Monday, July 14, 2014

Fair & Lovely Impian Suria, Keyakinan Diri Menyerlah Impian Menjadi Nyata

Terkini Fair & Lovely telah mencarkan satu produk  Krim Pencerah Fair & Lovely Advanced Multi Vitamin Baharu dengan SPF15 yang menjanjikan perlindungan daripada sinaran cahaya matahari. Mesej Impian Suria ini membolehkan kaum wanita kini dapat tampil lebih yakin apabila melangkah keluar untuk mengejar impian mereka.

Untuk pengetahuan uolls, Krim Pencerah Fair & Lovely Advanced Multi Vitamin Baharu dengan SPF15 diperkaya dengan multi vitamin kompleks yang bukan sahaja melembapkan kulit tetapi turut mencerah, serta mengurangkan kecelaan dan tona kulit tidak sekata. Selain daripada vitamin, krim ini mengandungi SPF15 yang bertindak memastikan kulit anda sentiasa dilindungi daripada pancaran sinar UV yang berbahaya.  Buat pertama kalinya, para pengguna boleh mendapatkan kulit yang cerah bagaikan kita mendapatkan rawatan pakar-pakar kecantikan.. Yang beshnya krim ini menggabungkan vitamin B3, C dan E, krim ini membantu wanita menangani 6 masalah kecerahan wajah:

                     i.            Kecelaan kulit bagaikan rawatan laser
                   ii.            Kulit perang bagaikan rawatan melicinkan kulit 
                     i.            Kulit kusam bagaikan rawatan pengelupasan
                   ii.            Lingkaran bawah mata bagaikan rawatan antioksiden
                  iii.            Pencerahan kulit bagaikan masker bervitamin
                 iv.            Kecerahan dilindungi daripada sinaran matahari

Kali ini jenama Fair n Lovely membawakan 3 anak gadis yang berjaya (gambar di atas) sebagai muka baru mewakili produk pencerahan kulit yang telah dilancarkan. 

(1) Erin Malek, pelakon muda yang juga pemenang Fear Factor Malaysia musim kedua.

“Saya sudah lama mengimpikan untuk mereka dan memiliki jenama fesyen sendiri. Jenama fesyen yang saya impikan berunsurkan pakaian warisan Malaysia dan ingin memasarkannya secara global.   Sepanjang mengembara ke serata negeri di Malaysia, saya banyak mempelajari budaya masyarakat kita dan gaya fesyennya. Saya mendapat ilham sewaktu melawat kedai khas yang menjual pakaian tradisional di Jonker Street di Melaka, dan melihat pelbagai jenis aksessori di Rembau Crystal di Negeri Sembilan. Walaupun berdepan dengan cuaca panas terik, itu bukan penghalang bagi saya. Tambahan pula, sebagai seorang pelakon, tona kulit wajah adalah penting kerana saya perlu tampil berkeyakinan sepanjang masa.  Krim Pencerah Fair & Lovely Advanced Multi Vitamin Baharu dengan SPF15 benar-benar membantu saya mengejar impian dan meningkatkan keyakinan saya. Kini, saya lebih bersemangat dan berazam untuk merealisasikan impian untuk menjadi pereka fesyen pada masa hadapan.”
 
(2) Daiyan Trisha, seorang penulis lagu dan penyanyi yang semakin dikenali, pelakon dan pengguna laman sosial.
“Saya memulakan kerjaya dengan memuat naik video nyanyian saya di YouTube. Lama kelamaan, video-video tersebut mula mendapat perhatian ramai. Walaupun saya suka menyanyi dan membuat persembahan, saya tidak mempunyai keyakinan untuk menyanyi secara spontan dan terbuka di khalayak ramai. Setelah menyertai Impian Suria Fair & Lovely dan mengembara bersama Erin dan Shazleen, barulah saya mempelajari dan memperoleh kekuatan untuk keluar dari zon selesa dan meningkatkan keyakinan diri saya. Sekarang, saya boleh membuat persembahan di mana sahaja, dan pada bila-bila masa” 


(3)  Shazreen Fazlynda yang ingin menjadi seorang pengarah filem .

 “Video-video saya di YouTube sering mengetengahkan mesej daripada isu-isu semasa. Untuk mencapai impian, saya perlu berjumpa dengan ramai orang untuk mengetahui tentang kisah hidup mereka sebagai ilham untuk cerita saya. Saya rasa cukup bertuah kerana dapat mengenali Erin dan Daiyan melalui sesi pengembaraan kami. Mereka mengajar saya erti kekuatan dan membantu saya menjadi lebih yakin dalam pergaulan. Sebelum ini, saya tidak pernah menganggap kepentingan kulit wajah adalah sesuatu yang serius sehinggalah saya menyertai Program Impian Suria Fair & Lovely. Erin turut memberi tunjuk ajar cara-cara menggunakan Krim Pencerah Fair & Lovely Advanced Multi Vitamin Baharu dengan SPF15. Kini, saya tidak perlu risau lagi tentang tona kulit wajah yang tidak sekata kerana saya menggunakan Krim Pencerah Fair & Lovely Advanced Multi Vitamin Baharu dengan SPF15.” 
 Saya sendiri sudah merasai ke"BEST"nya krim pencerah Fair & Lovely ni uollss
Tapi yang lagi beshnya dapat mencuci muka kita menggunakan pencuci Fair & Lovely ...
Bilas bersih...
Pakai krim yang disyorkan...
Dan bersedialah untuk dipotretkan..
Dengan memilih lokasi idaman bersama props menarik yang disediakan :)


 Dan untuk makluman semua ya,  Fair & Lovely juga telah melancarkan program berjudul Impian Suria Fair & Lovely yang akan disiarkan selama 6 minggu di TV3. Program ini memaparkan tentang Krim Pencerah Fair & Lovely Advanced Multi Vitamin Baharu dengan SPF15 yang membantu wanita meningkatkan keyakinan diri dan mengejar impian masing-masing. Program ini mengetengahkan tiga orang personaliti yang ceria dan periang. Mereka adalah Erin Malek, pelakon yang sinarnya semakin meningkat naikDaiyan Trisha, seorang penulis lagu dan penyanyi yang sudah melangkah jauh dan personaliti YouTube serta Shazreen Fazlynda, seorang gadis kreatif yang menulis skrip, berlakon serta menghasilkan filem pendek beliau sendiri.   Program Impian Suria Fair & Lovely ini menceritakan tentang tiga orang gadis berbakat yang mengembara ke enam buah negeri di Malaysia. Program Impian Suria Fair & Lovely akan disiarkan pada setiap Rabu jam 5.00 petang bermula pada 13 Ogos sehingga 17 September 2014 di TV3.

Keterangan lanjut mengenai Fair & lovely boleh layari https://www.facebook.com/fairandlovelymalaysia

No comments: