Monday, November 10, 2014

Kempen "Play Safe, Play More" Hiruscar Kids Bersama Ning Baizura dan Mom Bloggers!

 
 Hiruscar Kids gel parut topical pertama kali diperkenalkan di Malaysia dengan rumusan khas buat kanak-kanak. Gel ini dilancarkan sempena dengan Kempen "Play More" bersama Hiruscar Kids. Untuk pengetahuan uolls, kempen ini adalah untuk menggalakkan kanak-kanak untuk tidak takut bermain di luar, beberapa info dan tip-tip keselamatan "bermain secara selamat" telah dibekongsikan kepada ibu-bapa dan kanak-kanak itu sendiri sepanjang kempen dijalankan.

Menarik bukan kempen ini?

Saya faham adakalanya kita sebagai ibu-bapa, sangat takut jika anak kita mengalami kecederaan ketika bermain di luar. Apatah lagi kesan kecederaan dari bermain yang boleh meninggalkan kesan parut!

 Perasmian dimulakan dengan kata-kata aluan Ms Irene Chan, Pengurus Besar (Consumer Health and Specialty Group of Healtvare Business Unit).

 Diikuti dengan penerangan produk oleh Ms Desryne Heng (Senior Product Manager of Huriscar). Menurut Desryne, pada tahun 2012 satu kajian "kesan sembuh pada parut dan tanda gelap pada kulit" telah dijalankan terhadap 50 kanak-kanak yang berusia lingkungan 2-10 tahun. Didapati 98% kanak-kanak lingkungan umur ini mengalami masalah patut dan tanda hitam pada kulit hasil daripada kesan luka (terjatuh), terbakar, kesan gigitan dan sebagainya. Ujian dilakukan dengan meletakkan gel topikal Huriscar Kids kepada responden selama 2 minggu, dan hasilnya didapati kulit kanak-kanak (responden) menjadi cerah dan lembut. Paling ketara kesan parut juga hilang!

Paling penting gel Hiruscar Kids ini selamat, tiada alergi dan mudah menyerap dalam kulit :)

Sebelum saya citer lebih terperinci tentang forum dan aktiviti yang anak-anak saya sertai..
Meh saya kenalkan dulu produk Huriscar Kids :=)

Untuk pengetahuan uolls Huriscar KIds ni memang gel parut topikal yang selamat digunakan untuk kanak-kanak. Ini kerana rumusan bahan pembuatannya khas untuk kulit si kecil kita. Ianya mengandungi 5 bahan aktif yang terbukti kesan untuk meninggalkan parut. paling penting produk ini telah diuji yang ianya selamat, lembut untuk kulit dan tidak mengandungi bahan yang boleh menyebabkan alergi kulit.

Yang bagusnya gel ini mudah menyerap dengan cepat (so risiko anak tertelan tak mungkin ada), tidak berminyak dan ianya mengandungi bau yang menyenangkan!!

 Forum ini turut dihadiri Ning Baizura (selebriti Malaysia yang popular!) bersama anaknya Ryan Sky Dalton yang berusia hampir 2 tahun. Menurut Ning, anak lelakinya itu memang sangat aktif dan sebagai ibu beliau memang sangat takut jika anaknya tercedera. Tambah Ning lagi walaupun beliau telah mengambil langkah-langkah untuk mengurangkan risiko kecederaan, namun tidak ada jaminan 100% anaknya tidak akan mengalami kecederaan. So, nasihat Ning, Ibu bapa seharusnya mengimbangi sifar berhati-hati dengan membenarkan anak-anak untuk berkeliaran bermain.

 Dan saya sendiri sebagai ibu kepada 6 orang anak, tidak pernah menghalang untuk anak-anak saya keluar bermain. Apatah lagi, saat bermain dengan adik-beradik  mereka yang lain dapat membantu mengeratkan lagi hubungan adik-beradik. Ini terutama bila mereka bermain dalam kumpulan, mereka akan ketawa, berbual dan berlumba secara sihat. Saya juga ada berkongsi tentang aktiviti mingguan mahupun harian. Yang mana pendidikan hari ini tidak terhad hanya melalui pembacaan, pengalaman melalui aktiviti luar sangat membantu dalam proses pembesaran mereka. Contohnya berlarian di padang, berkejaran di tepian pantai dan sebagainya. Tidak dinafikan adakalanya mereka akan jatuh dan tercedera. Selagi ianya tidak merbahaya, saya tidak perlu risau atas kesan parut atau tanda hitam pada kulit. Ini kerana dengan bantuan gel Hiruscar Kids ianya akan memberi sembuhan luar biasa. Siyes uolls kulit anak saya tidak lagi berparut!

Saya dah cuba pada My Afiq..uolls boleh rujuk testimoni saya pada link ini...
http://ayuarjuna.blogspot.com/2014/11/huriscar-kids-gel-pilihan-terbaik-buat.html

Selepas aktiviti forum "Play Safe, Play More"...
Diteruskan aktiviti khas buat kanak-kanak...

Yeszaaaaaaaaa
Bengkel Kanak-kanak "Play Safe, Play More"



Antara aktiviti yang dijalankan:
- Laugh Goes Out to Play
- Safety Goals
- Sudut Bercerita : Little Red Riding Hood

 
Saya bersama Ning, ahem ahem....
Walaupun tak banyak yang kami borakkan...
Tapi saya begitu kagum dengan Ning yang tak jemu2 melayan  Ryan dan memang suka beraktiviti bersama anaknya, biarpun beliau sebenarnya mempunyai 2 pembantu yang mengikutinya ke bengkel!
Kagum ai uollls :)

Selain Ning selaku selebriti jemputan menerima cenderamata...

Saya dan mom bloggers yang dijemput menerima juga..
Yeay!!!
Anak saya yang begitu excited menerima goodies dari Huriscar Kids..
Dapat sijil penyertaan lagi :=)

VIPs dan Mom Bloggers bersama anak masing-masing, momen bersama yang sempat dirakamkan.

Jadilah ibubapa yang penyayang, memahami dan sejati...
Benarkan anak-anak bermain - mengeksplorasi perkara baru dengan pelbagai aktiviti luar..
Jangan takut jika tercedera yang mampu meninggalkan parut pada badan..
Ini kerana dengan adanya gel topikal Hiruscar Kids, segala masalah parut dan tanda hitam kanak-kanak boleh atasi...

Woot woot.......................

5 comments:

Sherry said...

fun day.. just raining.. hehe.. but son still enjoy.. :D rain never stop us from enjoy every moment..

Mama Zharfan said...

byk2 gmbr i paling tertarik dgn teddybear putih tu heheh cute!!!

Hanim Hashim said...

Bestnyeeeee...seronok tgk anak² had fun with the activities :)

Miera Nadhirah Tan said...

Nice.... isn't it

setya said...

Produk yang menarik sekali, dan tentunya snagat bermanfaat.