Friday, October 3, 2014

Pelancaran Produk Sabun Mandian Dettol pH Balanced

Berpeluang mengetahui lebih lanjut lagi mengenai produk Dettol terkini iaitu Mandian Dettol pH-Balanced sememangnya tidak akan saya lepaskan. Apatah lagi saya berpeluang melihat sendiri bagaimana produk terbaru Dettol ini mampu melindungi diri saya serta keluarga daripada kuman serta bakteria seiring dengan melembapkan dan mengekalkan kulit agar berkekalan cantik.
Majlis diacarakan oleh hos yang sangat ceria iaitu Hunny Madu. Sedikit pengenalan telah diberikan oleh beliau selain daripada memperkenalkan varian sabun mandian terbaru dari Dettol.


Kata-kata aluan dari Madam Hina Nagarajan (Pengurus Besar RB Malaysia dan Singapura).

Ekceli sebelum acara dimulakan saya berpeluang berekspremintasi tahap kealkalian yang terdapat di dalam sabun mandian.

Ujian ke atas dua produk sabun mandian. Sabun Dettol VS Brand X.


Mula-mula kita uji tahap pH kulit badan kita..

Ukur di ujian skala asid--->neutrel--->alkali
Kedudukan saya sedikit asid dan berhampiran dengan neutrel..


Dan saya difahamkan untuk kulit manusia adalah normal ianya berada di skala seperti yang dilihat diatas..

Kulit yang sihat akan berada di skala  4 hingga 6, yang mana bersesuaian dengan formulasi yang terdapat dalam Dettol pH-Balanced.

Seterusnya saya menguji kandungan bahan yang terdapat dalam sabun mandi Dettol, di tangan saya..

See, ianya seimbang dengan warna asal hasil kajian yang diuji ke atas tangan saya.

Seterusnya saya mencuba produk sabun mandi yang lain dan didapati ianya berwarna hijau gelap.

Close-up sikit...


Ini membuktikan sabun mandi jenama X mempunyai lebih kandungan alkali..
Untuk pengetahuan uolls...

Untuk skala 1 hingga 3, ianya lebih kandungan asid sekaligus ianya boleh menyebabkan. kemerahan, sensitif dan keradangan kulit.

Dan sekiranya skala bacaan menunjukkan lebih daripada 8, ianya boleh menyebabkan kekeringan yang ekstrem dan kulit lebih kusam "premature aging".

Banyak info berguna yang saya pelajari dari pelancaran produk baru Dettol. Mr. Abhishek Chuckarbutty (Pengarah Pemasaran RB Malaysia dan Singapura) menjelaskan kepentingan menggunakan produk yang bersesuaian dengan kulit. Ini terutama bagi penduduk Malaysia yang sering terdedah dengan ancaman seperti jangkitan kuman dan masalah kekeringan. Dan sejak tahun 1932 Dettol sentiasa mengambil berat tentang kesihatan keluarga Malaysian dan sentiasa memperkenalkan produk terbaik berinovatif.

Diskusi antara Senior Konsultant Dermotologist Dr Steven Chow bersama Scha Al-Yahya, turut menekankan tentang masalah kebersihan dan kesihatan kulit. Keperluan membersihkan badan dengan menggunakan produk yang betul. Dan bagi Scha seorang selebriti terkenal di Malaysia sangat prihatin tentang penjagaan kulitnya terutama dalam mengekalkan kulit agar lebih cantik dan sihat. (Pic kredit to Sherry)

So uolls...kenalkan varian sabun mandi Dettol pH-Balanced
Dari kiri - original (didatangi dengan wangian segar daun pine), Fresh (wangian Citrus), Radiance (diformulasi dari keunikan Vitamin C dan B3), Cool (mentol), Skincare (melembapkan) dan Re-energize (wangian kesegaran Citrus)...
Sememangnya saya akui produk Dettol adalah antara jenama antiseptik yang sangat dipercayai dalam melindungi seisi keluarga dari kuman dan bakteria. Selain daripada menjaga kesihatan Dettol juga membantu kulit badan kita agar kekal cantik.

Rentetan itu tidak hairanlah DETTOL jenama yang dipercayai turun menurun bergenerasi lamanya!

STAY MOISTURISED. STAY HEALTHY.

4 comments:

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

go go blogger

shamiera osment said...

mmg PH balance skarang sbb kalo dulu pk kulit must gatal-gatal..xseswai..

Sherry said...

good to have the pH pen now we can test ourselves.

- zuriey - said...

cpatnya update.. huhu.. rasa lebih kurang je ph kita