Sentap : Menggalas Tanggungjawab Besar

Saya memang cukup sensitif...
Bila membaca dan berbicara tentang kesusahan serta penderitaan kanak-kanak..
Kalau membaca berita di Gaza, hati saya lebih tersiat-siat melihat wajah anak yang menderita berbanding dengan rupa bangunan yang runtuh melata.
Begitu juga gambaran anak yang didera, sakit dan sebagainya yang begitu mendapat perhatian di paparan media sosial memang akan membuatkan jiwa saya terusik..
Sebab ianya kanak-kanak..
Pemilik jiwa yang halus, baru sahaja menikmati kehidupan di bumi..
Telah diuji dalam pelbagai segi..

Semalam di koran Metro telah dipaparkan kisah budak lelaki yang seusia 12 tahun keluar mencari rezeki.
Kedaifan keluarganya, kesusahan setelah kehilangan orang yang mencari rezeki, secara tidak langsung meragut kehidupannya yang sepatutnya dilalui sebagai seorang kanak-kanak.
Seusianya berbanding dengan anak saya ternyata cara kehidupan berbeza.
Ini membuatkan air mata saya menitis beberapa kali..
Seusia 12 tahun sudah tahu untuk memikul tanggungjawab.
Seusia 12 tahun sudah mahu menggalas tanggungawab.
Beruntung pada ibu yang melahirkan dan memiliki anak sebegini..

Saya tak nafikan saya juga pernah bertemu dengan pelajar saya yang hidupnya sesudah budak yang diceritakan dalam koran. Saya pernah share di sini satu masa dulu (kisah lain). Sebagai seorang pendidik yang tugasnya bukan sahaja mengajar kadang-kadang terbabit jug adengan permasalahan pelajar.

Saya masih ingat lagi. Saya dipanggil pengetua kolej atas satu urusan untuk monitor seorang pelajar perempuan yang kerap tidak datang kelas tapi sentiasa mencapai keputusan yang cemerlang. Sebab dulu portfolio saya hanya pada isu "disiplin", tapi kali ini lebih kepada "kebajikan" pula. Setiap kali saya melawat pelajar di bilik dia jarang berada di bilik. Samada beliau sibuk berniaga (buka booth merata-rata) ataupun berada di surau. Saya masih ingat lagi, di meja dan papan sebelah katil penuh dengan nota dan gambar adik-beradik serta ibu bapanya. Dan kerap jugalah saya mencarinya memandangkan beliau sering tidak menghadirkan diri ke kelas.

Saya menelefon salah seorang pensyarah yang mengajar beliau. Dan daripada komen yang mengajar walaupun pelajar itu sering ponteng kelas, setiap latihan dari tutorial tak pernah beliau gagal untuk siapkan dan hantar. Pelajar ini juga rajin datang ke bilik pensyarah ini untuk bertanya sebarang soalan mengenai subjek yang tidak paham.

Fine, pada fikiran saya ini tentunya bukan masalah disiplin tapi lebih kepada kebajikan. Sebab walaupun kerap ponteng kelas tanggungjawab sebagai pelajar tidak pernah beliau lupakan.

Saya panggil pelajar ini ke bilik, beliau tidak datang. So, saya cari kawan sekolah beliau. Hasil soal selidik baru saya tahu sedikit sebanyak tentang pelajar ini.

Beliau mempnyai 8 adik-beradik dan beliau anak kedua. Biarpun anak kedua dan seorang perempuan beliau terpaksa menjalankan tanggungjawab seperti abangnya yang pertama. Ini kerana abangnya seorang OKU, kataya ada masalah dengan saraf. Arwah ayahnya seorang penoreh dan memiliki kebun getah (tapi telah dikuasai adik-beradik yang lain). Tinggallah ibunya yang menjual nasi lemak setiap pagi sambil ambil upah menoreh sekali-sekala.

Menurut kawan sekolah pelajar ini lagi. Setiap hari pelajar ini akan bawa nasi lemak satu bakul ke sekolah. "Cer madam bayangkan, orang lain bawa beg jer, die ni siap bawak bakul pergi sekolah. Jalan kaki madam bukan dekan berkilo-kilo meter juga. Siap kena pimpin 4 lagi adik yang kecil yang bersekolah bersebelahan dengan sekolah kami.."

