Wednesday, July 2, 2014

Phillips dan Disney Bersama Merealisasikan Lampu Imaginasi Kanak-Kanak ~ Cantek Uollls!

First time saya terjah Hamleys ni...
Kat One Utama, besar juga gedung permainan kanak-kanak ini...
Macam-macam ada di dalamnya :)
 
Kami ke sini bersempena dengan pelancaran "Phillips and Disney Lighting".
Ianya merupakan inovasi lampu terkini dari Phillips berkolaborasi bersama pihak Disney.

Yesza Disney !!!
Kanak-kanak pasti tahu tentang karakter yang pernah ditonjolkan dalam rancangan keluaran Disney... Antaranya seperti:
 Mickey Mouse yang super cute
 Mc Queen!!!
 Princess - Aurora, Cinderella etc.
 Mickey again!!!
 Winnie the Pooh
 
LivingColors Cars
Mike dari Monsters Inc.
Minnie Mouse yang super cute!!
Pooh :)

Untuk torch light Pooh dan seumpamanya harga adalah RM69, manakala Disney SoftPals macam gambar Minnie Mouse diatas berharga RM189.00
Sepertimana yang kita ketahui pencahayaan sangat memainkan peranan penting dalam emosi seseorang, pencahayaan yang betul sangat membantu dalam kehidupan manusia tidak kira yang muda ataupun golongan dewasa. Bila kita tidur bersama sokongan lampu dengan pencahayaan waktu tidur yang sesuai, pasti kita bangkit keesokkannya dengan lebih ceria dan bersiap-sedia dengan semangat untuk menyelesaikan segala tugasan harian yang perlu dilaksanakan. Berbanding jika kita kurang tidur akan membuatkan mood dalam diri tidak baik sekaligus mengganggu rutin kerja pada hari tersebut.

Yang beshnya tentang produk Phillips Disney kali ini ialah ianya "portable" boleh dialihkan ke mana sahaja yang dikehendaki setelah baterinya sudah penuh"dicajkan".
Setiap kali anak-anak tidur di waktu malam, ibu bapa akan memastikan anak-anak mereka tidur dengan lebih selesa dan tenang. Dan adakalanya ibu-bapa juga akan membacakan buku cerita, bercerita dengan anak-anak mereka. Atas ini Phillips dan Disney memberi inspirasi kepada ibu-bapa dalam mewujudkan momen bersama Disney karakter.
Produk ini mesra pengguna, ianya menggunakan "Smart Phillips LED bulbs" yang mana direkabentuk untuk lebih tahan lama dan sentiasa berada dalam keadaan "tidak panas", jadi ianya sesuai untuk kanak-kanak (jika tersentuh, tidak akan menghadapi apa-apa masalah). Lampu ini juga tidak menggunakan bahan keras dan tajam, ternyata ianya tidak merbahaya buat kanak-kanak.
***************************
So, berbalik pada hari kejadian...
Pihak Phillips telah menjemput beberapa kanak-kanak untuk menyertai sama.
Anak-anak ini menguji sendiri tentang keseronokan memiliki lampu Phillips ini.
Dengan rekaan pelbagai karektor Disney popular yang memikat jiwa, lembut seperti anak patung benar-benar menarik perhatian si kecil yang ceria.
Pelbagai aktiviti telah disediakan oleh pihak penaja. Antaranya "Siapa Yang Paling Cepat MenCajkan Lampu Phillips Karakter Disney". Ada juga ibu-bapa yang bersungguh-sungguh  bermain bersama anak-anak mereka. Hehehe.
See tempat caj pun diperbuat daripada plastik. Memang selamat digunakan. Hanya letak dan tekan butang didepannya :)
Setelah siap caj peserta cilik ini harus membawa lampu ini ke garisan penamat!
Dan tak sangka my Amani adalah seorang pemenang utama untuk kategori 4-6 tahun, clap clap...
Bersama pemenang dari kategori lain :)

Hepi betul my Amani, die menang Disney SoftPals Sully RM189.00 :)

Ok uollls, keterangan lanjut boleh layari..
Philips Lighting Facebook Page, www.facebook.com/PhilipsLightingMalaysia.  

Oh ya nak habaq mai... 
Nak menang lampu ini...
Uolls boleh join tau... Klik jer
Bagi pengguna PC http://bit.ly/FBPPFC
On mobile, klik sini http://bit.ly/PillowFortress


4 comments:

Mama Zharfan said...

Cute lampu tu.congrats amani!!

Wansteddy Tales said...

comel2 lampunya :D

Nadya Bubble said...

Cutenyaaaaaaaa!
Nak juga hehe.


**SALE SEHINGGA 4 JULAI 2014!!!
http://nadyabubble.blogspot.com/2014/06/sale-jualan-penghabisan-stok.html

Sherry said...

she is so cute :D

http://sherryshopping.blogspot.com