menulis kata-kata ucapan buat anak-anak yatim yang bertuah menerima biskut yang kami sediakan...
 Saya bersama Serina yang sempoi!!
Sempat juga berbual sakan dengan Sharifah Shahira..
nanti ye kak, ai datang gerai u kat Ampang, heheheh

So, uolls marilah kita bersama-sama memberi keceriaan pada anak-anak yatim sempena dengan kehadiran Hari Raya tahun ini, berkaloborasi dengan Planta menyediakan biskut buat mereka. Menjadi harapan Planta sendiri untuk menghasilakn 50,000 keping biskut untuk diagihkan. Biarpun keringat kita adalah sedikit sahaja namun ianya mampu membri keceriaan kepada mereka yang memerlukan perhatian.

Air tangan ibu, sampai bila-bila akan melekat di kalbu!

4 comments:

Mama Zharfan said...

cuppies tu sgt menggiurkan

akuzle ayu said...

Hebat! The Cooking House berubah 100%..

eB said...

wahhhhhhhhhhhhhhhhhhhh teruja tau

ps:yunk..... nak no tipon.. eB nak tanya psl kuching. hu3

Baked said...

dua anak dara manis eh? hihihihi. thank u! iza ni dari Bakedkl. hopefully don't mind me sharing this post on our social network sites! thank u.