Thursday, July 24, 2014

Sindrom RAYA Somi-Isteri, Berkemampuan Membeli..

Hot kot berita ni...
Ai dapat lihat betapa amarahnya seorang isteri yang tidak memiliki baju raya..
Gara-gara si somi tak belikan baju raya,,

Dari sudut yang lain, 
Ai dapat rasakan pompuan ni betul2 berani dan garang...
Semata-mata material dunia jer kot...
Bukan sahaja berleteq tapi laki die kena hempuk jugak...

Ok itu sumber dari koran...
Tak tahu adakah ianya benar sahih ataupun idak?

Cuma saya memikirkan isu disini, ianya adalah berpunca dari baju raya..
Penting sangat ke kena ada baju raya?
Kalau takde baju raya baru, tak nama RAYA ke juga kalau kita masih ada persalinan baju?
Biarpunlah persalinan tu yang lama tapi masih boleh dipakai lagi :)
Itu persoalannya..

Memang tak nafikan setiap kali nak masuk Ranadhan...even sebelum bulan Ramadhan..
Kita golongan pompuan ni dah berkira kaler apa, berapa pasang baju nak?
Jangan tak tahu ada segelingtir lelaki pun macam tu...
Dak sibuk vote ngan bini, nak pilih tema kaler apa tahun ini..

Itu belum kira persalinan untuk rumah..
Seperti langsir, set sofa segala bagai..

Raya dengan kehadiran Syawal memang keraian yang disambut oleh semua masyarakat muslim..
Berbaju baru itu adalah pilihan..
Menyediakan biskut pelbagai itu juga pilihan..
Bertukar wajah umah juga pilihan...
Berhias cantik dengan memakai barangan kemas baru juga pilihan...
Janji kita berkemampuan...
Tiada halangan membeli, dan kalau boleh biarlah jangan berhutang...
dan kiranya ada lebihan duit nak beraya sakan apa salahnya...
Kurang duit, bersederhana adalah baiknya..

Yang penting terutamanya..
Bila pompuan tu ada suami..
Dan lelaki itu dah punyai rusuk kiri...
Kena saling bertoleransi...
Nak beli apa...Nak berbelanja apa..
Tak perlu berbalah perkara2 dunia...


Meh kita saling ingat mengingati..
Moga kita dapat raikan kehadiran Syawal tahun ini dengan penuh keharmonian dan penuh bermakna..

Salam kosong-kosong,

4 comments:

Mar Mansor said...

hukaloh...ada juga orang macam ni..

Norliza Romizi said...

alahai isteri...ganas tui!

Mama Zharfan said...

Laki tu memang tak de duit kot..simpati dgn nasib mlg pompuan tu

CikLily Putih said...

giler lah.. takut plak bile baca la