Tuesday, October 7, 2014

MATHBRAIN – BAGI KANAK-KANAK BERMAIN UNTUK BELAJAR 5 KEMAHIRAN OTAK DAN MENGUASAI MATEMATIK


Adakah anda tahu bahawa kebolehan menguasai Matematik bukan sekadar dilahirkan dengan bakat yang betul, atau mempunyai kemahiran ingatan hafalan yang luar biasa?

Jeng jeng jeng

Dari seawal empat tahun, kanak-kanak boleh dilatih untuk membangunkan lima kebolehan pembelajaran otak (lihat diatas) untuk memberikan mereka asas yang betul supaya cemerlang dalam Matematik dan juga kemahiran hidup yang lain. Dalam erti kata lain, Matematik boleh dikuasai dengan membangunkan MathBrain.

Program MathBrain bekerja bersama proses pembelajaran semula jadi otak, programnya direka dengan penggunaan kurikulum Bermain untuk Belajar Matematik Veda yang dilengkapi dengan kaedah Pembelajaran berasaskan Otak.  

Karen Kwan dan Associate Professor Dr. Tay Choo Chuan di Pelancaran Program MathBrain 


"Kanak-kanak belajar dengan lebih berkesan apabila mereka terlibat sepenuhnya dalam subjek berkenaan. Oleh itu, kaedah pembelajaran tradisional yang berasaskan semata-mata pada penghafalan dan latih tubi perlu berubah untuk menggabungkan elemen-elemen yang memperkayakan lima kebolehan otak asas - perhatian, kelajuan pemprosesan, pemikiran logik, ingatan dan visual. Dengan penaakulan kognitif yang dipertingkatkan, ia adalah lebih mudah untuk kanak-kanak menyerap konsep abstrak dan mengamalkan konsep tersebut semasa menyelesaikan masalah, biarpun di dalam atau di luar bilik darjah," Dr Caroline Kwok, Pengasas Institut MegaBrain, Hong Kong menyatakan.

Karen Kwan menerangkan dengan terperinci mengenai MathBrain.


Menurut Cik Karen Kwan, pencipta istilah MathBrain dan kurikulumnya, kanak-kanak yang membangunkan MathBrain akan dapat mengumpul maklumat yang tepat daripada masalah matematik, memahami hubungan antara nombor dan simbol berangka, menghuraikan pelbagai penyelesaian kepada masalah dan menggunakan formula yang sesuai dengan tepat dan cepat.

"Program MathBrain membolehkan kanak-kanak mendahului dalam kehidupan dengan melatih mereka berfikir secara holistik apabila menyelesaikan masalah. Mereka belajar Matematik dengan cara yang menyeronokkan dan dinamik melalui pelbagai aktiviti berasaskan permainan dan mempunyai peluang untuk bekerja dan bermain sebagai satu pasukan sementara membina kemahiran hidup yang penting seperti kemahiran komunikasi dan antara perorangan yang akan memanfaatkan mereka pada masa hadapan," tambah Karen.
Media mencuba MathBrain dengan menyelesaikan 12 soalan Vedic Math kurang dari 1 minit.

Bercakap tentang kepentingan pembelajaran Matematik dengan pendekatan yang betul, Profesor Madya Dr Tay Choo Chuan dari Universiti Teknikal Malaysia, Melaka berkata, "Matematik adalah subjek utama yang kanak-kanak perlu kuasai kerana ia menjadi teras kepada banyak subjek lain yang perlu difahami apabila mereka semakin dewasa. Sebagaimana yang ramai katakan, segalanya di sekeliling kita adalah Matematik. Pembelajaran dengan teknik yang betul adalah penting, kerana pelajar akan kekal bermotivasi untuk terus belajar sepanjang tempoh pendidikan formal mereka dan selepas tempoh tersebut. Oleh itu, asas mereka adalah penting."

Karen Kwan dan Associate Professor Dr. Tay Choo Chuan bersama team Math Monkey (Malaysia) 

Program MathBrain boleh didapati di pusat perkembangan Berteraskan Pelajar, Math Monkey Malaysia. Maklumat mengenai program MathBrain boleh diperolehi dari www.mathmonkey.com.my.  

*****************************

Mengenai Math Monkey 
Math Monkey ditubuhkan oleh pendidik kanak-kanak Amerika, Kirsten Fisch. Francais bermula di Florida, Amerika Syarikat pada tahun 2006. Kini, terdapat 30 pusat Math Monkey di seluruh Asia termasuk Singapura, Indonesia, Thailand, Hong Kong, Brunei dan Malaysia. Math Monkey Malaysia ditubuhkan pada tahun 2007 dan kini mempunyai 12 pusat yang terletak di pelbagai tempat di seluruh negara.
Mengenai MathBrain
Pada tahun 2012, Pengarah Math Monkey Asia yang berpusat di Hong Kong, Cik Karen Kwan, memperkenalkan konsep MathBrain akibat daripada hasil penyelidikan dan pembangunan yang menyeluruh dan berterusan beliau. Ini kini merupakan strategi utama untuk membangunkan kebolehan otak kanak-kanak dari kecil untuk menyelesaikan masalah matematik dengan mudah.
Dengan mengumpil pada proses pembelajaran semula jadi otak,  kurikulum Bermain untuk Belajar Matematik Veda Math Monkey yang unik dan dilengkapi dengan kaedah Pembelajaran berasaskan Otak mendorong kanak-kanak kecil belajar dan membangunkan 5 kebolehan otak mereka – perhatian, visual, pemikiran logik, ingatan dan kelajuan pemprosesan.
MathBrain adalah kebolehan untuk mengumpul maklumat yang tepat dari masalah matematik, memahami hubungan antara nombor dan simbol berangka, menghuraikan pelbagai cara yang mungkin untuk menyelesaikan masalah dan menggunakan formula yang sesuai untuk menyelesaikannya dengan tepat dan cepat. 

1 comment:

Kylie wenn said...

Time to count for the kids..

A blogger reward for you: http://cre8tonebabe.blogspot.com/2014/10/liebster-award.html