Malam Penuh Ketakutan di Acara "Nights of Fright 2", Sunway Lagoon Malaysia

Untuk kali kedua, "Festival of Fear" diadakan di Sunway Lagoon  bermula dari 17 Oktober 2014. Dengan menampilkan beberapa watak "hantu" yang popular dan menakutkan seperti zombies, pontianak, puchong, patung Anabelle dan banyak lagi.


 Di antara zon taman tema seram ialah :-

Dead End - The Abandoned Theme Park, Escape from Pudu, Carnival of Freaks, Fun Fear, Cursed Cove, All Hallows Cemetery, Shanghai Street and not forgetting, Lynton V. Harris’ Scream Park  Rumah Hantu, Pontianak Theatre of Fear, Zombie Apocalypse dan Horrorwood Studios!

Menjadi acara tahunan di Sunwat Lagoon, "Nights of Fright 2" memberi kelainan dari segi cabaran dan keseronokan yang menakutkan. Ianya dibuka kepada pengunjung pada waktu malam sahaja. Selain daripada watak-watak seram berkeliaran, pengunjung juga boleh merasai sekali 25 permainan "thrill rides", selain daripada pertunjukan pentas yang menarik dan mengujakan.

Meh saya kongsikan beberapa momen ketakutan, ahaks...dari "Nights of Fright 2 di Sunway Lagoon...


 Anaqi bersama budak perempuan seakan Anabelle, ekkk sama saiz jer ngan My Anaqi, hehehe
 The clown yang psiko,,,
Boleh ngingay tengok senyuman clown ni lelama..


Pehhhhh...make up dier memang terbhoikk...
Sangat real hokeh....


 Watak ni agak glamer jugak uollls...kan...Apa ehhh....tapi2 ala dari citer seram jugak ni :)


 Hantu cina uolls...
Seram kot, terlompat-lompat..
Kena carik kertas tepek kat dahi hantu tu...uiks


 Hantu cina versi pompuan..
Lai lai lai...


 Kesuraman dan keseraman di Penjara Pudu..


 Ni langsuir ke pontianak??
Tapi versi ala-ala kebaratan..hehehehhehe


 Alololo kiutnya pocong ni...
Geram ai...hahahaha

 Untuk pengetahuan uolls...
Pelawat juga boleh memakai pakaian palaing seram uollls dan menyertai Nights of Fright 2 dengan harga tiket masuk RM48 sekepala. Uolls boleh bermain dan menyertai segala aktiviti dan rides yang disediakan di "Amusement Park".

Dan bagi pengunjung yang mahu menyertai pada waktu siang, kadar istimewa diberikan iaitu RM30 sahaja. Dan perlu diingatkan acara ini hanyalah untuk mereka yang berumur 12 tahun ke atas. Pengunjung hanya dibernarkan berpakaian seram tetapi tidak boleh bertatarias (make-up) serama ataupun memakai topeng :p

Nights of Fright 2: Festival of Fear @ Sunway Lagoon akan diadakan pada  17th, 18th, 24th, 25th, 31st October dan 1st November 2014 dari jam 7.30pm sehingga 10.30pm. Pada hari Hollowen (31 October 2014), acara akan dilanjutkan sehingga 11.30pm!



Untuk keterangan lanjut boleh hubungi 603 5639 0000, atau lawati sesawang sunwaylagoon.com atau laman sosial www.facebook.com/SunwayLagoonMalaysia.

Malam Penuh Ketakutan di Acara "Nights of Fright 2", Sunway Lagoon Malaysia Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on October 20, 2014 Rating: 5

6 comments:

  1. comel pocong tu..huhu.. tapi yang makeup tu nampak real

    ReplyDelete
  2. salam kenal. saja blogwalking sini. . Done follow ur blog. Jemputlah singgah

    http://azyyatiliah.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. I want to go again too...nice pictures Ayu......

    Singgah2 Miera punya
    http://www.mieranadhirah.com/2014/10/nights-of-fright-2-malaysias-biggest.html

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.