Tuesday, September 23, 2014

Ai Was Here! Sesi Memperkenalkan Duta XES/Miss XES Elegant 2014/2015

Yeyeyaya, ai ke sini lagi..
XES Premium Butik Shah Alam
Dengan disertai beberapa bloggers yang ohsem!

Macam biasa, XES sentiasa menampilkan pelbagai rangkaian kasut dan beg yang menarik dan selesa diguna ke mana sahaja. Untuk koleksi kali ini, saya dapati lebih banyak warna ceria yang dipertengahkan..

So, uolls cikedaut!!
Kasut tumit tinggi pelbagai warna. Biarpun tinggi memakainya tetap selesa.

Kasut kanak-kanak dari smart kasual, ranggi dan macam-macam lagi.

Terdapat juga koleksi suai padan antara beg dan kasut. Dan ini sememangnya sangat menarik..

Selipar ala spatu buat jejaka yang mementingkan keselesaan..

Kasut jenis "flat", dengan kemasan yang "simpl" namun tetap bergaya.

Antara koleksi terbaru dari XES. Saya memang gemarkan corak berbunga. Nampak ala2 "english style" sikit gayanya.


Antara koleski kasut wanita baru dan lama..

Datin Lily bersama beg pilihan ai, hahahaha
Bershopping di XES macam inilah gayanya. Semuanya berkenan, memang rambang mata nak buat keputusan pembelian!

Acara yang ditunggu, memperkenalkan duta terbaru XES.
Miss Mico Pun!
Hoyeh Hoyeh...pencarian selama beberapa bulan berakhir apabila Miss Mico Pun dinobatkan sebagai Miss XES Elegant 2014/2015. Dengan kemenangan yang dirangkul membolehkan Mico Pun membawa balik ganjaran kontrak yang bernilai hampir RM16,0000 ini termasuklah wang tunai RM1,000, beg serta kasut XES selama setahun yang bernilai RM3,600. Mico Pun juga akan dibayar sebanyak RM3,900 untuk semua kempen cetak, RM1,000 untuk komersial TV dan juga RM1,500 untuk penglibatan beliau dalam video klip.

Mico Pun gadis yang berusia 22 tahun, di lahirkan pada 1 Mac 1992 berasal dari Johor. Mempunyai bakat dalam tarian "belly" dan fasih berbahasa Inggeris dan Chinese. Pernah mendapat bimbingan dari Amber Chia Modelling Academy pada bulan May 2014. Beliau merupakan model terlatih sejak berumur 20 tahun. Seorang yang berfikiran positif, berfikiran terbuka dan suka membantu orang lain tanpa mengharap balasan. Menariknya beliau berpendapat dengan menyertai Miss Global International Malaysia 2014, beliau belajar untuk lebih bertanggungjawab, ketepatan masa, disiplin, membina keyakinan serta menghormati orang lain. Beliau juga berharap dapat membantu mempertengahkan lagi jenama XES ini kepada segenap masyarakat ini kerana beliau percaya XES antara jenama kasut yang  mementingkan keselesaan.
Tahniah Mico Pun, dan terima kasih Sabrina XES atas jemputan..
Wink wink!!

3 comments:

Miera Nadhirah Tan said...

cantik beg..... hehehe... nak jugak.....

sherry said...

yeah I love this shop too, lots of varieties..

Mama Zharfan said...

beshnya!