Wednesday, September 17, 2014

Koleksi Terbaru "GUESS Kids Fall 2014" - Yehaaaa Western Cowboy Style!


 Terkini Butik GUESS Untuk Kanak-kanak telah memperkenalkan koleksi GUESS Kids FALL 2014. Koleksi ini mempertengahkan "denim is all about innovation and texture – constantly pushing GUESS boy and girl to be daring and fashion forward".
Pada hujung minggu lepas atas jemputan pihak GUESS Kids Malaysia di bawah Projek Butterfly (tengkiu, muahhh), saya bersama dengan Amani dan Afiq (2 kiddos yang suka berfesyen dalam ramai-ramai anak, kihkih) berkesempatan berkunjung ke butik GUESS Kids di KLCC. Seperti yang telah saya war-warkan, untuk koleksi terkini jenama GUESS telah memperkenalkan koleksi GUESS Kids Fall 2014. Inspirasi kepada gaya cowboy yang pada pandangan saya ianya punyai elemen lasak, elegan dan kiut.


Untuk pengetahuan uolls, dalam koleksi Fall 2014rekaan denim diversatilkan dalam variasi potongan fesyen kegemaran kanak-kanak, antaranya seperti skirt, jeans, jaket dan "chambray tops". Cardigan dari warna yang lembut digabungkan bersama dengan dress bercorak bunga (sentuhan ke arah citarasa remaja), secara tidak langsung menjadikan penampilan anak perempuan akan lebih kiut daripada biasa :=), heheh.
Saya juga difahamkan kebanyakan koleksi di GUESS Kids bukan sahaja unik dari segi rekaan, cara menghasilkan setiap pakaian juga sangat "details" (agak kompleks) dan pakaian yang dijual juga agak terhad. Pehhh, memang ada kelas ya!


Untuk kanak-kanak perempuan, denim yang direka lebih feminin, dihiasi dengan bergemerlapan batu "jewel" yang menarik, kain "lace" yang cantik secara tidak langsung menyerlah pesona kanak-kanak perempuan. Inspirasi grafik dari buku komik menjadikan setiap siri pasang denim yang direka sangat unik dan berlainan. 
Terdapat juga rekaan vintaj, menyerlahkan gaya klasik seperti kanak-kanak perempuan dari zaman "cowboy" di negara barat satu ketika dulu.

Yang menarik perhatian saya selain daripada inovasi rekaan yang diperkenalkan. Jenis material yang digunakan termasuklah warna fabrik dan jenis fabrik adalah sangat lembut dan selesa


Bagi koleksi GUESS Kids FALL 2014 kanak-kanak lelaki, pemilihan warna lebih gelap terutama bagi denim;  ultra-destroy black wash seperti rocker-to-be dan blue-black Scraper Wash denim (warna terbaru). Setiap rekaan dan potongan dihasilkan dengan teliti sesuai dengan jiwa kanak-kanak lelaki yang ceria. 


Tidak dinafikan khasnya anak lelaki, selain denim sebagai pelengkap gaya, t-shirt pelbagai corak grafik yang sangat cool plus kemeja kotak-kotak akan menyerlahkan lagi penampilan anak. Bergaya dengan  "classic navy blazers, denim jacket  dan warm jacket" sememangnya menepati fesyen musim luruh :=)



Di butik GUESS Kids juga menawarkan pelbagai rekaan yang bersesuaian dengan usia. Cara letak dan susunan pakaian mengikut usia dan jantina kanak-kanak sekaligus memudahkan pengunjung butik khasnya ibubapa dalam membuat pemilihan pakaian terbaik buat anak mereka.


Saya berada lama dibahagian ini :=) Serius! Baju bayi disini sangat comel..Oh maiiii, memang rambang mata untuk memilihnya,pelbagai rekaan menarik uollls. Apatah lagi apabila saya memegang material fabrik, ianya betul-betul lembut!
Melihat susunan pakaian bayi yang teratur, memudahkan pencarian pakaian buat anak :)
See, comelkan koleksi untuk bayi lelaki.



Antara koleksi untuk bayi dan anak perempuan yang gorjes!

Untuk koleksi terbaru GUESS Kids, anak selebriti seperti Ashton (4 tahun) merupakan anak lelaki kepada supermodel terkenal Amber Chia bersama dengan Danielle (3 tahun) anak perempuan pengacara suksess Belinda Chee turut sama mengayakan beberapa rekaan pakaian dari koleksi terkini. 

Ahem..
Comelkan Danielle, pandai beraksi depan kamera pulak tu!

Melihat dengan koleksi yang cantik-cantik dan esklusif ini tentunya saya tidak akan melepaskan peluang untuk membeli rekaan GUESS Kids terkini buat my Amani dan Afiq. Memandangkan anak saya juga sudah pandai dan tahu memilih pakaian kegemaran mereka. Saya menyerahkan keputusan pemilihan pakaian di tangan mereka.

Mak dier dah rambang mata, so memang kena serahkan kuasa memilih dari anak-anak yang suka bergaya! Kannnnnnnnn


Ini kerana, butik GUESS Kids ada membuat tawaran yang sangat menarik.  Sekiranya uolls beli 3 pakaian di sini, uolls akan diberi potongan diskaun sebanyak 20%, dan 30% untuk 4 pakaian yang dibeli. Yang lagi menarik, sekiranya uolls berbelanja RM400 ke atas, rebat sebanyak RM100 akan diberikan. Dan bagi ahli GUESS Kids pulak, tambahan 10% akan diberikan. Pehhhhh promosi yang sangat besh dan berbaloi-baloi! 


Ternyata mereka sungguh gembira..
Mak die hepi juga :=)

Untuk uolls yang datang berbelanja di GUESS Kids 1 Utama pada 20 dan 21 September 2014 (Sabtu dan Ahad). Bermula dari pukul 12 tengahari sehingga 6 petang, anak-anak serta uolls sendiri berpeluang untuk bergambar di photo booth yang bertemakan "The Tiny Wild West". Setiap pelanggan akan menerima gambar percuma bersama "Cowboy Inspired Photo Frame" dan juga hadiah misteri.
Jomlah uolls semua bawa anak-anak terjah di mana-mana butik GUESS Kids, untuk mendapatkan koleksi terbaru "GUESS Kids Fall 2014".

Cantik bergaya buat gegirl mahupun boboy,
Dengan koleksi GUESS Kids ala Cowboy!

Keterangan lanjut boleh layari www.GUESS.com

About GUESS?, Inc.
Established in 1981, GUESS began as a jeans company and has since successfully grown into a global lifestyle brand. Today GUESS designs, markets and distributes full collections of women’s, men’s and children’s apparel as well as accessories. Throughout the years, the GUESS image has been portrayed in unforgettable, innovative campaigns that have made the brand a household name. GUESS is distributed throughout the United States and Canada in fine department and specialty stores, its retail and factory stores, and on its online store GUESS.com. GUESS has licensees and distributors in South America, Europe, Asia, Africa, Australia and the Middle East. In addition to shopping online, you can find more information about GUESS at GUESS.com.

2 comments:

Miera Nadhirah Tan said...

So cute lah...... geram tengok.... sayang anak I dah besar, tidak di pilih lagi... =(

AyuArjuna BiGoshh said...

miera, mmg cute2 pakaian kat guess kids...