Saya siap tanya, "Sedap tak nasi lemak yang dijual".."Sedaaaaaaaaaap madam" balas kawan pelajar tersebut. Saya senyum :)

Tapi sebab sambutan menggalakkan dapat perhatian guru besar sekolah. So, guru besar warning kat pelajar ni..tak boleh dah bawa nasi dan berniaga kat sekolah. Lagipun mak cik kantin ada komplen pasal pasal penjualan nasi lemak ni.

Halangan dari guru besar tidak mematahkan semangat pelajar perempuan ni. Kali ni die berniaga depan sekolah sebelum waktu sekolah bermula. Uolls. bayangkan die menjaja dengan pakaian sekolah sebelum loceng berbunyi.

Kata kawan pelajar ni lagi, kalau nasi lemak die tak laku untuk hari tu, die akan susah hati sebab mengenangkan setiap sen yang dia dapatkan untuk hari ini adalah untuk perbelanjaan adik-beradiknya esok hari. Sedeykan...

Kata kawan sekolah pelajar tu "Madam, die ni memang dah dari kecik merasa apa itu makna tanggungjawab. Even sekarangpun setiap kali die makan, die solat dan setiap kali die ada duit samada dari berniaga atau dari pinjaman pelajaran. Memang die akan titipkan ke kampung. Almost everday die makan mee segera takpun roti dengan kaya"...Hmmm saya ada tanya kenapa die tak apply zakat ke apa? Die layak untuk memohonkan...

Jawab kawan pelajar tu "ntahlah madam, jenis hati keras kot. Maybe dulu masa kecik dowang pernah dimalukan oleh keluarga sebab suka meminta. Jadi sekarang macam dah kebal hati tak nak mintak-mintak".

Lama juga saya berborak dengan kawan sekolah pelajar tersebut. So, satu hari saya berpeluang jumpa pelajar ini sendiri..2 soalan pertama saya tanya pada pelajar ni..

Saya: "Kenapa selalu tak datang kelas ya?"
P: "Saya kadang-kadang balik negeri sembilan, teman adik buat check-up. Adik saya ada masalah sikit dengan jantung"..

Saya: "Kalau awak ada masalah, awak boleh cari saya atau fellow, atau pensyarah awakkan"
P: "Takpe saya boleh atasi masalah saya..lagipun tak semua orang paham saya"..

Saya berborak panjang dengan pelajar tersebut. Tapi banyak yang saya belajar dari kehidupan beliau. Membuat kadang-kadang saya selalu berfikir betapa beruntungnya anak-anak yang lahir dalam keadaan keluarga yang mempu memberikan mereka kehidupan sempurna.

Yang pastinya, pelajar ini sedikitpun tidak pernah mengeluh atas kesusahan atau keperitan yang terpaksa dilalui dari zaman kecilnya. Bayangkan seawal usia 6 tahun, sudah tahu membungkus nasi lemak. Sudah mula berjaga 4 pagi membantu ibu. Sudah pandai menjaga ibu ketika dalam berpantang. Sudah tahu menguruskan adik-adik. Dan beliau tidak pernah berpeluang bermain dengan rakan seusia, hanya mampu melihat dari jauhnya. Ini kerana jauh disudut hatinya sendiri, beliau dari kecil sudah dilahrkan sebagai seorang KAKAK yang perlu bertanggungjawab ke atas keluarganya yang terchenta.

**********
Dan saya dan somi sentiasa mahu menerapkan budaya rasa bertanggungjawab dalam jiwa anak-anak.
Dalam segenap perkara yang dilakukan, perlu ada rasa bertanggungjawab. Tidak kira rasa tanggungjawab pada diri,adik-beradik, ibu-bapa dan sekeliling. Dan sebenar-benarnya tanggungjawab pada agama paling penting :) disusuli keluarga dan negara.

hmmm...
Biar kita miskin harta..
Janji kita kaya dengan budi bahasa..
Biar ada rasa tanggungjawab didada..
Nescaya akan harungi hidup dengan manfaat selagi daya...

Sentap : Menggalas Tanggungjawab Besar Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on August 28, 2014 Rating: 5

3 comments:

  1. didikan awal anak2 tu penting..sbb tu ada pepatah melentur bulun biarlah dari rebungnya..kalau dah jadi buluh mmg payah nak dilentur...

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.