Monday, September 8, 2014

"Adakah Kita Benar-benar Memahami dan Menjaga Kulit Bayi Dengan Betul?" Jangan Garu Kepala Sila Baca Ya!

Johnson’s® Baby dengan kerjasama Doktorbudak, menjalinkan satu usahasama dalam talian secara sukarela yang pertama dan terbesar di kalangan pakar kesihatan kanak-kanak. Web talian ini sangat membantu ibu bapa dalam menyelesaikan beberapa masalah mengenai kanak-kanak melalui menjawab soalan tentang kesihatan kanak-kanak, menganjurkan bengkel interaktif untuk berkongsi petua-petua praktikal serta nasihat pakar dengan ibu-ibu tentang bagaimana menjaga kulit bayi yang halus dan lembut.
Dan kali ini usahasama dieruskan dengan menganjurkan bengkel di siri jelajah Urban Mom 2014, dengan tajuk perbincangan “Are you Caring for his Skin the Right Way?” bersama dua orang pakar pediatrik,  iaitu Dr Aileen Wee dan Dr Yap Hsiao Ling, yang memberikan pengalaman interaktif sebenar kepada ibu-ibu mengenai perkembangan dan penjagaan kulit bayi yang sihat dan bersesuaian dengan usia mereka. Bengkel ini diakhiri dengan demonstrasi urutan bayi ya uolls. Turut hadir pada bengkel tersebut ialah duta jenama Johnson’s® Baby, Dynas Mokhtar, yang turut berkongsi pengetahuan dan pengalamannya sendiri tentang kesihatan kulit bayi.
 
See my Ameer yang sangat baik moodnya sepanjang bengkel berlangsung...
Tido- bangun - sengeh - tido -urut - sengeh- sengeh :)
Ai nak share ngan uolls semua sedikit info mengapa kita perlu memahami dan menjaga kulit bayi kita dengan betul. Begitu juga dengan petua yang patut diamalkan.

Penting ni ya... Sila baca jangan malas, hahaha...
Memahami dan Menjaga Kulit Bayi dengan Cara yang Betul:
  •      Kulit bayi adalah 30% lebih nipis daripada kulit orang dewasa, dan kehilangan air lebih cepat dalam 12 bulan pertama kehidupannya.
  •       Produk penjagaan kulit khusus untuk bayi yang betul amatlah penting pada bulan pertama kehidupan bayi kerana kulit bayi lebih mudah mengalami kekeringan, kerengsaan dan jangkitan dalam tempoh ini.
  •      Walaupun penting untuk tidak menggunakan sabun yang kuat kerana ia boleh merosakkan lapisan pelindung kulit bayi, menggunakan air sahaja tidak memadai. Berdasarkan penyelidikan oleh Johnson’s® Baby, bayi yang dibersihkan menggunakan Johnson’s® Baby Top to Toe Wash tidak menunjukkan sebarang perbezaan dalam beberapa penunjuk utama apabila dibandingkan dengan bayi yang dibersihkan menggunakan air sahaja. Ini menunjukkan bahawa Johnson’s® Baby Top to Toe Wash lembut pada kulit seperti air.
  •      Adalah penting untuk membersihkan muka, leher, tangan dan punggung bayi anda dengan teliti setiap hari.
  •    Lebih penting lagi untuk mengkaji semula produk dari perspektif kelembutan dan keselamatannya dan juga bukti saintifik daripada semata-mata bergantung pada label yang mengatakan ia ‘semula jadi’ atau ‘organik’. see.. see, I told u...
  •       Memilih pembersih yang tepat untuk bayi anda, terutama dalam beberapa bulan pertama selepas kelahiran, dapat membantu menghalang kerosakan kulit yang sukar dipulihkan seperti kemerahan dan kegatalan, kekeringan, mengelupas dan kasar serta rasa tegang selepas mencuci. 
  • Tidur yang nyenyak pada waktu malam memberi perbezaan yang besar dalam pembawaan bayi apabila dia bangun! Inilah sebabnya mengapa rangkaian produk Johnson’s® Baby Bedtime dihasilkan, dengan rumusan unik untuk membantu merelakskan bayi, dengan itu memudahkan mereka tidur nyenyak pada waktu malam. Harumannya yang unik dan bahan-bahan yang lembut daripada pati Natural Calm™, yang terdapat dalam seluruh rangkaian produk yang terdiri daripada mandian, losyen, minyak dan bedak.  

