Monday, September 29, 2014

Glam Mama Baby Bazaar, Macam-Macam Ada!

First time ai sampai kat sini..
Pusat Acara sesuai untuk sebarang acara tetutup, di bawah satu bumbung kenalkan "RUANG" yang bertempat di USJ. Uolls leh gugel lokasi kat FB, ada fan page RUANG :=)

Ai ke sini membawa misi melawat booth-booth yang mengambil bahagian di "Glam Mama Baby Bazaar", yang mana segala booth -booth yang membuka jualan di bazaar ni turut berkalobarasi dengan MPH...

ahem...
Ianya bersempena dengan pelancaran buku "Babywearing Made Simple" penerbitan MPH. Yang menariknya setiap pengunjung bazaar yang membeli buku ini (beli dengan harga promosi), turut akan mendapat potongan harga untuk pembelian di semua booth-booth yang menyertai. Banyak juga potongan diskaun yang diberikan. Memang menarik harga yang ditawarkan tau uolls.

Kenalkan Adriana Thani :=) 
Penulis buku "Babywearing Made Simple"

Buku sangat berguna dan boleh dijadikan panduan, buat ibu-ibu yang mempunyai anak kecil yang boleh dikendong, ngeee. Selain memahami apa itu "babywearing", ciri keselamatan, praktikal dan mudah...
Dalam buku ini turut terdapat pelbagai jenis ikatan dan babywearing yang boleh diaplikasikan. Melalui gambar dan turutan cara yang sangat jelas. Ai like!

Sesuai dengan namanya "Glam Mama Baby Bazaar", sememangnya menarik ramai mama yang mempunyai anak kecil untuk berkunjung di sini. Biarpun event yang memfokuskan mama tetapi ramai juga papa yang menghadirkan diri. Adakah ini angkara mama? Hahaha... Tepuk wallet papa pakat reramai kannnnn......
Memang penuh dengan booth-booth jualan khas untuk "mama" dalam bangunan RUANG...
Macam-macam ada uollls..

See baju untuk gegirl...
Siyes comey-comey belaka...
Harga boleh tawar-menawar...
Kalau nasib baik memang akan dapat harga sangat berbaloi...

Kalau ada baby perempuan, kat area ni antara paling best untuk dikunjungi..
Sebab ada jual headband yang kiut-miut...
Murah2 pulak tu..hand made uolllls....isk ada ke foot made hahahahahahahahah
Tapi sebenarnya saya sangat tertarik dengan rekaan dan fabrik yang digunakan..
Kalau tak silap headband sepuluh hengget dapat dua.....fuhhh


Ai kat sini lama juga..
Sebab ai minat betul kasut ala2 stokin untuk my Ameer..
Ianya dihasilkan sendiri oleh penjual butik online ni uolls...
Cikedaut their insta : KlambiKL


RM10, tapi ai dapat diskaun lagi...even gaun amani kat sini ai beli 10 hengget jer dari harga diskaun 15 hengget..See bijak tak sesi tawar menawar dari ai, hiks.


Kat sini ada satu booth baju jubah ala2 gaun labuh juga khas untuk orang yang menyusukan anak. Siap ada jual belt yang sesuai. Dijual dengan harga promosi.Ai siyes dah lupa berapa harga yang ditawarkan, tapi memang berpatutan..Kalau uolls nak try tengok jubah ala2 gaun tu boleh cari di instagram/fb @mommeonline


Kat booth ni ada jual baju keluaran Dynaz Maternity dan juga produk Tanamera..


Booth ni ada jual tilam kekabu untuk bayi. Ai cukup suka dengan material dan warna fabrik. So, gambar takde, my Yana tak amik gambar ler pulak, isk...

So, uolls boleh check dari insta :fairy_talemy


Ai ada beli blouse kat sini..ai dapat lagi murah dari harga yang dilelong...
Hehehehehe.....


Mom's Care in da house...
Kali ni Mom's Care hanya menjual semua produk "babywearing" dari pelbagai jenama...


