Sunday, August 3, 2014

Proton Exora Bold - Tukar Tayar

Haritu masa kat KB singgah di kedai tayar... Kedai pun baru je start buka pada raya ke-4 :)
Tujuannya... nak tukar 2 tayar depan Exora ni, yang belakang still elok...
Hambik... botak licin! Keta ni sy kurang guna so tak perasan, my Bedah yg selalu guna tapi dia mana ambil pusing. Janji tekan pedal, keta jalan, everything good to her! Sebenarnya dah perasan masa check nak balik kampung aritu, tapi disebabkan bz menyetel kerja tak sempat langsung ke kedai tayar. So decide pelan2 redah je bawak balik...
Bad idea... really! Sebelum tu, masa Raya ke-2 time tengah  lepak depan rumah, dok tengok2 tayar rasa tak sedap hati. So decide tukar 1 yg paling teruk ngan tayar spare, dah buka baru perasan tayar sebelah dalam dah teruk sangat sampai dawai besi pun dah nampak. Dua2 tayar depan lak tu! Cam ni kira anytime boleh meletup... Fuhh... Nasib baik masa drive balik kampung aritu semua ok...
See... the mandur siap silang tangan tengok org bekerja.. kohkohkoh
Wokeh, nak citer sket masa tukar tayar spare aritu. 1st time tukar tayar Exora, berpeluh weh! Tayar spare duk kat bawah tapi kena buka dulu bolt dari atas. See pix, buka penutup tu bolehle nampak bolt-nya... 
Ni pix tayar dari bawah kereta. Dah kasi longgar bolt-nya, bracket besi tu akan turun so bolehla tarik keluar tayar... 
Ni penyangkuk yang pegang tayar tu... so menyusahkan yang amat. Memang terkial2 & berpeluh gak me & my lil bro tukar tayar. Ni org laki, kalau pompuan? Just forget about it la... better tahan orang minta tolong tukarkan je...
See... new tyres, saya tukar guna Falken 205/ 55 R16 atas rekomen tokeh kedai (was asking for Continental or Good Year). Original tyres from Proton are GT Radial... GT stand for Gajah Tunggal ye bukannya Gran Turismo... tayar indon, lame kan? Kohkohkoh... Anyway, memang niat tunggu tayar ori haus je nak tukar tayar brand lain... tayar ori cam tak best & bising sket... Habis RM500+ untuk 2 tayar plus balancing & alignment. Ok ler bukannya mahal... :)


Hermit

4 comments:

Ezna said...

tayar mahal tapi penting kena tukar bila haus :-)

Hermit said...

betul tu.. xleh berkira sgt... tayar sgt penting... aircond kong takpe, tayar? bahaya...

Ridzuwan Ayeop said...

Nak cari tayar? Cuba website http://mytayar.com

Ada 20 kedai di kawasan Lembah Klang yang feed harga kat website. Harga yang dipaparkan dah masuk balancing dan valve. Free alignment kalau beli 4 tayar.

Confirm tak kena tipu dengan kedai sebab semua terms + conditions dah dijelaskan di website.

Anda hanya perlu masukkan spec tayar terus ke website. Website akan menunjukkan info mengenai offer dari Network Workshops kami. Anda boleh pilih apa yang penting untuk anda samada harga, lokasi, jenama atau model tayar.

Website akan pantau kedai supaya mereka tak menipu customer website. Anda hanya perlu bayar 5% deposit online. Lepas tu website akan hantar email info mana nak pergi. Balance 95% bayar terus kat kedai.

Nak cari bateri dan package service kereta pun ada...

azlan said...

Web site tu bagus gak.. Tp x da stok la utk tayar exora