Thursday, August 14, 2014

Berkongsi Kegirangan Alam Keibuan Bersama Tollyjoy

Berpeluang menjadi ibu merupakan antara pengalaman yang paling indah bagi semua wanita. Melahirkan, menjaga dan membesarkan anak di depan mata antara momen yang memang akan terpahat selamanya ~ Perjalanan Menjadi Seorang Ibu  :)
Dan bersempena dengan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia, saya telah dijemput untuk menyertai kelas sokongan penyusuan yang dianjurkan secara bersama Pusat Perubatan Tropicana dan Tollyjoy (jenama barangan bayi yang sentiasa menjadi pilihan ibubapa).
Antara yang menarik minat saya dalam topik perbincangan mengenai penyusuan yang dianjurkan ialah mengenai pengalaman peribadi penyusuan ibu dan menyentuh juga tentang ilmu kesihatan. Ini terutamanya apabila kita fokus kepada kelebihan susu ibu berbanding dengan susu formula. Bukan sahaja berkongsi tentang khasiat nutrisi asas yang diperlukan oleh bayi bahkan ianya juga mencakupi ikatan emosi yang akan terbina antara ibu dan anak. Gitu :)
Dan tidak nafikan juga para ibu perlu tahu teknik penyusuan. Ini bagi memastikan ibu dan anak sentiasa berada dalam keadaan selesa ketika penyusuan. Dan paling penting penyusuan eksklusif memerlukan sokongan yang kuat terutama dari suami :)
Dan Tollyjoy sendiri antara jenama yang menyokong penyusuan ibu secara eksklusif. Sesi pengenalan mengenai barangan penyusuan Tollyjoy disampaikan oleh Irene Yeo (Pengurus Jualan dan Pemasaran).
Antaranya "Manual Breast Pump with feeding bottle set", "Tollyjoy Battery Operated Breast Pump" dan "Disposable and Washable Nursing Pads".


Dan yang paling berminat dan teringin memliki "LCD Baby Food & Bottle Warmer". Bestnya, senang nak panaskan susu... dan "cooler bag", beg penyimpanan susu yang boleh ke sana sini bagi.
Selain daripada sokongan dari peralatan dan emosi, sokongan dari pemakanan yang sihat juga membantu menghasilkan susu badan dengan banyak dan berkhasiat.
Dan saya sempat pelajari cara membuat "Dry Longan Soup" dan "Papaya Fish Soup". Cer boleh bayangkan tak bila hidupan lautan dimasak bersama buahan. Tapi sedap uools... siyes nanti sya kongsikan resepi :)
Percayalah... demi si kecil buah hati. Yang terbaik saja buat mereka...
Menyusu sendiri bukan sahaja memberikan nutrisi yang terbaik bahkan dari sudut emosi "kita begitu dekat di hati mereka" :)
Dapat ilmu dapat cenderahati,
Semuanya buatmu Ameer Syahmi...

**********************************************
Mengenai Tollyjoy
Ditubuhkan pada tahun 1971 di Singapura, Tollyjoy Corporation adalah sebuah syarikat utama yang terlibat dalam pembuatan dan pemasaran Produk Penjagaan Bayi dan Penjagaan Ibu di bawah jenama Tollyjoy dan Little Precious. Selaras dengan slogan Tollyjoy iaitu 'untuk bayi yang anda sayangi’, Tollyjoy  komited untuk menetapkan matlamat yang tinggi dalam industri mengenai keselamatan, ketahanan dan kebolehpercayaan produk mereka. Produk Tollyjoy boleh didapati di Aeon dan Aeon Big di seluruh negara, cawangan Tesco yang terpilih, lokasi terpilih di The Store dan cawangan Pasifik Kumpulan The Store, Pasar Raya Billion dan di pelbagai lokasi lain di seluruh negara.

2 comments:

Sherry said...

breastfeeding is best, is free and nutrition for baby :D best of all no need bring milk powder, tumblers etc for making milk.

www.mymomsbest.us

Mama Zharfan said...

murah rezeki ameer ;)