Cantekkan baju melayu..
Ni saiz My Ameer..tapi ai takde lah beli...
Mampu tengok sengeh-sengeh ngan Ameer depan baju tu jer, haha..mak die kan psycho.. :p
Agaknya kalau ai minta beli 10 hengget mesti kena halau suruh balik dengan security kat situ hahahahahaah

Oseeeemmmmm lama ai duk belek hasil seni kraft kat sini...
Bukan main chantek bantal-bantal, tuala dan macam-macam yang semuanya kategori dijahit dengan cantik dan kemas...
Oits melangit memuji kan..tapi siyes, ai tak dibayar untuk memuji ni memang cakap dari hati yang ikhlas..so kalau uolls nak tahu lebih lanjut leh check kat sini...www.sewbaby.com.my @ www.facebook.com/Sewfabby @ ig: @sewfabby

Ai suka nak promote dengan bisnes my fren...ya kenalkan projek terbaru dari kokoadik.blogspot.com! Takkan uolls tak kenal "Ila Saleh"...kawan FB, blogger, comper, retis PA&MA, ai must say "wanita gigih yang tak pernah putus asa"...Selain daripada produk EKP, Minsyam dan yang terkini Ila mula memperkenalkan masakan "BERGEDIL"...Sedap dan berkhasiat...Murah dan yang paling penting ianya Halal :=)



Ada kerepek segala kudapan yang sedap kat situ juga. Ok, saya tumpang sekaki merasa dengan beria-ia, hehehe...

Ai beli kasut kulit sentetik my Ameer kat sini la..
Boleh tengok gambar dibawah..
Siap kalau nak letak nama anak kita kat kasut tu pun boleh..tapi harga jadi kena tambah lagi 10 hengget..harga kat kedai 40 hengget lebih (kedai f.r.o.g dekat Giant seksyen 13 shah alam)...ai dapat 30 hengget jer kat situ...


LUNATOTS ya...saper tak kenal dengan jenama produk ini...

Dan banyaaaak lagi booth sebenarnya..terutamanya booth yang menjual produk "babywearing".

So, total damage untuk hari kejadian 80 hengget ja..

Close up sikit apa ai beli..meh kita kepohci sesama, hehehe



Lap peluh...
Tu pun rasa tak puas lagi...al-maklumlah bawa duit secukupnya, isk.

So, balik dari bazaar tu..
Ai belek buku-buku "Malaysian Meals in 30 Minutes" penulisnya Sara Khong..
Yang bagusnya, ada banyak ilmu tentang bahan masakan yang digunakan, selain daripada resepi yang dikongsikan.

See, buku dengan kualiti kertas terbaik, cara penyampaian juga mudah serta grafik yang sangat menarik...Nak tahu lebih lanjut mengenai buku serta promosi yang ditawarkan uolls boleh klik sini http://ayuarjuna.blogspot.com/2014/09/malaysian-meals-in-30-minutes.html


3 beradik yang hepi berselfie..
Dengan Ameer 3 bulan tu sekali pun terlibat sama..isk

Apapun ai rasa seronok dapat menyertai Glam Mama Baby Bazaar..
Dapat kenal ramai peniaga online yang berpotensi untuk pergi lebih jauh dengan produk berkualiti mereka..Dan kita sebagai rakyat Malaysia haruslah menyokong sama :=)

6 comments:

Mama Zharfan said...

Siyes menarik dan besh..

Sherry said...

wow good deal :D

eyriqazz said...

Hohohoho..shopping sakan..

Ezna said...

Sewfabby tu sepupu i punya ;)

- zuriey - said...

kalau duit berkepok mau borong sume..hehe

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

haha.. statment akak tue.... mekacih ye.. akak nak tau...semua habis dijual.. plusss ada yg tak dapat beli.. ila bawak 50 pack je.. insya allah nanti one day..akak review tau.. ila bg advert haha..