Sunday, November 9, 2014

KL Kids Festival, Jom Join Sempena Cuti Sekolah Tidak lama Lagi!

Hi uolllllllllss
Lagi 2 minggu sekolah nak cuti erkkk
So apa perancangan uolls...

Kalau ada yang dah merancang...
Atau yang belum ada perancangan..
Meh nak habaq...

Apa kata uolls bawa anak reramai ke KL Kids Festival...
Macam-macam ada :)

Yeszaaa Festival Kanak-kanak Kuala Lumpur, yang pertama seumpamanya diadakan di Malaysia bakal menjadi pesta besar-besaran yang tidak mungkin dilupakan. Berlangsung selama tiga hari mulai 5 hingga 7 Disember 2014, festival tersebut bertujuan untuk mendidik, menghibur dan mencetuskan inspirasi kepada kanak-kanak untuk mencapai potensi sebenar mereka menerusi siri aktiviti, persembahan dan bengkel. Festival tersebut akan diadakan di Pusat Pameran dan Konvensyen MATRADE, Kuala Lumpur mulai jam 10 pagi hingga 8 malam selama tiga hari.



Encik Aylwin Santiago, Pengarah Urusan Mojo Live (gambar diatas) berkata, “Kami benar-benar teruja menganjurkan acara besar-besaran yang memberi tumpuan kepada kanak-kanak ini. Tiga hari ini akan dipenuhi dengan aktiviti menyeronokkan dan pelbagai tarikan yang sesuai untuk kanak-kanak mulai usia 3 tahun dan ke atas. Terdapat lebih daripada 30 acara, persembahan, aktiviti dan bengkel yang berbeza. Kami membawakan aksi hiburan seperti GO! GO! GO! dari United Kingdom dan Pororo, the Little Penguin dari Korea serta banyak lagi. Tiada kanak-kanak yang akan pulang kerana bosan!”



Di majlis pelancaran media Festival Kanak-kanak Kuala Lumpur, Yang Berhormat Encik P Kamalanathan P. Panchanathan, Timbalan Menteri II, Kementerian Pendidikan Malaysia turut mekankan : “Festival ini khusus buat kanak-kanak supaya mereka berseronok ketika cuti sekolah sambil menyertai bengkel interaktif yang merangkumi bidang seni, persembahan, tarian serta sains dan teknologi. Festival ini yang pertama seumpamanya di Malaysia dan kami gembira dapat memberi sokongan terhadap usaha ini.”



Kalau uolls berminat ya..

Tiket kini boleh didapati daripada agen tiket rasmi, Groupon Malaysia pada harga istimewa :)

-RM40 untuk seorang kanak-kanak (bagi kanak-kanak berusia 3 hingga 15 tahun)
-RM24 untuk dewasa.

Kadar pakej untuk pas 2-hari boleh didapati pada harga RM60 untuk seorang kanak-kanak dan RM30 dewasa. Ibu bapa juga boleh berehat di kawasan Rehat&Relaks ketika anak-anak bergembira melakukan aktiviti. Makanan lazat dan minuman juga disediakan pada acara tersebut. Tawaran istimewa itu berakhir pada 4 Disember.

Tiket di lokasi pula dijual pada harga RM60 untuk setiap kanak-kanak & RM40 setiap dewasa.
Acara ini juga merupakan acara pertama yang menyaksikan Groupon Malaysia berkolaborasi secara ekslusif selaku ejen tiket.

Buat yang merancang untuk mengadakan lawatan sekolah, tiket dijual dengan harga RM1000 untuk 40 orang pelajar dan 4 orang dewasa. Pembelian tiket secara pukal atau pakej juga boleh dibeli dan ditawarkan untuk syarikat-syarikat korporat yang ingin menaja kanak-kanak kurang bernasib baik untuk menyertai festival ini melalui program-program CSR syarikat. 

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan tentang penajaan atau menyediakan gerai dan membuka pameran, sila hubungi :

Athi di talian 012-2518649 atau 
Kim di talian 012-2980555 atau 
emel ke klkidsfestival@mojolive.com.my.



Wah, ai dah tanda di kalendar untuk beraktiviti di KL Kids Festival...
Uolls pulak? Jom sertai sama-sama :)

2 comments:

Nur Zayyani Liman said...

Mcm best..bole letak dlm list ni kan!

setya said...

Kegiatan yang bagus sekali, akan sangat menyenangkan untuk anak-anak beraktivitas.