Beberapa Petua Penting mengenai Penjagaan Kulit Bayi:
  •     Pertama sekali, pilih produk penjagaan kulit yang betul yang dirumus khas sebagai selamat dan lembut untuk bayi.
  •     Selepas mandi, sapukan losyen atau minyak urut pada kulit bayi untuk mengekalkan lembapan di dalam kulit bayi.
  • ·   Adalah penting untuk sentiasa berwaspada dengan sebarang petanda kerengsaan kulit, terutama pada lipatan kulit seperti leher, bahagian dalam siku dan di belakang lutut di mana kotoran, peluh atau lembapan berlebihan boleh terperangkap. Sebarang ruam hendaklah segera dirawat untuk mengelakkannya daripada menjadi bertambah teruk.  
  • ·    Ibu-ibu juga boleh menolong mengurangkan pendedahan bayi kepada perengsa dengan mencuci pakaian dan peralatan tempat tidur baru sebelum digunakan, menggunakan penghalau dan jaring nyamuk untuk mengelakkan gigitan serangga, dan menjauhkan bayi daripada matahari bilamana mungkin.


Sebagai ibu, biarpun sudah mempunyai 6 orang anak. Mencedok ilmu mengenai dunia keibubapaan sentiasa mengujakan saya. Biarpun ilmu itu baru ataupun saya tidak tahu, dengan menghadiri bengkel seperti ini mampu menambahkan ilmu serta mengingatkan saya tentang perkara berkenaan anak-anak yang telah lupa.

Paling besh, bila ada sesi praktikal yang membolehkan saya belajar dan mempraktikkan ilmu itu kepada anak-anak saya :)
Kali ni saya belajar cara urutan bagi membolehkan anak saya tidur lebih selesa...
See model in da' house...
Bam bam sangat... heheheh
Sesi bersama Johnson’s® Baby  bersama Moms Blogger :)
Seronok bila dapat gather2 ngan blogger taraf mak-mak ni...
Hehehehe, ala-ala reunioin ya jugak...
Hi Huda, Hi Liyana, Hi Nanie, Hi Jane dan semua!!!

OK, since di hari kejadian saya sibuk mendengar dan belajar dari Pakar Pediatrik Dr. Yap, takdelah gambar masa praktikal masa mengurut. Tapi balik umah saya terus mengaplikasinya menggunakan model comey sejak azali (hahahah)- Ameer Dhahmi (ececece).

Ianya lagi best kalau kita guna minyak dari produk Johnson’s® Baby, sebab ianya ternyata selamat dan wangi baunya (tanpa bahan kimia).
#JBstoriesinabottle

Psst:
Gambar model tak berbayar: Ameer Shahmi
Lokasi: Atas tilam lembek Ameer, rumah puan blog
Poster langkah urutan dari Mr Goggle!
Model telah bersedia untuk diurut ya...
Bukan main feel lagi!

Proses urutan boleh baca dan melihat gambar yang dilampirkan ya!


See my Ameer... Cerah biji mata...

Selain dari membantu menghaluskan kulit, semasa proses mengurut digalakkan ibu-bapa berbual dengan anak-anak. Secara tidak langsung kita akan seronok apabila bayi memberi respon dengan menggunakan bahasa mereka, berbalas senyuman sesama dan pelbagai reaksi yang akan diberikan. It's bonding time uolls. :)
Tengok bam bam ni, rasa nak geget jaa...
Pose manjer sikitlah selesai mengurut, ahahahahah

Menjaga keperluan unik kulit bayi antara sebabnya mengapa produk Johnson’s® Baby diuji secara klinikal sebagai selamat, lembut dan berkesan, justeru memastikan setiap produk menepati piawaian “Best for Baby™ Standard”:-

·    Selamat, kerana semua bahan mempunyai tujuannya dan disokong oleh bukti saintifik, diuji dengan piawaian ketat yang menepati atau melebihi tahap keselamatan yang diterima.

·    Lembut, Johnson’s® Baby melakukan ujian berulang kali ke atas produk pembersih dengan bantuan pakar bebas untuk menilai potensi produk – daripada agen pembersih hinggalah kepada wangian malah buihnya juga – demi memastikan produk tersebut tidak menyebabkan kemerahan, rasa pedih dan kerengsaan pada kulit, rambut dan mata bayi.

·   Berkesan, dengan manfaat dan keberkesanan terbukti untuk menghormati dan menjaga keperluan unik kulit bayi. 
Ternyata mengurut dengan betul juga membantu bayi anda tidur lena...
Setelah seharian bayi bergerak aktif dan selesa memang sempurna :)

Ketahui lebih lanjut tentang komitmen Johnson’s® Baby terhadap penjagaan kulit yang selamat, lembut dan berkesan di www.johnsonsbaby.com atau dapatkan maklumat terkini melalui www.facebook.com/iLoveJohnsonsbaby.com, di mana anda juga boleh mengemukakan soalan yang akan dijawab oleh panel Doktorbudak.
#JBstoriesinabottle

3 comments:

Mama Zharfan said...

hi ameer bam2 ;)

AdanyaKauUntukku said...

saw ur cute baby in this event...

cepat sungguh update.....

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

wah bawak si tenit ke sekali?