Monday, August 25, 2014

Mom's Time Out :)



Ok. uollls ai kasi teaser citer terbaru dari LIFETIME. Yang mana LIFETIME akan menayangkan siri realiti keluarga baharu Mom’s Time Out buat pertama kalinya pada 28 Ogos, yang menampilkan keluarga dari Singapura, Malaysia dan Filipina apabila mereka menjalani eksperimen sosial dengan menukar peranan mereka di rumah.    Tiga orang ibu tersebut pergi bercuti selama 5 hari ke Vietnam bersama-sama, meninggalkan si bapa menguruskan anak-anak dan rumah tangga. Akan ditayangkan pada setiap hari Khamis jam 9 malam selama setengah jam, siri lima episod ini memaparkan peristiwa yang menarik dan kadangkala lucu apabila si bapa yang tidak biasa menjaga anak dan menguruskan rumah tangga terpaksa memikul tanggungjawab tersebut.  

Yesza....


Mom’s Time Out menggalakkan tema kekeluargaan, iaitu fokus utama dalam budaya Asia, dan  telah menarik perhatian jenama-jenama seperti Angsana Lăng Cô, Central VietnamKidZania Kuala Lumpur, SANRIO HELLO KITTY TOWN dan The Little Big Club untuk menjadi sebahagian daripada siri ini.

Themed Attractions and Resorts, yang mengendalikan taman tema terkenal KidZania Kuala Lumpur, SANRIO HELLO KITTY TOWN, dan The Little Big Club, berbangga menyediakan destinasi pendidikan dan rekreasi untuk keluarga siri Mom’s Time Out. “Destinasi yang menawarkan sesuatu yang relevan dan berguna kepada ibu bapa dan anak-anak sememangnya mengeratkan talian kekeluargaan. Taman-taman tema kami berbuat demikian dengan membolehkan ahli keluarga meluangkan masa berkualiti untuk bermain bersama,” kata Philip Whittaker, Ketua Pegawai Pemasaran, Themed Attractions and Resorts.


“Kami ingin menerokai idea bahawa menjadi seorang ibu adalah soal sikap dan bukannya sekadar hubungan biologi, jadi kami mengujinya ke atas tiga orang bapa dari Malaysia, Singapura dan Filipina. Ia merupakan tema yang menyeronokkan dan menarik untuk kami jadikan sebagai penerbitan asli pertama kami untuk LIFETIME,” kata Chris Humphrey, Pengarah, Penerbitan A+E Networks Asia.


Mom’s Time Out akan membawakan kepada penonton pengalaman skrin kedua interaktif menerusi perbincangan mingguan. Penonton boleh memuat turun aplikasi ScanAd pada peranti Apple dan Android mereka dan menyertai perbincangan keibubapaan yang memperkatakan pelbagai topik dari menguruskan tabiat sosial anak hingga mengendalikan anak yang mengamuk.


“Kami berbesar hati menjadi tuan rumah kepada ibu-ibu dalam siri Mom’s Time Out yang selama ini telah bekerja keras menguruskan rumah tangga. Dengan pemandangan indah Laut Timur dan gunung-ganang yang memukau, resort percutian tropika Angsana Lăng Cô yang anggun, kontemporari dan penuh keseronokan menawarkan pelbagai pilihan aktiviti dan  bersantai. Kami yakin bahawa ibu-ibu ini akan menghargai waktu percutian mereka di Angsana Lăng Cô dan benar-benar seronok menerokai Vietnam Tengah,” kata Jacqueline Kennedy, Pengarah Kawasan bahagian Jualan dan Pemasaran bagi Angsana Lăng Cô, Central Vietnam.

Saya kongsikan beberapa foto menarik dari Mom's Time Out untuk uolls cikedaut hokeh!


Keluarga Bailey

Keluarga Jasons

Keluarga Pang

Beberapa momen menarik bila bapa menguruskan anak sendirian, melakukan kerja-kerja yang dibiasanya dilakukan oleh seorang ibu.. Memang funneh uolls.....




Pilih baju anak-anak

Shopping barang dapur :)


Menghantar anak berjumpa doktor..

Ni baru sikit jer uolls,,,nak tahu lagi pengalaman 3 bapa bertuah ni uolls kena tengoklah 
Bermula 28 Ogos 2014
Selasa 9 malam
Di saluran LIFETIME


Dan kalau nak join contest uols kenalah  download  aplikasi pScanAd app ke Apple & Android gadget seterusnya boleh menyertai perbicangan mengenai isu keibubapaan dan kekeluargaan dan uolls juga berpeluang memenangi percutian 3D2N di Angsana Lang Co, Central Vietnam. Contohnya kongsi macamana nak uruskan anak yang makan memilih (picky eaters), anak yang tidak mahu dengar kata dan lain-lain :)

Ikuti pengembaraan keluarga yang lucu ini dalam Mom’s Time Out pada bulan Ogos ini di saluran LIFETIME. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.lifetimeasia.com/MomsTimeOut.


#MomsTimeOut


LIFETIME™ ditayangkan di Astro Saluran 709, Pek Variasi.

oitss ai wish boleh joinkan diri, cer bayangkan bila laki ai menguruskan anak 6 orang sendiri..dan ai pergi bercuti senang hati selama 5 hari.......wahhhhhhhhhhhhhh 

1 comment:

Mama Zharfan said...

Beshnya hadiah tu..tp 1 winner ajer ker..aisehhh