Sunday, July 20, 2014

Dawn Of The Planet Of The Apes ~ Memang Best!

"Dawn of the Planet of the Apes" adalah sekuel terbaru dari movie series "The Planet of the Apes". Filem ni adalah kesinambungan dari filem2 zaman 1970-an mengenai pertembungan mawas & manusia. Memang one of my fav movies series zaman remaja dulu. Walaupun time tu grafiknya taklah se-best sekarang, apes pun nampak sangat mekapnya... tapi jalan cerita still best! Time tu tengok semua dengan jayanya :) 
Asalnya tak plan pun nak gi layan, sebenarnya dah lupa ada tayangan terbaru filem ni. Sejak duk S.A ni aktiviti berwayang ngan famili pun kureng. Tapi kebetulan terjumpa Pass TGV free untuk 2 persons for anymovie anytime so suruh Anaqi usha cerita. Last2 pergi lima beranak (2 tix free + beli 2 tix kids) sebab Yana nak dok rumah ngan mummy & baby. Layan je kat TGV terdekat di Bukit Raja.
Cerita ni bersambung dari "Rise of the Planet of the Apes" di mana mawas yang di ketuai Ceasar mengasingkan diri dari manusia untuk hidup dalam hutan belantara. Hidup dan membiak dengan aman dalam komuniti yang mereka bina. Zaman tu manusia dah semakin berkurang akibat wabak penyakit & peperangan sesama mereka. Akhirnya konflik timbul selepas 'first contact' dengan manusia berlaku secara kebetulan.
"Apes don't kill apes" itulah prinsip yang diterapkan oleh Ceasar kepada 'rakyatnya'. Tapi bila orang (read: mawas) kanannya sendiri si Koba membelot akibat cemburu dan perasaan benci yang tebal terhadap manusia maka peperangan tidak dapat dielakkan lagi. Pertembungan antara mawas & manusia secara berdepan memang 'real'. Juga perebutan kuasa antara Ceasar & Koba. Siapa yang menang? Tak best la kalau citer semua kan? :P Apa2 pun filem ni memang sangat menarik, dengan jalan cerita & grafik yang sangat bagus. Memang puas hati!
Wokeh, selesai je menonton... my kids terus ajak sambung marathon ngan citer latest "Transformer". Agak2 la, taulah esok tak sekolah tapi hangpa takyah tido meh? :)

Hermit