Thursday, July 31, 2014

Citer Raya 2014

Nak masuk raya ke-4, baru berkesempatan nak hapdet blog...
Dengan BZnya aktiviti bersama famili...
Menguruskan anak setiap hari (pakaian, perancangan ziarah menziarahi dan macam2 lagi)
Memang tak sempat nak buat apa2 biarpun laptop diangkut sekali ke kampung raya kali ini
Tambahan pula, line Celcom, oh mai sangatlah lembab "connection" nyer...
Memang makan hati setiap kali cuba berhubung dengan manusia di alam maya :p

***********************************

Perjalanan ke kampung, sehari sebelum raya...
Hari Ahad pukul 1 pagi...
Itupun bertolak dari TTDI, jumpa my mak dulu... sama itu Mak Chah...
Salam2, pra-raya... My Anaks siap kutip duit raya dari Mak Sha depa
Then baru gerak bertolak...

Masuk kawasan tol Gombak, jalan nak ke Karak...
Keta dah tak banyak...
Tak sebanyak hari Sabtu dan sebelumnya..

Tapi setaip kali sampai kat perhentian makan, memang penuh warga kelate yang nak pulang berhari raya. Ngam2 kul 5 pagi, kitaorang dah sampai kat Gua Musang. Carik restoran kat Pekan Gua Musang. Sebab memang dah agak kat kawasan R&R memang akan penuh orang. Apatah lagi gerai2 makan sekitar Shell kat pekan Gua Musang memang sebahagian dah tutup (kes meletop sebab gas bocor).

Alhamdulillah masakan panas yang diorder memang sedap, dan servisnya jugak pantas.
Yang menariknya, saya perasan semua masjid dan surau dekat area Gua Musang memang full house. Siap bas ekspress pun berhenti kat masjid. Memang nampak meriah sangat, ala2 macam solat terawih jer untuk solat subuh waktu ini.

Lepas solat kami pun bergerak ke Kota Bharu...
Otw... Dekat nak sampai Kuala Krai, jalan makin slow...
Isk jammed pulak, tapi tak lama...
Ghupa-ghupanya ada kemalangan antara keta saga putih dengan kerbau...
Kemek agak teruk keta tu so tak sure bagaimana keadaan pemandu dan penumpang keta.
Dan di atas jalan raya, kerbau yang dilanggar terduduk...
Saya suspek, kaki kerbau itu patah :( so kesian
Malang tidak berbau... macam2 hal di musim perayaan, huhu

Dipendekkan citer..kami sampai di Kelantan dalam pukul 8 pagi...
Sampai2 borak2 kejap ngan nenek atuk my encik somi...
Lepas tu we all sambung tido ngan jayanya...
Keletihan duk dalam keta berjam lamanya...
Malam tu berbuka bersama keluarga Along, keluarga Craft kat umah Tok Nek (nenek dan atuk cik somi) kat Kampung Tiung. Lepas berbuka terus gerak ke Panji umah my PIL pulok...
Cam biasa amalan di pagi raya...
Selain bermaafan sesama manusia di dalam rumah, hahahah...
Pemberiaan duit raya pada adik ipar duai dan anak sedara paling meriah...
Pada yang memberi tu dah boleh berangan kejap cam YB yang memberi sedekah, kih kih
Di Kelantan, biasanya Hari Raya Aidilfitri meriahnya pada hari pertama...
Marathon ke rumah sedara mara dan jiran tertangga...
Dan masuk hari raya kedua, ketiga dan seterusnya...
Bergilir-gilir ke rumah kahwin, kenduri akikah dan segalanya...
Time ni memang meriah kalau dibuat kenduri sebab ramai anak peraantauan yang balik beraya.
So alang2 dah berada di bumi Kelantan...
Terjah sekali kenduri... ya idok?

Dan kemungkinan malam ni atau esok pagi... saya dan famili akan bergerak balik ke ibu kota.
Walaupun cuti sampai Isnin, tapi my somi banyak perancangan perjalanan.
Mungkin akan singgah sana sini untuk bercuti sambil2 merehatkan fikiran dan menghabiskan masa bersama famili yang dicintai---chewahhh :)

No comments: